Assalamualaikum…pejam celik, PKP kita dah masuk fasa ke 4. Tak berasa dah beberapa minggu kita hilang solat Jumaat. Dan tak lama lagi Ramadhan pulak akan menjelang tiba, 2 hari je lagi. Aku sungguh sungguh tak sangka yang kita tak akan mampu untuk berkumpul berjemaah solat Terawih. Sesuatu yang tidak pernah aku gambarkan yang perkara seperti ini akan berlaku. Dan kita belum lagi nampak akan hikmah nya di sebalik musibah wabak ini. Yang pertama aku nampak, alam sekitar bertambah bersih dengan kurangnya pelepasan gas carbon, yelah kereta dah kurang bergerak kan.
Korang perasan tak, satu trend yang aku nampak meningkat sekarang nie, aktiviti penipuan online atau scammer..fuhh memang menggalakkan dia orang buat aktiviti. Kenapa aku cakap macam tu ? Sebab aku dah tiga kali kena scam nie, pertama aku terima email dah dari orang Itali macam, cakap yang dia ada video aku melancap depan PC ( memang dah takder kerja lain lah kan ). Aku mesti bayar dia 2000 dalam bentuk bitcoin. Manyak cantik punya muka. Kedua, aku terima panggilan di rumah, dari unit Kem Telekomunikasi, cakap yang bil aku ada masalah dan perkhidmatan internet aku akan di gantung dalam masa 2 jam. Hebat betul kementerian sekarang nie, jaga bil telefon rakyat. Baik tutup je TM kan hehehehehe..yang seronoknya bila aku berborak dengan orang yang call aku, ilek jer perempuan tu cakap aku yang buat panggilan scam..alahai.
Dan yang terbaru, baru jer dalam 20 minit, aku terima call, dari mahkamah Alor Setar la pulak, cakap aku ada kesalahan mahkamah yang perlu di ambil perhatian. Banyak lah cantik, aku dah malas nak layan. Jadi, nasihat aku kepada sapa sajer kat luar sana, hati hati lah, ingat kan orang tua yang ada kat rumah kita tentang perkara nie, biasanya mereka akan jadi mangsa mudah kalau terkena.
Sebelum menoktah nie, aku nak bagi nasihat sikitlah, toksah sibuk nak langgar PKP nie, tak pasal ada rekod jenayah. Kepada pihak polis, ambik lah tindakan kepada orang orang besar yang langgar arahan PKP nie, berlaku lah adil kepada semua lapisan masyarakat. Jangan lah pilih bulu sangat.
Dan aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua Polis dan anggota ATM yang bertugas di sekatan jalan raya PKP nie, semoga Allah lindungi kamu semua dari wabak nie.
Kepada yang ada baca benda nie, terutamanya kepada saudara seagama aku, selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga puasa kali ini akan mendatangkan rahmat dan keinsafan kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment