Wednesday, March 10, 2021

Salam Isra Mikraj

Assalamualaikum....lama nya dah tak menulis di sini. Sekejap jer kita dah masuk bulan Mac 2021. Covid 19 pun dah masok setahun, budak x sekolah pun dah setahun. Alhamdulillah, vaksin untuk Covid dah ada. Paling tidak pun, ini lah berita yang paling menggembirakan pada tahun 2021. Sungguh melapangkan dada.
Malam ini pun Isra' Mikraj. tak lama lagi Ramadan akan menjelma.Aku masih ingat , terawih tahun lepas xda langsung. Sunyi sungguh surau dan masjid. Aku sungguh berharap, tahun ini tak akan berulang benda yang sama. Samalah kita doakan semua ok.
Semoga di malam yang mulia ini, doa kita semua akan termakbul, Covid 19 akan hanya menjadi salah satu lipatan sejarah hidup manusia.

Wednesday, July 29, 2020

Salam Aidiladha

Assalamualaikum.. 8 April 2020, tarikh akhir aku buat posting kat blog aku nie. Semakin lama, semakin kurang aku jaga blog aku nie. Ternyata sibuk kerja dan kekangan masa semakin mencengkam. Aku ingat , nak print satu satu posting aku nie, buat buku, buat kenangan sendiri nanti. Yang pastinya , aku tak tahu sampai bila blog aku nie akan bertahan. Selagi masih ada kesempatan dan nafas di kandung badan, aku akan update blog nie seadanya.
Dalam 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, selepas Hari Raya Aidilfitri kita semua tak berpeluang untuk solat sunat hari raya, aku sangat bersyukur untuk Aidiladha nie kita berpeluang untuk menunaikan solat sunat ini. Terasa benar lain nya sejak muncul wabak Covid 19. Semua kini sedang beradaptasi dengan norma baharu. Dengan topeng mukanya, dengan ambik suhunya, dengan sanitizer nya, semua nya berlainan. Gusar jugak bila dengar berita, kenaikan kes kes baru akibat gelombang kedua nie, dan kalau kita masih tidak berjaga jaga, akan muncul pulak gelombang ketiga.
Semoga bumi bertuah Malaysia nie akan terus di lindungi Allah. Dan aku berharap, jangan lah wujud nya kluster baru lagi selepas nie. Dengan kesempatan ini, aku cuma ingin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga dengan pengorbanan kita menjaga negara, mengamalkan jarak sosial, mengamalkan semua S.O.P dengan patuh, Allah akan kurniakan kita dengan kemenangan.

Wednesday, April 22, 2020

Salam Ramadhan 2020/1441 Hijrah

Assalamualaikum…pejam celik, PKP kita dah masuk fasa ke 4. Tak berasa dah beberapa minggu kita hilang solat Jumaat. Dan tak lama lagi Ramadhan pulak akan menjelang tiba, 2 hari je lagi. Aku sungguh sungguh tak sangka yang kita tak akan mampu untuk berkumpul berjemaah solat Terawih. Sesuatu yang tidak pernah aku gambarkan yang perkara seperti ini akan berlaku. Dan kita belum lagi nampak akan hikmah nya di sebalik musibah wabak ini. Yang pertama aku nampak, alam sekitar bertambah bersih dengan kurangnya pelepasan gas carbon, yelah kereta dah kurang bergerak kan.
Korang perasan tak, satu trend yang aku nampak meningkat sekarang nie, aktiviti penipuan online atau scammer..fuhh memang menggalakkan dia orang buat aktiviti. Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab aku dah tiga kali kena scam nie, pertama aku terima email dah dari orang Itali macam, cakap yang dia ada video aku melancap depan PC ( memang dah takder kerja lain lah kan ). Aku mesti bayar dia 2000 dalam bentuk bitcoin. Manyak cantik punya muka. Kedua, aku terima panggilan di rumah, dari unit Kem Telekomunikasi, cakap yang bil aku ada masalah dan perkhidmatan internet aku akan di gantung dalam masa 2 jam. Hebat betul kementerian sekarang nie, jaga bil telefon rakyat. Baik tutup je TM kan hehehehehe..yang seronoknya bila aku berborak dengan orang yang call aku, ilek jer perempuan tu cakap aku yang buat panggilan scam..alahai.
Dan yang terbaru, baru jer dalam 20 minit, aku terima call, dari mahkamah Alor Setar la pulak, cakap aku ada kesalahan mahkamah yang perlu di ambil perhatian. Banyak lah cantik, aku dah malas nak layan. Jadi, nasihat aku kepada sapa sajer kat luar sana, hati hati lah, ingat kan orang tua yang ada kat rumah kita tentang perkara nie, biasanya mereka akan jadi mangsa mudah kalau terkena.
Sebelum menoktah nie, aku nak bagi nasihat sikitlah, toksah sibuk nak langgar PKP nie, tak pasal ada rekod jenayah. Kepada pihak polis, ambik lah tindakan kepada orang orang besar yang langgar arahan PKP nie, berlaku lah adil kepada semua lapisan masyarakat. Jangan lah pilih bulu sangat.
Dan aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua Polis dan anggota ATM yang bertugas di sekatan jalan raya PKP nie, semoga Allah lindungi kamu semua dari wabak nie.
Kepada yang ada baca benda nie, terutamanya kepada saudara seagama aku, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga puasa kali ini akan mendatangkan rahmat dan keinsafan kepada kita semua.

