Monday, December 27, 2010

Fashion comeback je tuuu....

Lately nie, aku perasan satu benda, in trend sekarang nie banyak orang cakap ( bebudak zaman sekrang lah ) , latest fesyen dalam baju, kasut , rambut, seluar dan mcm2 lagi lah. Tapi dari segi pandangan aku, semua tu hanya lah fashion come back jer bagi aku. Semuanya aku dah cuba, sekurang-kurang nya. Falsafah aku dengan kawan2 keras aku ada satu, kami akan cuba semua benda, n kita orang boleh cakap balik kat orang “aku dah buat dah benda tu”. Kira macam motto aku n kekawan zaman remaja muda belia dulu lah. Sebab kan falsafah geng aku macam tu, banyak jugak pengembaraan yang kami orang buat.
Berbalik kepada fashion come back yang aku cakap tadi, sekarang nie tengah hot di pasaran kan yang diaorang gelar kasut supra ( betul ke tak namanya, aku pun tak tau ), boleh di katakana trendy jugak la. Ramai la remaja yang dah akil baligh beli n pakai lepas tu melaram kat The Spring nun. Macam nie lah rupa kasut supra tu.





Tapi aku tak heran sangat la, aku ada cakap kat anak buah aku, sebab zaman aku dulu dah ada kasut macam nie, cuma zaman tu dia orang tak la buat high fashion sangat cam sekarang nie. Bila anak buah aku tanya kasut apa, aku bagi contoh la kan, kasut aliph, kasut new balance. Betol taka pa yang aku cakap? Coba korang buat perbandingan gambar kasut2 tu yang kat bawah nie dengan kasut baru supra yang kat atas tu. Kan lebih kurang jer kan…






Bagi aku, apa yang orang industry fashion sekarang nie tengah buat kan, di sebabkan kesuntukan idea, pasal tu dia orang buat macam nie…apa korang rasa…betol tak aku cakap..
The best is the 90’s. Dari fesyen, muzik n aper2 je time tu la yang paling best. Lepas masuk je tahun 2000 nie, aku tengok muzik tak berapa sangat, fashion yang macam aku cakap tadi..tak der la yang best sangat kan. Mungkin puncak dier masa tahun 90’s dulu. Jadi sekarang nie semua dah tengah slow down..
What will be next, aku pun tak tahu..samada aku akan sempat tengok esok hari pun belum pasti kan…kalau masih tu, syukur kerana masih di beri peluang ….

Thursday, December 23, 2010

Kapit Journey part 2...

Aku percaya sepenuhnya, masa aku key in entry aku kali nie, banyak geng sepejabat aku yang tengah sibuk buat staff performance review for 2010. Aku pun sama jugak le, baru je lepas key in aku punya aktiviti kerja sepanjang tahun 2010. Nasib sistem online kita orang, WAIS, tak hang macam hujung2 tahun sebelumnya. Walaupun kekadang tengah key in boleh hang jugak sekejap. Next week, aku ada appointment dengan head section aku, interview personally for this year performance. Which aku rasa tahun nie, boleh jugak la aku punya performance, semua keja aku buat, tak pernah tolak. Harap2 ada hasil nya nanti. InsyaAllah…rezeki kat tangan tuhan kan.
Aku lepas balik dari Kapit, kena demam la pulak. Tapi tak per ler, aku pun jarang kena demam. Aku rasa tahun nie baru kali kedua aku kena demam. Masa pegi Kapit nie, aku kerugian dua benda. Satu, kasut adidas aku rosak teruk, pasal lama dah tak pakai kan, bila baru pakai n kena air, gam dier tak boleh tahan, and span dier pecah2..jadi arwah dah kasut tu, ingat kan nak tinggal kan jerk at bilik otel tapi sayang la pulak, so aku bawa balik ke Kuching n buang kat umah jer.


Gaya terakhir ku dengan kasut kesayangan kue...

Second nya pulak, aku punya wallet entah macam mana pulak boleh koyak dengan dasyatnya. Nasib bait barang2 dalam wallet ku tak berterabur. Tu lah wallet timberland yang aku beli kat Sogo dulu dengan harga RM10, siap ada tulis genuine leather lak tu. Kalau genuine, takkkan la wallet tu terkoyak ancus macam tu. Tapi takper lah kan , harganya cuma RM10, what more I can expect from that. Betol tak? Sekarang nie aku pakai balik wallet aku yang lama but still in good condition.
Now aku dah kena suruh involve buat multimedia show untuk perhimpunan kakitangan JKM nanti kat DUN lama, sekali dengan Clarence, Kenneth & Nur Arina. Nasib baik la aku n Claren akan bagi advice n yang akan buat nyer pulak budak CBG dua orang tu, which aku rasa memang bagus sebab memang bidang yang diaorang ambik kat U. Kalau takat aku, semuanya pandai sendiri jer…apa2 jer lah..

Lepas nie, aku nak makan ubat jap coz kepala kue naik pening n layan tidor jap kat sofa opis...

Tuesday, December 21, 2010

Kapit Journey

Hmmm….first time pegi ke Kapit. Apa yang boleh aku katakan, sungguh mencabar jugak ya. Pengalaman di sana, ada yang best n ada yang tak best. The people over there, what I can say ..mesra la jugak. Cuma yang membataskan perhubungan serba sedikit adalah bahasa. Aku cuma boleh bercakap Iban sedikit2 saja, dan bahasa Iban Kapit agak dalam bagi aku. But at least aku boleh berhubung lebih2 lagi tugas aku kat sana melibatkan banyak berhubung dengan penduduk tempatan. Belajar jugak bahasa2 baru.
Makanan di Kapit…harga nya berapi jugak. Paling aku tak dapat lupa, makan malam pertama aku di Kapit. Aku order nasik goreng kampong, ya mana takder rasa langsung. Takder rasa masin, as if dier Cuma goreng nasik putting dan letak few ingredient , masin , pedas memang langsung takder rasa, dah lah letak timun dua keping harga nya sampai RM5.50. Ada geng lain pulak , dier pegi makan kat tepi tasik, ambik lah nasik campur, bila time bayar dier kena charge sampai RM 20. Ternganga kawan gua tok. Sebab dah makan dier bayar je lah, lepas bayar tu tiba2 jer pembantu kedai tu cakap dier salah kira, so dier bagi balik RM7. Korang bayangkan, makan untuk seorang nasik campur sampai RM13 seorang. Ada la lagi kes harga makanan yang terlebih kira yang aku dengar tapi malas la nak cerita abis.
Satu lagi yang kami semua perasan, semua perempuan di Kapit memang cantik2 belaka. Cakap tak guna lah but kami semua dah kena warning by somebody jgn main2 dengan pempuan Kapit, so semua jaga line masing2. Tapi sesungguhnya mereka memang lawa2. Kawan aku cakap pempuan Kapit memang 3G.
Satu makanan yang jadi fevered aku masa kat sana adalah roti canai telur goreng. Layan wa cakap lu. Hampir setiap pagi itulah menu breakfast aku. Ini lah rupa nya roti canai telur goreng tu.

Bagi aku personally, pengalaman pegi Kapit memang best. Seronok jugak dengan cabaran2 nya, dengan pemandangan nya. The mix culture. Truly 1 Malaysia.



