Friday, December 3, 2010

Bulan Disember...bulan yang banyak aktiviti makan & selamat Maal Hijrah..



Sekarang dah bulan Disember, bulan terakhir untuk tahun 2010. Jadi untuk lebih kurang 4 minggu lagi, kita akan menyambut tahun baru 2011. Dah tercapai ke semua perancangn untuk tahun nie or kena bawak lak next year. The Hijrah calendar , will be celebrating new Hijrah year by next week on the 7 of December. Sesungguhnya masa makin cepat berlalu. Umur pun bukan nya semakin panjang tapi semakin pendek. Kalau dulu2 kan kita sering cakap masa panjang lagi, kan masih muda. Tapi kalau kita piker balik betol2 kan, mana ada masa kita nie masih panjang, semakin pendek ada la kan. Aku sendiri admit, aku terlepas beberapa perkara yang aku rasa aku mesti buat masa remaja kue, tapi apa boleh buat. Nak menyesal pun tak guna kan, kena proceed with life je lah. Semoga Tuhan ampunkan semua kesalahan aku dulu2 tu..Amin
Setakat nie, syukur gak yang kesihatan aku masih lagik memuaskan walaupun ada sedikit hick –up here & there. Tu lah tandanya Tuhan sayang kat kita, sebab tu dier bagi kita sakit. Kalau kita hadapi sakit tu dengan sabar maka terangkat lah darjat manusia itu. Insya Allah. Apa yang aku dapat rasa, tahun 2011 akan lebih mencabar bagi aku. Anak aku dah mula sekolah tahun depan, dah masuk empat tahun dah umur dier.
Bukan setakat keja jer yang akan mencabar, macam mana lak ngan harga minyak kenderaan kan, adakah akan naik lagi? Satu lagi cabaran kalau rega minyak naik lagi, ye lah kena adjust betol2 budget. Sekarang nie aku dengar PM kita sibok nak bawak talent2 rakyat Malaysia yang keja kat luar negara balik. Pun tindakan yang akan membuat kan aku berpikir, apa akan jadi dengan local talent yang tengah carik pekerjaan kalau semua pekerjaan yang diaorang bukak semua di beri dengan orang yang keja luar negara tu bila dia orang balik ke sini? Dah cukup ke pekerjaan yang tersedia kat luar sana? Memang masalah negara betol2 rancangan nie…silap2 boleh jadi kes naya nie.


Tapi yang pastinya, mulai hujung minggu, aku akan mula makan sedap2. 10 Desimber nanti dinner department aku kat Riverside, 12 haribulan lak pegi attend dinner orang kawen kat Sarawak Club. Tercabar betol tahap metabolisma aku nanti nak proses makanan sedap2 tu nanti.

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...