Monday, December 27, 2010

Fashion comeback je tuuu....

Lately nie, aku perasan satu benda, in trend sekarang nie banyak orang cakap ( bebudak zaman sekrang lah ) , latest fesyen dalam baju, kasut , rambut, seluar dan mcm2 lagi lah. Tapi dari segi pandangan aku, semua tu hanya lah fashion come back jer bagi aku. Semuanya aku dah cuba, sekurang-kurang nya. Falsafah aku dengan kawan2 keras aku ada satu, kami akan cuba semua benda, n kita orang boleh cakap balik kat orang “aku dah buat dah benda tu”. Kira macam motto aku n kekawan zaman remaja muda belia dulu lah. Sebab kan falsafah geng aku macam tu, banyak jugak pengembaraan yang kami orang buat.
Berbalik kepada fashion come back yang aku cakap tadi, sekarang nie tengah hot di pasaran kan yang diaorang gelar kasut supra ( betul ke tak namanya, aku pun tak tau ), boleh di katakana trendy jugak la. Ramai la remaja yang dah akil baligh beli n pakai lepas tu melaram kat The Spring nun. Macam nie lah rupa kasut supra tu.





Tapi aku tak heran sangat la, aku ada cakap kat anak buah aku, sebab zaman aku dulu dah ada kasut macam nie, cuma zaman tu dia orang tak la buat high fashion sangat cam sekarang nie. Bila anak buah aku tanya kasut apa, aku bagi contoh la kan, kasut aliph, kasut new balance. Betol taka pa yang aku cakap? Coba korang buat perbandingan gambar kasut2 tu yang kat bawah nie dengan kasut baru supra yang kat atas tu. Kan lebih kurang jer kan…






Bagi aku, apa yang orang industry fashion sekarang nie tengah buat kan, di sebabkan kesuntukan idea, pasal tu dia orang buat macam nie…apa korang rasa…betol tak aku cakap..
The best is the 90’s. Dari fesyen, muzik n aper2 je time tu la yang paling best. Lepas masuk je tahun 2000 nie, aku tengok muzik tak berapa sangat, fashion yang macam aku cakap tadi..tak der la yang best sangat kan. Mungkin puncak dier masa tahun 90’s dulu. Jadi sekarang nie semua dah tengah slow down..
What will be next, aku pun tak tahu..samada aku akan sempat tengok esok hari pun belum pasti kan…kalau masih tu, syukur kerana masih di beri peluang ….

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...