Boat Express aku bertolak pukol 1.00..


Ni lah boat express tuuu


Signboard yang mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Kapit

Terminal Express Kapit



Sekilas pandangan terminal express Song



Aku N Mr Rahim...chief event & coordinator

Wednesday, December 8, 2010

Gabra ku menjelma...

Aduhhhh…..betol2 kesuntukan masa. Banyak sangat benda nak buat nie…dah lah aku belom abis lagi buat video untuk dinner jabatan malam lusa, training untuk persembahan pun tak sempat nak buat latihan lagi nie. Esok pulak dah kena attend Bengkel KIK sehari suntuk kat DUN lama. Hari Jumaat siang tu pulak dah kena pegi ke Riverside nak buat decoration stage and persediaan semuanya. Banget wa cakap lu. Nak curi masa pegi Klinik lagi lom sempat. Next week dah nak gi travelling ke Kapit lak seminggu. Tak tau lagi dah cukup fit ke tak nak pegi travelling. Aku pun hairan tang tetiba jer sibuk semacam nie. Dah lah utang dua report dengan bos & 2 surat jawapan ke Majlis daerah ku belom buat lagi. Tapi apa yang pastinya, kerja2 sampingan sekarang nie, mengganggu gugat la pulak tugas2 hakiki kue. Dah lah banyak department buat urgent request untuk LAN time2 kontraktor nak habiskan kerja2 terbengkalai. Semuanya nak urgent.
Tapi la kan dalam aku membebel tak cukup masa untuk buat itu ini kan, masih gak sempat update blog kue. Hairan wa cakap lu hehehehehe….
Aku rasa takat nie jer lah aku bebel kat sini…keja banyak nak kena buat oooo…

Friday, December 3, 2010

Bulan Disember...bulan yang banyak aktiviti makan & selamat Maal Hijrah..



Sekarang dah bulan Disember, bulan terakhir untuk tahun 2010. Jadi untuk lebih kurang 4 minggu lagi, kita akan menyambut tahun baru 2011. Dah tercapai ke semua perancangn untuk tahun nie or kena bawak lak next year. The Hijrah calendar , will be celebrating new Hijrah year by next week on the 7 of December. Sesungguhnya masa makin cepat berlalu. Umur pun bukan nya semakin panjang tapi semakin pendek. Kalau dulu2 kan kita sering cakap masa panjang lagi, kan masih muda. Tapi kalau kita piker balik betol2 kan, mana ada masa kita nie masih panjang, semakin pendek ada la kan. Aku sendiri admit, aku terlepas beberapa perkara yang aku rasa aku mesti buat masa remaja kue, tapi apa boleh buat. Nak menyesal pun tak guna kan, kena proceed with life je lah. Semoga Tuhan ampunkan semua kesalahan aku dulu2 tu..Amin
Setakat nie, syukur gak yang kesihatan aku masih lagik memuaskan walaupun ada sedikit hick –up here & there. Tu lah tandanya Tuhan sayang kat kita, sebab tu dier bagi kita sakit. Kalau kita hadapi sakit tu dengan sabar maka terangkat lah darjat manusia itu. Insya Allah. Apa yang aku dapat rasa, tahun 2011 akan lebih mencabar bagi aku. Anak aku dah mula sekolah tahun depan, dah masuk empat tahun dah umur dier.
Bukan setakat keja jer yang akan mencabar, macam mana lak ngan harga minyak kenderaan kan, adakah akan naik lagi? Satu lagi cabaran kalau rega minyak naik lagi, ye lah kena adjust betol2 budget. Sekarang nie aku dengar PM kita sibok nak bawak talent2 rakyat Malaysia yang keja kat luar negara balik. Pun tindakan yang akan membuat kan aku berpikir, apa akan jadi dengan local talent yang tengah carik pekerjaan kalau semua pekerjaan yang diaorang bukak semua di beri dengan orang yang keja luar negara tu bila dia orang balik ke sini? Dah cukup ke pekerjaan yang tersedia kat luar sana? Memang masalah negara betol2 rancangan nie…silap2 boleh jadi kes naya nie.


Tapi yang pastinya, mulai hujung minggu, aku akan mula makan sedap2. 10 Desimber nanti dinner department aku kat Riverside, 12 haribulan lak pegi attend dinner orang kawen kat Sarawak Club. Tercabar betol tahap metabolisma aku nanti nak proses makanan sedap2 tu nanti.

Tuesday, November 30, 2010

Goodbye & Welcome...

Mula2 nya, Al-Fatihah untuk arwah ayah mertuaku yang baru jer meninggal dunia pada Khamis Lepas. Salam takziah untuk bini ku, sabar2 je lah ok..coz Tuhan lebih sayang kan dier sebab tu Dia ambik untuk di jaga. Alhamdulillah kerana semuanya urusan pengkebumian berjalan lancar. Sebab dier meninggal di hospital, pihak hospital telah mengatur urus dengan pihak Lembaga Amanah Masjid untuk meletakkan wakil mereka di hospital bagi memudahkan urusan pengkebumian. Pokok pangkalnya, semua nya senang, kita pilih jer pakej pengkebumian yang kitak nak, dari sekadar memandi & menyembahyangkan jenazah sehinggalah pakej lengkap yang menguruskan segala-galanya. Kalau tak silap aku, masa dulu2 takder kemudahan seperti ini.
Ayah mertua aku meninggal tepat jam 9.35 pagi, akibat sakit kanser yang agak lewat dikesan, which is a day before Haria Raya Aidilfitri dulu. Syukur jugak sebab masa dier meninggal , semua anak2 dier ada kat sisi dier termasuk lah aku ngan anak ku. Kesian baby aku tu, hari pertama & kedua asyik tanya, mana pegi pak tok nek. Kesian anak aku. Tapi one good news, hilangnya seorang umat Muhammad diganti pula dengan yang lain, which is kazen gua kahwin last Sunday. For sure nanti bertambah lah pulak kan. And for the 3rd time lepas kahwin, aku naik pelamin lagi. Jadi kalo sapa2 cakap kalau nak naik pelamin lepas kawen kena mintak permission bini. Aku dah dua kali dapat green light, tapi takat tahap bestman jer lah. Tak lebih dari itu.
Bak kata pepatah , patah tumbuh hilang berganti. Tiap yang hidup itu pasti akan mati kerana sesungguhnya mati itu benar, syurga neraka itu benar. Aku dah hilang 3 orang yang aku sayang iaitu mak bapak aku, and now pak mertua aku. Aku hanya mampu doakan untuk kesejahteraan mereka jer kat sana. Being anak yang baik untuk mereka supaya doa aku sampai kepada mereka semua. For my kazen, selamat melayari alam rumahtangga Bro, there will be pro & cons nanti but that’s marriage, banyak masam manis nya.

Al Fatihah untuk ayah mertuaku and untuk kedua arwah orang tua ku….

Wednesday, November 24, 2010

Bercakap pasal ketiak......

