Assalamualaikum.. 8 April 2020, tarikh akhir aku buat posting kat blog aku nie. Semakin lama, semakin kurang aku jaga blog aku nie. Ternyata sibuk kerja dan kekangan masa semakin mencengkam. Aku ingat , nak print satu satu posting aku nie, buat buku, buat kenangan sendiri nanti. Yang pastinya , aku tak tahu sampai bila blog aku nie akan bertahan. Selagi masih ada kesempatan dan nafas di kandung badan, aku akan update blog nie seadanya.
Dalam 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, selepas Hari Raya Aidilfitri kita semua tak berpeluang untuk solat sunat hari raya, aku sangat bersyukur untuk Aidiladha nie kita berpeluang untuk menunaikan solat sunat ini. Terasa benar lain nya sejak muncul wabak Covid 19. Semua kini sedang beradaptasi dengan norma baharu. Dengan topeng mukanya, dengan ambik suhunya, dengan sanitizer nya, semua nya berlainan. Gusar jugak bila dengar berita, kenaikan kes kes baru akibat gelombang kedua nie, dan kalau kita masih tidak berjaga jaga, akan muncul pulak gelombang ketiga.
Semoga bumi bertuah Malaysia nie akan terus di lindungi Allah. Dan aku berharap, jangan lah wujud nya kluster baru lagi selepas nie. Dengan kesempatan ini, aku cuma ingin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga dengan pengorbanan kita menjaga negara, mengamalkan jarak sosial, mengamalkan semua S.O.P dengan patuh, Allah akan kurniakan kita dengan kemenangan.
No comments:
Post a Comment