Wednesday, April 8, 2020

Salam Nisfu Syaaban

Covid 19…wabak yang tengah havoc menyerang seluruh dunia termasuklah tanah airku, Malaysia dan tempat asal ku Sarawak. Dan kerana nya jugak, aku terkena tempias nya, self quarantine selama 14 hari sebab ada close contact dengan jemaah tabligh. Tapi syukur kepada Allah, semuanya baik-baik sahaja. Mendengar berita di negara lain yang lebih teruk keadaannya, sesungguh nya aku lebih bersyukur. Satu soalan yang sering bermain di kepala aku, adakah kerajaan terdahulu terlalu memandang ringan akan wabak covid nie dulu. Entah lah..satu soalan yang aku tak akan dapat jawapan.
Sekarang nie aku dan kawan sekerja semua nya bekerja dari rumah. Boring jugaklah sebab tak keluar sangat. Tengok media sosial, macam macam jer perangai orang masa MCO nie, ada banyak alasan yang keluar. Lawak lawak santai yang diaorang buat kak Facebook.Kalau kat wall aku, banyak orang update semua dah terer buat kuih asli Sarawak, penyaram.
Aku tak nak lah tulis panjang sangat, sempena malam Nisfu Syaaban nie, aku harap doa rakyat Malaysia dan umat Islam amnya akan di makbulkan oleh Allah s.w.t. Semoga Malaysia akan bebas dari wabak penyakit ini. Aku yakin dengan ayat dari Surah Al-Insyirah, yang tiap kesusahan itu akan akan kesenangannya. Semoga kita semua akan terus bersabar dan tak berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Thursday, December 19, 2019

Dah sudah...

Hari ini, aku ambik cuti , unrecorded leave...jadi sempat la pulang ke rumah tengah ari , nak tukar pakaian dan bawak anak anak jalan , cuti sekolah masih panjang lagi...
Dan masok lah waktu Zohor, azan berkumandang dari surau kat belakang rumah aku,aieeeeee.....budak di suruh azan.Suara pun belom akil Baligh,...
Ada tak betol nie, mana yang dewasa? Jadi , aku solat zohor di rumah, ( maaflah ye...), selesai solat aku terus pergi ke surau. Aku tanya, kenapa budak kecik yang azan tadi? Mana orang dewasa? Aku di jawab, mereka tengah mendidik anak anak nie... Alahai...Aku tak marah , mereka mendidik, bagus ...tapi takkan azan untuk solat di lepas kan tanggungjawabnya ke budak kecik yang belum akil baligh..
Come on...Islam sekarang nie tengah di perlekehkan, jangan lah sampai benda besar macam tu suruh budak kecik, kita orang Islam sendiri memperlekehkan.. Aku setuju dengan niat mendidik, tapi belum sampai masa nya... Galas lah tanggungjawab itu untuk orang dewasa.
Di Palestin, saudara ku tertindas, di China saudara UIghur ku di seksa.. Bangkitlah wahai saudaraku semua...Jangan lah menjadi pengikut Agama Islam saja, jadi lah penganutnya yang bertanggungjawab. Masa kita sudah tak banyak...lupakanlah keduniaan yang melampau...pesanan ini juga untuk diri aku sendiri.... We stand by our akidah yang satu...kekalkan...
#Uighur #palestine #bersatulah

Thursday, November 28, 2019

Selayaknya begitu.....

Now , aku jadi replacement kepada kawan aku yang sedang bercuti. Jadi ada banyak masa untuk duduk, santai, layan fikiran. Nie lah yang buat aku sempat update blog aku nie. What do you do with your free time? Hehehehe …aku pergi down memory lane. Carik lagu lagu zaman remaja dulu dulu gitu, lagu that I grown up with kata omputih. Seronok juga lah, yalah I manage to kill some times with it, dapat mengelak aku dari mengantuk. Aku juga dapat study online kata orang , tambah pengetahuan am. Penting wooo kalau kita suka borak, jumpa user, isu semasa dan dunia amat membantu dalam perbualan kita dengan mereka.
Pagi tadi aku bekpes kat Aisha Lunch Box sama dengan permaisuri saya. Not a bad place, with a good ambient, fine dining kata orang. Kalau aku cakap, nanti kecik ati pulak orang bukak kedai makan, asyik asyik macam tu jer…Kekadang manusia nie, dia suka duduk makan selesa, tapi jangan lah jadikan alasan buat tempat selesa nak jual makanan harga berapi. Ilek lahh tauke …aku suka pada teori jual harga biasa, biar orang ramai datang , makin banyak orang datang sebab harga murah, makin laa best kan, banyak untung. Sori lah aku kutuk tokey pengusaha makanan, kalau bukak kedai makan asyik asyik macam tu jerrrr…standard…pikirlah di luar kotak sikit. Melabur untuk keuntungan ada faedah nya, tak sekelip mata balik modal but when your kedai makan have that attraction, people will come again. Sebab selesa…betul tak…
Orang kita nie takut melabur, tapi nak kaya. Makan aiskrim gula apong, ingat kan makin lama, main besar sebab untung banyak, tapi makin untung banyak, saiz aiskrim makin kecik, mana boleh jadi macam tuuuu…sepatutnya makin besar, bukan makin kecik…malas nak cakap lah kedai mana, sebab semua nya sama, makin untung makin sikit…mentaliti tahap apa, aku pun tak tahu. Beginilah perkhidmatan yang cekap, ayat iklan yang aku selalu guna hehehehehehe.
Dunia kita nie semakin ke hujung, so I’m talking about my religion sajer lah, banyak orang Muslim di luar sana, memang meningkat tapi , bagi aku itu cuma pengikut ajaran Islam jer, bukan penganut ajaran Islam. Ada bezanya tuuu…pikir lah sendiri k. Memang dah di sebut dalam Al Quran, tapi malas lah nak elobrate lebih panjang…nak tau bacalah Al Quran, dapat pahala tuu…untung duniawi dan akhirat.
As always...adiois.
#aishalunchbox

Tuesday, November 26, 2019

And it's all about my love to my country....hehehehehe...

