Tuesday, May 25, 2021

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati ,
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim & Muslimat yang berada di luar sana. Raya 2021 adalah raya kali kedua kita dalam suasana pandemik Covid 19, tahun nie agak bertuah sedikit sebab di Sarawak dapat bersolat Hari Raya dan Ramadannya kita dapat bersolat tarawih di surau dan masjid. Di Sarawak, kita di benarkan berziarah hanya satu hari saja, hanya dengan keluarga terdekat, itu pun masih lagi ada pihak atau individu yang melanggar peraturan dengan berziarah.
Kes di Sarawak semenjak kebelakangan ini, makin menjadi jadi, teringat suatu ketika dulu, kes di Sarawak amat rendah berbanding dengan tempat tempat lain, tapi kini Sarawak kerap mengungguli carta jumlah kes baru. Apa sudah jadi? Mungkin rakyat Sarawak leka? Banyak posting di internet, di socmed, menyalahkan pihak kerajaan. Tidak buat sekatan, tidak buat PKP, duit dah habis dan macam macam lagi.
Bagi aku, secara peribadi berpendapat, inilah masanya kita sebagai rakyat mendisplinkan diri masing-masing. Kita tahu secara musim pandemik, kawallah diri sendiri, jangan lah kita mengharap sangat kepada kerajaan untuk mengawal pergerakan kita. Kalau dulu kita sering mempertikaikan intergriti pihak kerajaan dalam menjalankan amanah, sekarang keadaan berbalik. Sekaranglah masanya intergriti orang awam di uji, bagaimana kita menjalankan amanah dan SOP yang di beri kepada kita.
Stop finger pointing to others, lihat kepada diri kita sendiri, adakah kita terlah melakukan yang terbaik dalam melaksanakan SOP. Dan banyak juga posting di internet, mengatakan semua ini adalah konsprirasi. Tambah lagi dengan pemberian vaksin, macam macam posting pasal buruk nya vaksin di sebarkan secara meluas. Dan ada yang sekadar berkongsi cerita hanya dengan hear say, bukan fakta. Kita mesti ingat yang vaksin ini bukan ubat, vaksin perlu bertindak balas dengan sistem badan kita untuk membentuk imunisasi. Memang akan ada tindakbalas mereka terhadap vaksin akan berlainan. Jadi jangan lah khuatir.
Akhir kata, jagalah diri kita, sayangilah keluarga kita. Bantulah frontliner kita. Dulu kita hampir menang, dan kita boleh menang lagi dengan segala langkah yang ada kerana ia tidaklah mustahil. Victory loves preparation.
#kitajagakita
#staysafe

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...