Lately, aku perasan ada satu iklan kat dalam TV, pasal deodorant yang boleh buat ketiak si pemakai tu jadi putih. Nak di jadikan cerita lak, jalan cerita iklan tu gunakan dua amoi cantik la. Ye la tengah driving2 ke mana entah aper2, tiba2 lak tayar diaorang pancit. So, kawan dier yang sorang nie, yang pakai sleeveless , cuba la nak tahan kereta2 yang lalu , dengan hajat nak mintak tolong tukar kan tayar la tu, tapi hampeh sorang pun tak nak berhenti. So kawan dier yang sorang pun naik bengang, siap koyak kan lengan baju dier, berdiri tepi jalan sambil melambai dengan menunjukkan ketiak dier yang putih melepak. Alih2 berduyun2 keta hero2 berenti offer nak tukar tayar dier urang. ( aku tak pernah pulak sangka benda cam nie boleh jadi ye ). Power jugak ketiak putih nie yee…ada power menghentikan kenderaan. Aku pasti , memang aka nada pempuan2, lepas tengok iklan tu, pegi depan cermin periksa ketiak sendiri, putih ke itam.

Kesimpulan yang aku dapat la dari iklan nie, mana2 perempuan la kan, saper2 je yang baca entry aku nie, kalau korang mintak tolong aper2 la kan kat tepi jalan, kalau x der jantan@hero yang berenti nak tolong, paham2 je lah sebab musabab hero2 nie tak nak berenti , pasti ketiak korang tu hitam hahahahhaha…( eeeeeee geli geleman aku membayangkan pompuan ader ketiak itam dalam dekad serba maju nie ….). Entah2 jadi kemalangan besar la pulak bila korang angkat tangan tayang ketiak itam korang..
Tapi wahai pempuan2 semua, jangan risau la…kat Malaysia, Sarawak am nya, hero2 dier sumer baik2 belaka. Ketiak2 tak main laa…tapi jangan la pulak korang biar kan ketiak korang itam la pulak. Tu mencerminkan kebersihan diri tu beb..
Tapi yang pastinya ketiak aku tak hitam, ketiak korang macam mana …?????

Thursday, November 18, 2010

Aku dan prinsip aku ...( wasehhhhhhhh......)

Tengah ilek nie, so nak di jadikan cerita, aku merondalah di alam maya dunia internet. Pegi baca blog orang, surf itu, surf ini. So aku terjumpa satu web nie lah. Macam laman sembang lah, u boleh uplod aper2 jer..orang Sarawak buat nie. Aku kira tabik springlah dengan si empunya laman nie, tapi yang x bestnyer, setengah2 ahli dier tu tangkap uplod citer yang tak terbukti lagi kebenarannya. Ada lak yang uplod citer yang memang tak betul langsung. Aku malaslah nak sebut aper. Tapi la kan, bukan ke tak baik kita uplod citer2 yang belum pasti kebenaran nya dan citer yang kita memang sendiri tau tak betol untuk tatapan orang lain. X best la kan.
Kalau benda tu suatu fitnah, bukan kah kita telah memanjangkan lagi citer fitnah tu..ish2 tak baik la kan. And kalau kita sebarkan pulak yang sememang nya cerita yang di sebar itu adalah rekaan semata2, yang mengapi-api kan sesama saudara seagama, kan ke lagi naya. Aku tau lah, itu hak peribadi, tapi bagi aku, kita as blogger kenak ada etika, kita kena jujur dalam membuat posting. Janganlah sekadar buat posting nak glamer sedangkan yang di post tu totally hampeh. Aku tak la baik sangat tapi aku berpegang pada prinsip aku sendiri, iaitu kalau nak buat story, samada dari pengalaman sendiri, mengomen apa yang berlaku di sekeliling itu dari kacamata aku sendiri dengan syarat aku tak meyinggung sapa2 le kan.
Bukan nya apa. Every time aku baca bloggers buat macam tu, aku rasa diaorang nie, saja jer nak carik nahas & glamer murahan.
Bagi aku, bloggers kena ada prinsip Rukun Negara yang nomor lima tu…Kesopanan & Kesusilaan. Sebab aku dapat tengok, Rukun Negara yang nomor lima tuh dah kurang di amalkan oleh kiter nie sumer kan..

Love, Peace & Harmony…

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha to all muslim bloggers & frenz..masa aku buat entry nie, takbir tengah main kat Astro nie. Memang menyentuh kalbu betul bila dengar takbir nie. And esok holiday and harap2 u all enjoy the holiday esok. Aku punya baju melayu lagi belum kena iron nie. Tengah piker mana satu nak pakai pagi besok. Surau belakang umah aku, akan korbankan lembu besok. Mungkin aku nak pegi tengok time diaorang sembelih lembu tu nanti.
Apa program aku nak buat lepas semayang raya esok, belum lagi aku fikirkan. Mungkin layan tengok citer movie yang aku dah donlod antara yang dah ada dalam list. Yang pastinya, petang esok aku dah ada jemputan untuk makan2 kat umah bapa saudara aku, apa function pun aku belom tau lagi nie…kepala pun tengah kosong nie, mungkin pasal perut aku kosong jugak time nie…nak makan apa pun belom lagi tau nie…arghhhhhhhhh…
Pasal ler kepala aku serabut sangat ari nie..apa2 Selamat Hari Raya Aidil Adha lagi sekali…salam…

Monday, November 8, 2010

Bah ...gi tengok laser juh.....


Petang semalam channel HBO Astro, diaorang main citer The Naked Gun…layan wa cakap lu. Lama betol aku tak tengok citer tu, lawak tahap gaban, tambah lagi muka selamba Leslie Nielson tuhhh..memang penat otot perut aku ketawa. Citer tu buat aku terkenang kembali zaman dulu, masa Laser Disc Room tengah glamer kat Kuching. Aku siap pakat ngan member pi Laser Disc, sewa bilik and tengok citer2 latest, sequel cerita Naked Gun nie pun antara geng2 dan aku tengok dulu, Naked 2 ½, Naked 33 1/3..memang lucu.
Everytime kalau nak tengok citer kat Laser centre, geng akan inform bila date so senang lah kumpul duit. Biasanya satu bilik tu RM20 ke RM25, kadang2 aku punyer group nie sampai 15 orang, so kira murah lah bayar sebab harga bagik sama rata. Then kalau ada geng yang bawak GF, for sure diaorang duduk kat row belakang, mana2 yang datang solo, sumer dok depan. Yang bestnya pulak, ada geng yang bawak GF nie dier pegi buat projek kat belakang, maka timbul lah bunyi yang lain selain dari bunyi sound effect citer tuu…saper2 yang takder GF tu memang telan air liur je lah dengar bunyi sound effect tu…nostalgia2…betol buat aku tersenyum jer nie…
Tapi sekarang nie, tempat2 laser nie banyak yang dah gulong tikar. Yelah …tempat orang dok buat projek, dah lah kotor, jarang tauke dier cuci tempat tu. Aku masih ingat aku & the gang kadang2 jumpa kondom kat lantai bilik tu, paling dasat kawan aku terduduk atas hasil “muntahan” orang laki nie kat atas tempat dudok…fuhhhhh geli woooo. Pernah jugak terjadi , kes salah bilik, aku & the geng ilek2 je bukak pintu bilik, alih2 depan mata tengok orang bogel tengah bertindih atas kerusi sofa tuuu…adeh2 tak pasal2 kita orang tengok citer biru free. Tu baru sedikit kenangan tuu…banyak lagi…sekarang nie, tempat nie banyak yang dah golong tikar. Bagus jugak lah. Ya lah dulu, player CD nie kan mahal, saiz dier bagak( besar ) pulak tu, time tu mana ada CD, LD jer yang ada. Saiz pun besar pizza deluxe. Sekarang nie kan player tuu dah turun harga, CD dah wujud, DVD dan sekarang era Blu ray la pulak.
Bila aku piker balik la kan, aper la budak2 sekolah buat sekarang yer time masa lapang diaorang? Hmmmm…adios…

.

Friday, November 5, 2010


<
Hari ini adalah Hari Deepavali. Sarawak tak cuti tapi Semenanjung adalah public holiday. Aku tak banyak kawan bangsa India cuma ada sorang dua jer. So aku nak wish diaorang a very Deepavali. Lepas ni lak Hari Raya Qurban, kalau orang gomen, for sure awal punyer pay day. Kompeni aku tak ikut , biasalah, ader lain sikit dari yang lain.
Sekarang nie kat AXN channel, Amazing Race Asia tengah dok main. Aku punyer team feveret , Khairie & Ethan. So far diaorang punyer performance ok, cuma ada la sekali tu, diaorang buat mistake, hampir2 nak terkeluar. Team yang aku paling bengang sekali, for those 2 guys from India, Sahil & Manas. Aku perati diaorang , rupa bukan main macho tapi alahai, buat serba serbi macam bapok. Mengalahkan team pempuan pulak diaorang berdua tuuu…satu lagi team dari Filipina tu, memang best, aku rasa munkin pasangan Malaysia & Filipina nie antara yang masuk the last three. Unless ada kejutan berlaku.


[ tengok betapa hepy nyer Kobe, Garnett & McGrady bila liga NBA nie dah start ]

Basketball pun dah mula jugak sekarang nie, NBA. Miami Heat aku rasa antara team yang akan orang dok perati sebab ader 3 player bagus dalam team tu, Lebron, Wade & Bosh..power beb. Tapi diaorang kalah by Boston ( team aku nie ) dalam opening game..go Boston. EPL lak, aku punyer team, Liverpool baru jer ada sikit improvement. Dapat menang 2 games in a row. Go Liverpool. Diaorang next game will be lawan Chelsea. Kalau boleh menang nie, memang moral boost giler nie.
Dah ujung minggu nie, ingat kan nak ilek, tapi dah jugak ada keja menunggu. Alahai…to my cousin, Oden, semoga u selamat bersanding kat sana, sori Bro, kue tak dapat pegi u punya wedding kat saner, ada keja …semoga kekal ke akhir hayat …

Monday, November 1, 2010

Si Cilik kue..


Dah menjadi rutin kue, sebelom balik umah aku akan pegi ronda2 rah town bawa kue punya princess lah. Seperti biasa dier nie mencarut entah apa2, kali nie dier menyanyi lah..dia asyik cakap waa..waa.waaa. Bila kue tegor dier marah , cakap “jangan kaco kamek lagu”. Kue cakap la kat dier balik, lagu apa yang banyak sangat waa waa tu. Lepas tu dier terus nanyi, waaa..waaa..then kat ujung waawaa yang banyak2 tu, dier sebut want ur bad romance ( but not a perfect English, just sound like ). Aku terus cakap,la rupa nya lagu Lady Gaga…aku dengan bini kue terus ketawa pasal lucu betol part dier sebut ayat omputih tu. Walaupun tune lagu tu dah betol tapi memang lucu. Aku betol2 tak sangka yang princess kue yang umur 3 tahun nie dah boleh nyanyi lagu Lady Gaga. Budak2 zaman sekarang. Lepas tu dier bawak lagu Akem, Hafiz..hehehehe.Ada bakat menyanyi rupanya anak kue nie.

Thursday, October 28, 2010

Aku nak lepas geram niiieee....

Masa kue turun keja pagi tadi, dengar radio la cam biasa. Then aku terdengar satu berita nie, pasal SUHAKAM yang memperjuangkan hak asasi tuhhhh…diaorang nie tegor lah pasal kes penahanan pegawai2 imegresen yang dok terima rasuah bagi orang luar masok tu. SUHAKAM cakap, penahanan diaorang melanggar hak asasi manusia…WTF with this SUHAKAM..????? Come on lah bro SUHAKAM, diaorang tu jual Negara kita tau tak, jual kedaulatan Negara untuk kesenangan diri sendiri, ko masih lagi nak bela….Memang SUHAKAM nie dah takder keja lagi dah woooo….bengang kue nie tau. Kalau diaorang memperjuangkan kes orang kena tahan ISA tu , kue x kisah sangat lah …
Satu lagi yang aku bengang nie, pasal aduan aku dengan JPJ nie, kisah orang yang potong line kat Jalan Matang, yang dah sampai tahap membahayakan orang nie, no aduan kue ialah 147977. Sampai sekarang nie, aku tak nampak pun tindakan dari JPJ lagi. Case aku diaorang dah letak solved sedangkan x pernah ada tindakan di ambil. Jgn lah sampai ader ilang nyawa baru nak bertindak. Ari tu dah jadi xciden, teruk jugak head on collision, nasib baik x mati. Aduan kue nie dah dekat 2 bulan x der tindakan. Binawe betol…harapkan wakil rakyat kawasan aku nak solve kesesakan nie, dier punyer nasihat..turun keja awal..bagi aku nasihat tue x masok akal bagi aku. Tak kan kue kerja masok kol 8, aku turun keja kol 6 pagi semata2 nak elak traffic jam…aku dah cuba turun awal..ke lambat ke…tetap jugak jumpa traffic jam nihhh…dioarang kan tahu kat area Matang nun banyak betol kawasan perumahan, sediakan lah kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, buat lah alternative route nak bagi orang kuar dari kawasan Matang nihhh…
Dah puas dah ati aku lepas geram ari nie..munkin lepas nie aku nak lepas geram pulak ngan double cheese burger kat McD nun..lama jugak dah x lepas gian nie…betol2 geram jugak kat Double Cheese burger Mc D tuhh….nanti haaa kue datang dalam ½ jam lagi…

Tuesday, October 26, 2010

One tune( sejiwa senada ) mula balik tapi badanku out of tune ...

Minggu yang penuh dengan aktiviti. Banyak program tengah berlangsung. Hari ini berlangsungnya ICT Media Award kat Pullman, dari pagi sampai lah ke acara kemuncaknya malam nanti. This weekend for 2 days, Karnival Broadband kat Padang Merdeka. Penat jugak oooo….lepas ya, State Civil Service day laaa pulak, this one kue rasa kue akan terlepas dari kena duty. Then untuk Sejiwa Senada Kapit yang di tunda sebelum nie, tarikh baru dah kuar , akan di buat on 26 to 28 November. Banyak travelling tok, for sure banyak jugek laa masyuk…tak banyak tapi ader laaaaaaaaaaa….Kira berbaloi la dengan penat lelah.
Time nih kue rasa kue punya blood reading (BP ) dah macam banyak benar stabil. Kalo sebelum nie, reading sekitar 149/93 , lately dah stabil sikit around 129/79. Kira ok nihh…lepas check up , kalo doktor cakap tak payah ambik ubat lagik, kue rasa nikmat dunia kue dah dikembalikan , Alhamdulillah…betol wa cakap lu, tiada yang lebih berharga dari cincin emas kalau dibandingkan dengan kesihatan yang sempurna. Mintak2 lah kue lepas…
Lepas nie, kue nak menten kue punya health. Badan kue dah tua dah, walaupun ati kue masih muder remaja, badan dah nak expired dah. Kalau dulu injured main bola kejap pulih, sekarang nih..toksah cakap. Injury sikit jak, berminggu2 nak pulih. Tak tua panama tuhhhh…kan kan.??
Apa2 pun kue nak layan mp3 nih..lagu Skid Row, I Remember you, tangkap lentok wooo dengar lagu nih, kalo x caya, pegi donlod nun…meleleh air liur wa cakap lu…adios..