Tajuk bukan main lagi but it’s officialls, 8 months since my last posting. Ahaks…how I missed my blog. How I miss mumbling hehehehehe. Yang pastinya , ambo selamat, sihat walafiat dengan sedikit saja masalah hehehehe.
So, what is happening to the world. I’ve read the news and make me kinda scary a bit. Especially di Timur Tengah. I feel bad for them. I feel bad for the Palestine actually, damn Israel.. Gua tak dapat hadam, macam mana negara itu masih boleh lagi wujud dengan keganasan dia. Aku tahu, memang bangsa nie akan buat kerosakan, dan hanya akan menanti kemusnahan nya sendiri, itulah yang telah di janjikan oleh Allah, my god and the one and only. Asyik borak pasal negara orang, apa jadi dengan negara aku sendiri.
Apa nak jadi dengan Kerajaan baru nie…sembang lebih, idea lebih, tapi aksi kurang.Aku kesian la tengok aku punya Perdana Menteri, nak betulkan Malaysia, tapi family sendiri tak betol, jadi suara Islam, di sanjung di negara negara Islam, tapi anak sendiri dok bantai Islam. Come on lah Tuan PM, anak awak buat benda tu public, tegor lah cara public, betul kan dulu rumah sendiri sebelum nak betulkan orang lain[ disclaimer nie: pendapat peribadi kalau ada orang sokong tak per , silakan ].
Now pasal negara aku pulak, Sarawak. Alhamdulillah, pada pendapat peribadi aku, keluar dari Barisan Nasional dan berdiri sendiri, making us totally autonomy, keputusan yang terbaik. Mungkin banyak orang tanya, kenapa baru sekarang, ilek la bro...semua tu perancangan Allah. Mungkin the mighty Allah dan tengok Sarawakian has suffered enough , so tu pasal benda nie jadi
.
I’m a bit patriotic when talking about Sarawak. I’ll die for it…Aku suka keadaan sekarang, no outsider, gaduh pun sama sendiri, bukan orang luar yang buat keputusan untuk kita.
Alaaaa kalau setakat janji Pakatan Harapan nie, jangan harap lah…kencing banyak.. Aku suka dengan ada nya media sosial sekarang, kita nampak, betapa buroknya layanan Federal Government to Sarawak.
Last aktiviti yang aku buat, pegi gig, the return of nice stupid playground. Walauseh, lama giler tak dengar diaorang nanyi.Aku memang dari dulu suka underground. Grunge forever…Lepas tu layan OAG main…memang terbaek.. Cuma satu jer yang tak best, diaorang jual beer before gigs, come on lah ,it is a time bomb bro…aku tak lah menggalakkan orang minum, but at least guna otak sikitlah, jangan simpan lutut..asyik nak ingat untung jer. Aku rasa penganjur what about kuching kena take note lah…
Until then....adios...
And to my muslim brothers and sisters, jangan tinggal solat..it's connect you to your god...trust me...i've seen a lot
#whataboutkuching #grunge #oag #nicestupidplayground

Monday, December 24, 2018

Excuse my manners if i make a scene.. ahaks...

Night lepak again... Subhanallah betapa aku suka Kuching. My hometown. Duduk lepak bersama ngan wife aku, sambil tengok orang lalu lalang. Macam macam bangsa aku tengok, memang harmoni. Aku dalam deep thought terfikir, betapa sayangnya suasana ini di hancurkan oleh politikus yang bermain bara api, mengapi api sentimen kaum, agama. Betapa aku ingin sound direct kat dia orang , sarang tebuan jangan di jolok.
Mereka bermain satu permainan yang bahaya, semata mata hendak kan kuasa. Cukuplah kita lihat apa yang terjadi kat seberang. We do have such a good government yang di pimpin oleh rakyat rakyat Sarawak. Jangan bawak benda luar masuk ke tempat kita, sebab tak semua benda luar itu bagus untuk kita. Biar kita buat dengan acuan kita sendiri.
Kita semua keluarga, walaupun tak ada talian darah, tapi kita ada satu hati yang sama sama cintakan Sarawak. We are not related by blood by we are brother by heart. Jangan jadi hipokrit. Walk the talk. Seorang tak akan dapat kekalkan keharmonian yang ada kat Sarawak, tapi kalau kita lakukan bersama, in sha Allah ia akan berjaya. For my fellow Muslim, Mekah dan Madinah dah hijau, kita as Muslim should know what does it mean.
Tidak ada satu bangsa yang lebih berkuasa dari bangsa lain, tak kira apa warna kulit, tak kira macam mana rupanya. That is what my Prophet has been said 1400 years ago, and i’m living with that. Life is to short to hate, Life is simple but it is not easy.
Peace yo...Love you Sarawak

Monday, March 5, 2018

Mengira waktu jer lagi ...

