Thursday, October 14, 2010

Bahaya ke tak nie...cakap la betol2...

Aduh malas banget nya rasa kue ari nie. Nak kata perut kenyang sangat, kue makan sikit jer. Mungkin lah kerana kesejukan tahap freezer aircond kat opis kau yang buat mata kue mengantok. Mood nak buat keja ari nie pun tak der, malas. Inilah yang kue boring sangat. Kalau kat rumah boleh lah kue buat aksi ‘bertekong’ atas tilam.


Dah lah tengok news malam semalam, mee Indomie ada bahan penyebab kanser. Aduhhhh lagi sekali. Aku masih ingat , time aku belajar dulu, mee indomie nie lah penyambung nyawa, macam2 stail masak aku n the geng buat kat hostel. Alih2 rupa2 nya mi indomie ni dier punya bahan pengawet terlebih. Kalau di ambil secara berterusan boleh menyebabkan muntah2 dan kesan jangka panjang adalah penyebab kanser. Pendek citer punya dalam badan kue nie dah ada pemangkin untuk kanser, tensen nie woooo….semoga aku akan sentiasa sihat walafiat hendaknya.
Then aku terbaca la pulak statement dari kementerian kesihatan yang mi indomie nie selamat lak di makan. Aduhhhhh kali ketiga. Mana satu yang betol nie. Betol2 memeningkan, kalau mender nie selamat, why in the first place TV3 buat laporan macam tu, sapa yang betol, sapa yang salah pulak nie…
Aku punya kesimpulan senang jer, aku tak akan makan lagi mi indomie nie, potong dari list penyambung nyawa kue. Aku pun berharap yang pihak kementerian nie dapat lah buat kat dier punya laman web list2 mender yang selamat dan diperakui oleh mereka memang selamat di makan.
Nampak gayanya Mii Sedap lah jadi pujaan ati kue buat masa nie..

1 comment:

Coffee Girl said...

Yalah... kamek baru nak masak Indomie di ofis, sekali member madah boleh menyebabkan kanser. haiya... terpaksa ku telan air liur jak sebagai lunch. Haha.

*RELINK ME!!!*

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...