Monday, October 18, 2010

Cerita hospital &ejen pencen.,..

Biasanya aku kureng sikit minat dalam budget2 nie, tapi seperkara yang menarik perhatian kue. A new hospital will be built in Petra Jaya. Wahhhh…ini sudah kira bagus. Dah tiba masanya Petra Jaya ada hospital umum untuk penduduk sebelah kawasan Petra Jaya yang dah semakin meningkat. General Hospital Kuching yang sedia ada pun dah overcrowded. Cuma yang akan jadi persoalan sekarang nie, kat mana hospital nie akan di diri nanti. Banyak jugak lah peluang pekerjaan jadi nurse nanti. Aku pun dengar PTK pun dah di mansuhkan, kesian jugak tengok yang sebelum nie, berhempas pulas study pasal PTK nie, alih2 kena mansuh la pulak. Back to square one balik dah semua nya. Apa2 pun aku harap yang apa yang PM dah buat nie akan menghasilkan yang terbaik untuk semua kakitangan awam.


R.E.D aka Retired & Extremely Dangerous lakonan Bruce Willis ( fevered action hero kue nih ), tangkap layan wa cakap lu. Aku memang minat ngan lakonan Bruce Willis dari dulu2 gi. Movie dier nie tak lah ganas tahap kapak or tengkorak but sememangnya secukup rasa. Dari tajuk lagi kita sumer dah tau yang dieorang nie semua retired agent. Kalo nak buat aksi bahaya sangat nanti jadi orang tua tak sedar diri la jugak, tapi apa yang dia orang buat dalam movie tu base on pengalaman dia orang time keje dulu lah. Aksi ala kadar jer tapi best. Syok jugak citer nie, aku tak nak citer lebih2. Kalau nak tahu pi tengok sendiri k.
Lepas nie, tengok lah apa movie yang aku boleh tengok gi…

Thursday, October 14, 2010

Bahaya ke tak nie...cakap la betol2...

Aduh malas banget nya rasa kue ari nie. Nak kata perut kenyang sangat, kue makan sikit jer. Mungkin lah kerana kesejukan tahap freezer aircond kat opis kau yang buat mata kue mengantok. Mood nak buat keja ari nie pun tak der, malas. Inilah yang kue boring sangat. Kalau kat rumah boleh lah kue buat aksi ‘bertekong’ atas tilam.


Dah lah tengok news malam semalam, mee Indomie ada bahan penyebab kanser. Aduhhhh lagi sekali. Aku masih ingat , time aku belajar dulu, mee indomie nie lah penyambung nyawa, macam2 stail masak aku n the geng buat kat hostel. Alih2 rupa2 nya mi indomie ni dier punya bahan pengawet terlebih. Kalau di ambil secara berterusan boleh menyebabkan muntah2 dan kesan jangka panjang adalah penyebab kanser. Pendek citer punya dalam badan kue nie dah ada pemangkin untuk kanser, tensen nie woooo….semoga aku akan sentiasa sihat walafiat hendaknya.
Then aku terbaca la pulak statement dari kementerian kesihatan yang mi indomie nie selamat lak di makan. Aduhhhhh kali ketiga. Mana satu yang betol nie. Betol2 memeningkan, kalau mender nie selamat, why in the first place TV3 buat laporan macam tu, sapa yang betol, sapa yang salah pulak nie…
Aku punya kesimpulan senang jer, aku tak akan makan lagi mi indomie nie, potong dari list penyambung nyawa kue. Aku pun berharap yang pihak kementerian nie dapat lah buat kat dier punya laman web list2 mender yang selamat dan diperakui oleh mereka memang selamat di makan.
Nampak gayanya Mii Sedap lah jadi pujaan ati kue buat masa nie..

Monday, October 11, 2010

Sukan Komanwel...penonton yang over acting...

Aduh…selepas sekian lama tak menyepak bola, semalam aku dapat peluang main. Keputusan nya, team aku kalah 5-1. First half aku main depan, memang dah out dah. Stamina takder, control takder, berkarat semuanya. Second half aku main jadi keeper lak, ok lah, tembus sekali, save sekali, yang lain defender memang cekap punya tangkap offside. Sekarang nie, team aku dah tak macam dulu, kalau sebut jer ada main, kompom akan ramai yang turun, siap2 boleh satu team main each half. Sekarang nie, nak carik reserve pun takder. Abis2 main bergegar kepala lutut kue.
Sekarang nie kan , tengah berlangsung sukan Komanwel kat India nun. Aku ada peristiwa yang aku anggap lucu, aku tengok masa hari Sabtu lepas belah pagi kalau tak silap. Acara lompat bergalah. Masa aku tukar channel tu, aku cuma nampak seorang atlet dari India lah, tengah buat lompat bergalah nie, dier mula dari ketinggian 3.5m and carry on lah. Aku hairan kenapa dier sorang jer, sedangkan atlet lain suma dok dudok kat tepi jer. Aku peratikan every time atlet dari India nie dapat buat lompatan tu, penonton tuan rumah sorak bagai nak rak, so aku ingatkan yang atlet India nie tengah top la kan, aku ingatkan yang lain dah terkeluar, sorakan penonton India nie pun satu, macam atlet diaorang nie dah menang pingat & buat game record. Check2 rupanya, dier sorang jer yang mula dulu. Atlet2 lain Cuma mula takat 4m. Bila aku dah sedar , aku memang tergelak sakan sorang2. Apalah punya penonton, betol2 over acting. Yang makin aku tergelak , bila atlet lainnak mula, atlet India nie dah tersingkir pulak. Memang over acting lah penonton diaorang…lucu wa cakap lu kalau korang tengok pagi tu…

Wednesday, October 6, 2010

Pengalaman ku di hospital...

