Covid 19…wabak yang tengah havoc menyerang seluruh dunia termasuklah tanah airku, Malaysia dan tempat asal ku Sarawak. Dan kerana nya jugak, aku terkena tempias nya, self quarantine selama 14 hari sebab ada close contact dengan jemaah tabligh. Tapi syukur kepada Allah, semuanya baik-baik sahaja. Mendengar berita di negara lain yang lebih teruk keadaannya, sesungguh nya aku lebih bersyukur. Satu soalan yang sering bermain di kepala aku, adakah kerajaan terdahulu terlalu memandang ringan akan wabak covid nie dulu. Entah lah..satu soalan yang aku tak akan dapat jawapan.
Sekarang nie aku dan kawan sekerja semua nya bekerja dari rumah. Boring jugaklah sebab tak keluar sangat. Tengok media sosial, macam macam jer perangai orang masa MCO nie, ada banyak alasan yang keluar. Lawak lawak santai yang diaorang buat kak Facebook.Kalau kat wall aku, banyak orang update semua dah terer buat kuih asli Sarawak, penyaram.
Aku tak nak lah tulis panjang sangat, sempena malam Nisfu Syaaban nie, aku harap doa rakyat Malaysia dan umat Islam amnya akan di makbulkan oleh Allah s.w.t. Semoga Malaysia akan bebas dari wabak penyakit ini. Aku yakin dengan ayat dari Surah Al-Insyirah, yang tiap kesusahan itu akan akan kesenangannya. Semoga kita semua akan terus bersabar dan tak berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment