Wednesday, March 10, 2021

Salam Isra Mikraj

Assalamualaikum....lama nya dah tak menulis di sini. Sekejap jer kita dah masuk bulan Mac 2021. Covid 19 pun dah masok setahun, budak x sekolah pun dah setahun. Alhamdulillah, vaksin untuk Covid dah ada. Paling tidak pun, ini lah berita yang paling menggembirakan pada tahun 2021. Sungguh melapangkan dada.
Malam ini pun Isra' Mikraj. tak lama lagi Ramadan akan menjelma.Aku masih ingat , terawih tahun lepas xda langsung. Sunyi sungguh surau dan masjid. Aku sungguh berharap, tahun ini tak akan berulang benda yang sama. Samalah kita doakan semua ok.
Semoga di malam yang mulia ini, doa kita semua akan termakbul, Covid 19 akan hanya menjadi salah satu lipatan sejarah hidup manusia.

No comments:

Salam Isra Mikraj

Assalamualaikum....lama nya dah tak menulis di sini. Sekejap jer kita dah masuk bulan Mac 2021. Covid 19 pun dah masok setahun, budak x seko...