Untuk kesekian kalinya aku ke Hospital Besar Kuching. Terima kasih lah gomen kerna sediakan kemudahan perubatan yang amat baik keadaan nya, katil2 yang telah naik taraf, tempat yang lebih selesa. Gua respek dengan gomen kita. Tapi, ha ada tapi nya…lif hospital di Kuching GH, masih lagi pada tahap kelembapan yang sama seperti puluhan tahun dulu. Aku pun tak paham. Dah lah slow pergerakan lif untuk para pelawat, tapi kalau lif untuk diaorang angkat waste, bawak katil pesakit semua nya cepat. Tak best lah macam nie kan…
Hari ni lak perut kue meragam masa kat GH tadi, aku dapat bayangkan yang public toilet kat sini akan berada dalam keadaan bersih, may be bukan lah 100% sempurna, paling kurang pun bersih lah kan. So bila aku masuk dalam toilet, semua nawaitu aku nak buang ‘waste’ aku semua nya terbantut. Manakan tidak, aku bukak toilet, aku jumpa segumpal emas kat dalam lubang, penuh lak tuu…loya beb. Sapa lah manusia yang buang taik banyak sangat camtu and then lepas buang , selamba jer dier tak flush. Aku tak boleh bayangkan, tisu jamban takder , air paip ada. Takkan lepas berak manusia tu tak basuh…ish2 musykil2 aku. Paling2 kurang pun dier basuh berak lepas buang, mesti la gumpalan emas dier akan clear, nie menten jer dalam longgokan. Puhhhhhhhhhhhhh …..kembang air liur aku.

Friday, October 1, 2010

Kisah Hantu dan makan2...

Secara rasminya , aku menarik diri dari kumpulan Sejiwa Senada Mukah. Semuanya atas sebab peribadi, sesuatu yang kue tak boleh elak. Jadi, cuma tinggal 2 tempat lagi kue akan bertugas, Kapit & Sri Aman. Lepas tu, kue punya turn abis. Kalau kue joint ke Mukah, surely less time kue with my family. Ya lah, lepas Mukah, rest one week pastu terus ke Kapit. Endurance beb…
But , what really interest me this morning..kisah tempat ladang jutawan kosmetik tu kena bunuh, polis2 yang jaga kat situ sekarang nie, cakap selalu dengar suara orang mintak tolong. Seram wa cakap lu. Alih2 polis yang di suruh jaga kawasan tu, dari 2 orang sekarang nie dah jadi 6 orang. Rupa2 nya pak polisi kita nie semua takut hantu hahahahahaha….Satu lagi laporan dalam akhbar cakap, salah seorang suspek tu di datangi oleh satu lembaga…Ha kan dah naya, kena kacau antu orang kena bunuh.
Lepas nie, aku nak pegi ke Raya Open House, kat Samariang, then pagi Ahad pulak, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kawasan kejiranan aku, last function pasal raya lak yang akan aku attend, next week kat DUN lama, anjuran Jabatan Ketua Menteri. Aku rasa kat DUN tu akan jadi penutup sambutan raya tahun nie. Masa tu lah time aku tengok semua muka staf yang ada kat Wisma Bapa Malaysia.
Then, proses makan2 pun akan berterusan untuk 2-3 hari nie, semuanya makan yang sedap2 punyer, rezeki katakan..Alhamdulillah…

Tuesday, September 28, 2010

Aku mengantuk semacam Garfield...huahhhhhhh....


Dah dua malam berturut2, aku kena jadi pak guard kat kawasan perumahan aku, sebabnya orang yang kerja ngan kitaorang tak dapat datang kerja pasal anak dier masok hospital kemalangan. Jadi dah 2 hari aku tak cukup tidor..hasilnya…time tengah hari mata aku akan jadi mengantuk bangat. Hari pertama aku sempat tidor 2 jam, ingat dapat cover malam tadi, check2 tak boley lah pulak, kenak duty gik, sempat tidor 1 jam jer, ingat kan lepas tu boleh tidor balik, tapi mata kue bikin hal tak boley nak pejam.
Kalau time aku masih muda sikit, setakat berjaga malam no hal punya…tidor sejam dua perkara kecik jer. Semenjak dah masuk era 30-an nie mata aku manja sangat. Kalau lah aku dapat pejam kan mata untuk setengah jam jer tengah hari nie mesti dah cukup layan bagi aku. Mintak2 sofa set aku sempat take over sebelum orang lain ambik nanti. Bercerita pasal tidor atas sofa, time kue zaman remaja dulu, sofa kat rumah kampong kue memang dah jadi tempat tidor tetap. Walaupun aku ada bilik kat tingkat bawah, tidor atas sofa depan TV jugak yang best.
Malam nie, belum tau lagik samada kena on duty lagi ke tak…hopefully dier dah boleh turun keja. Kalau setakat 2 malam tak cukup tidor, aku boleh layan ..tapi kalau malam nie kenak gak duty…terlebih sudah nie.
Or mungkin lepas nie, aku pegi pekena kopi paling kau punya…Starbuck bermain dalam kepala kue nie…atau pun pegi pekena kopi local kat kedai kopi nanti…aduhhhhh mengantuknya…

Tuesday, September 21, 2010

Cakap2 lepas Raya...

Aduhhhhhhhhhhhh....lemah rasa badan , lepas cuti panjang tok. dah lah baruk turun keja alu pegi attend meeting. Memang sah, kepala otak aku lembab. Mood pun masih belom naik gik mau buat kerja. 2 upcoming task dah nunggu, pegi Mukah & preparation for WBM ramah tamah Aidilfitri at the Old DUN on the 5th of October. Pehhhh....cabaran benar rasa mok mengangkat mood kerja tok.
Nasib baik masa before cuti aku sempat menghabis semua kerja2 kue. So tak lah banyak sangat yang terbengkalai. One thing yang best bila turun kerja lepas raya tok, melihat kepada staff2 wanita...fuhhhh semua bergaya turun kerja pakai baju Raya...cayalah beb.Macam2 color ada hehehehehe...
Another thing, masa aku kat dalam lif tadik, aku ter'over' heard lah these 3 ladies chatting to one another, dia orang cakap lah( discussion perempuan u all tauk jak lah ) tujuan sebenar diaorang pegi to rumah rakan sekerja nya semalam, bukan nak jalan raya but saja jer nak tengok rumah teman sekerja diaorang tuh...
Bahaya jugak kaum wanita nie, ada ka patut nawaitu jalan ke rumah nak tengok rumah jer bukan nak mintak maaf...fuhh dasat2...
Apa yang aku dapat belajar dari sini, hati2 bila kawan sekerja pempuan datang rumah..hehehehehe...

Tuesday, September 14, 2010

Aksi c kecik ku masa ari raya


Tahun tok, nya dah jadi camera man....satu pencapaian...




Tok, masa nya yang paling nya suka, gambar ngan semua cousin n minum air menet



This one, nya jadi model ...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri 1431 Hijrah

Assalamualaikum to all Muslim bloggers and kawan2 yang membaca my entry kali ini.
I wish a very Happy Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin sekiranya tertypo, terkomen lebih and apa2 je yang korang rasa lebih...ikhlas dari kue n famili..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ...

Thursday, September 2, 2010

Nikmat Hari raya dah terbayang2...