Salam kepada semua..Apa khabar? Ada setengah orang bila baca blog aku, yang aku kembali ke Ipoh, kenapa nak pergi lagi , jauh dari keluarga?
Aku ada beberapa jawapan. Pertamanya, itu adalah komitmen yang kita dah beri masa kita nak terima kerja dulu, jadi takder alasan. Keduanya, aku berpegang kepada kata Saidina Umar, kalau kita selalu bergerak, kita kan jadi macam air yang jernih, takder kotoran yang mendap sebab sentiasa mengalir, berbanding kepada air yang bertakung. Jadi, aku rasa korang faham la maksud kata Saidina Umar tu kan. Terlalu lama di suatu di suatu tempat kadangnya buat kita rasa beku jer. Sebab tu sekali sekala kita kena bergerak. Atas sebab itu, kita juga kalau boleh pergi lah melancong, berjalan tengok tempat orang. Amat baik untuk minda. Ketiganya , aku rasa makin mengikat rasa rindu kepada isteri, anak dan keluarga. Yang nie aku memang setuju sangat.
Sekarang nie, aku tak sabar sangat nak tunggu family vacation aku. Lama jugak aku tak pergi bercuti dengan family aku keluar dari Tanah Borneo.
Selain vacation nie, majlis reunion batch engineering Arau 93 hujung bulan nie nanti aku betul tak sabar, in sha Allah , semoga di permudahkan Allah. Dah kira 25 tahun aku tak jumpa geng geng nie semua. Yang pasti , aku akan masukkan event nie untuk blog update aku. Banyak jugak la benda aku nak buat nanti, tak ler sunyi sangat blog aku nie. Kesibukan kerja memang jadi penghalang untuk meng’update ‘ blog aku nie selalu.
Aku berharap, aku akan dapat banyak lagi bahan lepas nie, meriah lah sikit blog aku nie. Kepada kawan kawan lama, rindu jugak nak baca celoteh korang …adios

Monday, February 19, 2018

From Ipoh with Love...

Cepatnya masa berjalan, dah sebulan setengah dah aku berada di Ipoh. Tinggal lagi sebulan, aku kembali ke Kuching. Apa bezanya kedatangan kali kedua ke Ipoh? Semestinya aku enjoy, aku anggap ini sebagai honeymoon dari kesibukan kerja di Kuching. Tapi, bila kau dah berkeluarga ni, bila berjauhan memang asyik jer teringat kat mereka. Kesian jugak bila dengar anak asyik demam jer, tapi itulah yang ujian nya kan. Kena sabar banyak banyak.
Jadi, sebulan setengah, apa yang aku dah buat? Serius aku cakap, aku banyak buat “hunting” untuk hotwheels, gundam dan benda pelik yang aku boleh jumpa kat pasar karat. Ada yang aku dah beli, setengah nya aku dah buat list yang mesti dibeli sebelum pulang Kuching.
Koleksi gundam aku, yang belum ada RX78, dan aku terjumpa satu kat pasar karat dengan harga RM8. Ha ..cukup murah, gundam yang aku idamkan selama ini aku dah dapat, tak lah baru sangat, tapi calar calar yang ada kat model RX78 nie, memang cukup sesuai untuk buat diorama. Dan jugak aku jumpa Zaku, die cast iron dengan harga RM20. Memang cukup berbaloi bagi aku.
Pemburuan masih lagi diteruskan, cuma harapnya cukup lah bajet nak beli semua yang dah di senaraikan. Dan jugak, aku dapat geng baru kat sini, bertambahlah sahabat aku. Semua nya baik, jadi tak lah aku terasa janggal sangat. Dan mereka amat di alukan untuk cari aku bila pergi Kuching.
Makanan? Apa yang aku dah cuba? Hmmm… paling menarik aku minum kopi Aceh. Yang di hidangkan dalam piring tapi terbalik. Unik..caranya? Kena datang Ipoh cuba, ada di kedai Koppeme kawasan Greentown Nova.
Roti Arab, aku suka kari kuah dia, sebab ada pedas dan masam sekaligus, roti pulak lembut.
MI kari Ipoh, sesuatu yang berlainan dari Mi kari Sarawak.
Tapi yang paling aku tak boleh lepas, kopi hainan dekat Keng Nam Cafe.Memang terbaik.
Ipoh boleh dikatakan sebagai food heaven. Banyak lagi makanan yang nak aku cuba, pembatas nya sekarang adalah pengangkutan. Nak sewa kereta, seorang jer , memang mahal, nak asyik pakai uber, kering lah akaun bank aku…
Matlamat seterusnya maybe nak pegi Jonker Street kat Melaka..until then..adios

Salam Isra Mikraj

Assalamualaikum....lama nya dah tak menulis di sini. Sekejap jer kita dah masuk bulan Mac 2021. Covid 19 pun dah masok setahun, budak x seko...