Dudok kat opis time nie, layan lagu raya, especially nya lagu Saloma. Sungguh2 mengasyik kan. Dah lah kue demam, sakit tekak lagi..dekat2 nak raya body kue bikin hal tapi takpe…dugaan. Kepala lue tengah imagine lemang, ketupat, ayam masak merah..
Biasa lah nak, time dekat2 raya menda2 tu semua nya dapat kue makan kat umah jer, tak payah sibuk2 nak gi kedai carik. Bukak tudung saji, gerenti ada punyer beb. Feveret aku memang lah lemang, tapi style aku makan lemang nie, kue rasa ada unik sikit dari orang lain. Aku suka kuah ngan kicap, untuk lebih khususnya kicap Tong Nam. Botol kicap nie aku dah kenal sejak azali lagi. Kalau ninja turtle ikut cerita kat TV tu cakap, ayat pertama yang diaorang sebut adalah pizza, aku pulak , ayat pertama yang aku sebut adalah kicap nie hehehehee…apa2 pun layan sungguh kue makan lemang cicah kicap nie, kasih kuah lebey sikit, biar masin…fuhhhhhhhh..mak mentua lalu aku boleh buat dek tau…Ketupat pun aku bantai ngan kicap nie, tapi kalau ketupat nasik tu, gua boh layan. Senang cerita, asal kan pulut jer , kue bantai.
Untuk memudahkan korang meng'imagine' , aku uplod sekali gambar ketupat, lemang & kicap tiong nam ( aku pinjam gbr kicap nie from one of the blogger, ya sama minat kicap nie macam kue jugak )...

Inilah kicap yang menjadi pujaan kalbu kue...sedap wooo



Thursday, August 26, 2010

National day blunders...


Kue jalan2 semalam dan terjumpa sesuatu yang amat menyakit kan kalbu kue. Di saat kerajaan mempromosi hari kebangsaan, menanam semangat cintakan kemerdekaan, ada jugak pihak yang masih kurang sensitiviti. Ada ka patut ulang tahun kemerdekaan boleh salah tulis, dah lah billboard tu besar bangat. Orang semua sibok ngan kemerdekaan yang ke 53, alih2 diaorang promo kemerdekaan yang ke 52, apa nie ...bengap ke aper yek...
Bagi aku, ini adalah salah DBKU, tidak memantau apa yang di pasang di kawasan mereka. Salah pembuat poster billboard tu yang tau untung jer, tanpa perlu memeriksa apa yang mereka buat itu betul atau tidak...
gua bengang nie tau tak.....

Tuesday, August 24, 2010

Terkenang semasa dulu








Masih kah korang ingat ngan benda2 nie sumer ? Kasut sekolah aku zaman dulu nie, masa aku sekolah menengah and rendah.
Buku kesihatan, antara subjek masa aku sekolah rendah dulu. Asal ada test jak , aku mesti score 100% hehehehe..
Then siri cerita seram yang femes time aku dolok ...

Nostalgia beb...

Sunday, August 22, 2010

Kisah sedih kawan aku..

Semalam kue pegi lepak kat The Springs..biasalah , menghabiskan masa sambil nemani org2 rumah nya membeli perkakasan membuat kuih. Raya kan dah dekat. Apa yang menyentuh hati kue semalam, terjumpa seorang kawan lama, my junior in school dulu.
Seperti biasa kue akan tegur, and bertanyakan khabar. For once, aku rasa bertanyakan khabar pada kawan aku nie, satu tindakan yang salah. Bukan apa, dier terus pegi cerita kat aku yang husband dier dah pass away, and yesterday betul2 baru sebulan. Tergamam gua. Aku cakap sorry lah pasal tak dengar cerita. Sedih juga dengar cerita dier nie, yelah laki dier tak sakit, tiba2 jer passaway. Sebab..bacterial infection kat lungs…aduhhhhhh. Mula2 tu dier cakap husband dier sakit tengkuk, so dier pegi jumpa doctor kat klinik kea per ker kat Miri nun ( coz dier baru jer transfer ke Miri ). Alih2 doktor tu bagi 2 suntikan kat tengkuk dier. Then laki dier ok jap. But few days later, laki dier punya health dah depleting. So dier balik Kuching, doctor kat Kuching ( well known hospital lah )cakap laki dier ok lak. And laki dier pun Nampak cam ok balik jer. Lepas tu, laki dier sakit balik, dier punya BP turun, kidney dier fail and sekelip mata jer dier dah meninggal. Kawan aku nie cakap, dier betul2 tak sangka yang laki dier akan pergi dulu. Sampai dier cakap, dier dah tak mampu nak menangis lagi dah. Masa dier cerita nie kat aku, kakak dier yang temankan dier beli barang raya untuk anak2 dier dah bercucuran air mata. Sedih tengok nasib adik dier kot. Anak2 dier sampai takat semalam semua masih pikir bapa diaorang masih kat Miri. Aduhhhhh …tersentuhnya hati kue kat situ. Kesian tengok anak dier, coz yang bongsu baru jer 10 bulan. Asyik2 sebut papa..papa jer depan dier.
Aku betul2 tergamam dengar kisah dier, aku cuma mampu cakap kan takziah & bersabar je lah. Tuhan sayang husband dier. Aku dapat bayangkan yang betapa sedih nyer kawan aku nie nanti di pagi raya..
Aku? Aku rasa aku amat beruntung , ye lah bila terkenang kisah sendiri, kena admit ICU, lepas lak attack BP yang gila2 tinggi punya reading ( doktor cakap aku sungguh2 bertuah ), sempat sambut bulan puasa, sempat lagi raya ngan family ku. Tak dapat lebih aku ucap kan selain dari Alhamdulillah atas kesempatan yang ada nie…
Satu lagi kesimpulan yang aku dapat, bahaya jugak kena bacterial infection nie yer, lebih2 kalau jumpa jenis bakteria dorman, bila dier dah matang baru dier keluar and attack perumah dier…
Aku Cuma mampu doakan untuk kawan aku nie supaya bersabar je atas ujian Tuhan nie..and kalau orang rumah kue baca nie, sesungguh nya kue betol2 sayang you all…

Friday, August 20, 2010

Wahhh..maka dengan rasminya..ini lah rupa blog aku untuk kali ini..puas ati jugak …tocey Big Momma for few good tips. Dari 2 kolum, aku dah menaik taraf kan blog aku jadi 3 kolum..okey apa, dan juga apa yang pasti, akan bertambah lah gadget kat penampilan blog aku kali ini.
Puasa kali ini, syukur gila cuaca kat Kuching taklah panas bangat, hujan jerr…syukran. Cuma ada satu masalah jer, tahap sejuk beku di opis aku amat2 malampaui batas. Rasa macam bekerja dalam freezer jak. Mungkin salah satu faktor, perut kosong=tiada berlaku pembakaran dalam badan. Memang x pernah kue pakai jaket dalam opis. Kali nie kue tewas jugak dengan kesejukan ini. Brrrrrrrrrrr…..
Sedar x sedar, dah masuk 10 hari kita puasa yer, bila agak nya aku plan nak buka kat luar ? Ms Tikot dah plan 28.8.2010 nie , jadi tengah pikir nak join ke tak nie? Cuma takut lepas makan lak, kue dengan cemas nya nak balik ngan cepat, for terawih. Bukan apa, kue dah tanam semangat nak tamat terawih tawun nie, and so far betul kea rah melengkapkan kehadiran untuk terawih nie. Mudahan2 aku akan tamat terawih tawun nie..Amin. Kecuali, buat kan spring ke, sedap sikit coz sebelah masjid jer…boleh la lepak2 sikit lepas makan. So, gua tengah pikiaq giler lah nie …to makan or not to makan...???

Thursday, August 19, 2010

Blog ku bertukar wajah...

Selepas setahun, baru sekarang aku tukar aku punya blog appearrence, tak sebaik yang aku pikirkan tapi at least dah tukar. Dah boring asyik tengok kasut jer bila bukak kue punya blog. Features tambahan yang aku letak kan kat blog kue , ada sekumpulan ikan. Korang boleh lah bagi ikan2 tu makan dengan mengklik ke atas nya, kalau mouse pointer korang lalu kat situ, ikan2 tu akan follow..kira macam dier orang kejar suruh korang feed barang makan…layan jugak aplikasi nie…
Mungkin dalam sehari dua, penampilan blog aku akan bertukar lagi. Seperti biasa kalau ada link2 aku yang ilang, Big Momma lah yang akan menjadi pusat rujukan. Kira khutub khanah jugak dier nie…

Monday, August 16, 2010

Makin rasa kreatif lah pulak di bulan posa tok...and it's all because perut ku kosong peringkat ke 8

Diam2 dah mok seminggu dah kita berposa, biasanya ada beberapa menu dalam list aku yang aku mesti makan dalam bulan posa tok. Apa kata urang putih tek… a must have …
So, yang pertamanya adalah dari fast food restaurant kegemaran aku, McDonald. Apa lagi mun sik Double Cheese Burger Large punya. Gila wooo layan nya pun burger tok…cakap pun sik guna…dengan cheese nya ya dah mencair sikit, plus gik ngan French fries yang tgh panas…fuhhhhhh….
( Double cheese burger kegemaran kue )


Sigek agik makanan yang mesti ada , ikan terubok panggang. Part ikan terubok tok sebenar sama jak stail memanggang nya, Cuma yang mesti “kaw” gila is nya pun cecah. Apa2 pun stail manggang ikan ya, mun cecah nya sik cun nang sik layan.


Makanan sigek tok, memang sik boleh miss bila bulan puasa tok, bubor pedas, the best ever bubur pedas yang aku makan, for sure masakan arwah mak aku, kinek dah di warisi skill molah nya oleh kakak2 aku..syahdunya bila melayan bubor pedas tok..kenak gik ngan nasik panas.
( Bubor pedas yang syahdu bila dimakan panas2 )


Lain2 yang mesti ada is bubur kacang hijau, the best pun arwah mak kue yang buat..sapa lagi ndak. Apa2 pun masakan paling nyaman di dunia, tukang masak paling best is mak kita pun..kinek tok aku dah sikda opportunity mok merasa masakan emak…tapi apa yang aku buat bila aku akan pergi lah ke rumah kakak2 ku untuk ngilang rindu ngan masakan emak…

So , macam ney ngan kitak urang, dah dapat makan makanan kegemaran di bulan posa tok...

Sunday, August 15, 2010

Wayang season..

Masa aku surf you tube malam tadik, terjumpa lah aku ngan trailer movie Gundam OO, aduh eh, kemain gik best nya. Ada nak kah nya akan main seluruh dunia? Jangan lah nya main for Japan ajak. Mun cam ya nang kedekut lah Jepun tok. Bercerita pasal cerita, aku dah pun melayan cerita The Last AirBender. Boleh tahan juak citer nya, sebijik macam cerita kartun nya.

( Watak utama dalam Airbender )


Tapi another citer yang aku dah tengok, Tekken, bagi aku sungguh mengecewakan, watak2 dalam cerita ya memang exactly mengekot gamenya, Cuma yang aku sik cuka , jalan cerita nya di ubah alu. Bengang ada jak. Hero yang megang watak Jin ya pun kecik gilak, cobalah macho sikit…aku sik mok citer panjang gilak , kerana kadang2 tok view seseorang yang berlainan.

( Tok lah yang pegang watak Jin Kayama, sik best alu...)


Tapi mun kitak orang perasan, gaya yang di polah oleh duak orang hero ya..sama sekali jak...entah2 coreographer duak movie tok sama kali...

Ada gik movie yang boleh di layan juak, antaranya The Growns Up ( Adam Sandler ), The Killers ( Aston Kutcher ), The expandables ( Stallone, Bruce Willis, Rourke and few gik action hero termasuk Jet Li ), Harry Potter..pehhhhhhhh..berbaris jak movie k layan tawun tok...but so far aku puas ati ngan movie2 tok semua..worth money orang madah...

Friday, August 13, 2010

Makanan yang aku jumpa masa travelling n in town Part 1

Dalam aku molah kerja di perantuaun, I mean travelling…aku dah jumpa few favourite foods. So aku nak share lah ngan korang sikit2…



First sekali, masa kat Betong ari ya, the best teh tarik peng that I ever taste. Di jual kat kedai JD nama nya, rasa the tarik tok sungguh lemak berkrim. I even suggest it to my team, semua nya suka taste nya juak. Rega nya RM1.60,( murah bah ) bagi aku sungguh2 cun rega nya kenak ngan rasa.



Makanan kedua yang aku rasa paling sedap kat time travelling so far seperti yang tertera di atas ( rasa ayat molah presentation jak ), Nasi Goreng Kampung yang di jual di Sarikei ari ya, kat Open Air near Centra Market nun. Layan wa cakap you, original punya nasik aruk. Ada telor dadar size besar punya, ada sambal yang sesungguh2 nya secukup rasa plus air sup yang memikat kalbu, perfect rasa air sup ya, bukan cam setengah keday makan, air sup betol2 air putih engkah serbuk lada, ajinomoto and bawang goreng ( cokia menar keday cam tok ). Rega Nasik Goreng Kampung tok, cuma RM3.00.



And the next is, makanan kegemaran kue semenjak azali gik, Mi Kari, this one aku jumpa back in Kuching. The hunt for the best Mi Kari in town masih lagik sik abis2. This time aku jumpa Mi kari yang sedap kat Kopitiam di the latest new attraction di Kuching , The Hills di Old Town Kopitiam. Layan gila aku makan makanan kegemaran aku tok. Perfect jak bagi aku…


And seperti yang dimaklum, sapa2 ada maklumat mengenai Mi Kari paling layan di Kuching or tempat2 lain, sound jak...

Wednesday, August 11, 2010

Maka dengan ini puasa bagi tahun 1431 hijrah...telah pun bermula...


Alhamdulillah…selesai dah aku bersahur untuk hari pertaman Ramadan tahun ini. Maka bermula lah ujian bagi kita semua. Semoga puasa kita akan dirahmati Allah dan mendapat berkat. Bagi kue, semenjak peristiwa itu, kue bersyukur dapat bertemu Ramadan kembali. Perasaan menghargai bulan mulia ini semakin mendalam. Sebetulnya, kita takkan tau adakah umur kita akan cukup panjang untuk menemui Ramadan tahun depan.
Sebelum tok, aku tok memang jenis yang malas bersahur. Tapi rugi tak sahur coz ada keberkatan nya. So simple to get Allah blessing in Islam. Sedangkan perkara paling mudah pun yang kita buat, dengan niat hanya untuk Dia, kita akan di rahmati.
Paling best, lepas sahur, terus bukak channel astro, Asian Food Channel. Tengok2 apa menu yang boleh di guna pakai masa mauk berbuka kelak. Sik best panama ya, sahur start baruk few minutes, dah sibok mok carik menu k sungkei.
Apa2 pun, to all Muslim, Selamat Berpuasa, semoga tamat hendak nya…especially to my little girl kat rumah nun…

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...