Friday, March 16, 2018

Perjalananku ke Pulau Pinang

Assalamualaikum… salam sejahtera. Apa khabar semua? Semalam baru jer keputusan SPM keluar, tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang, yang dapat sederhana tu, jangan bimbang, jauh lagi perjalanan. Dah hilang dah debaran ibu bapa semua. Minggu lepas kue jalan jalan pegi Penang. Semata mata nak memenuhi matlamat budak kecik yang ada dalam diri aku. Iaitu nak tangkap gambar bersama dengan human size Zaku, GUNDAM. Poyo kan…hahahahaha..tapi itu lah matlamat utama aku nak pegi Penang.
Aku sampai di Butterworth malam, ingat kan nak naik uber, tapi tak syok la kan kalau pegi Penang tak naik feri ..rasa macam kureng gitu. Jadi aku naiklah feri. Yang bestnya, Rapid Penang ada buat shuttle bus free dari stesen KTM ke Jeti Feri. Terbaeklah …perjalanan sekejap jer. Tambang feri murah jer, RM1.20 untuk dewasa. Perjalanan dalam masa 15 minit nak sampai ke pulau. Angin malam yang memang sepoi sepoi bahasa semasa kat atas feri memang nyaman. Yang cantik nya adalah pemandangan Pulau Pinang malam hari, not bad at all.Rasa macam tengok Hong Kong la pulak.
Bermulah percutian mini aku selama 2 hari kat Penang. Jadi kat Penang, aku stay kat Wassup Youth Hostel. Guys..aku betul betul rekomen lah hostel nie bagi sapa yang nak pegi Penang. Yang bajetnya cantik, cukup cantik bagi aku. Untuk 2 malam, aku kena RM188 termasuk GST. Hostel nya bersih, ada larangan tak boleh merokok di bilit tapi ada di sediakan tempat khas untuk merokok kat tepi hostel spa.Wifi free, ada tempat rehat kat lobby, ada pool table, ada mini pub, ada hiburan ringan lah kalau nak habiskan masa kat hostel. Astro channel ada kat tempat rehat.. Mari, aku syer sikit gambar.
Jadi, nie baru bahagian pertama, bahagian kedua akan menyusul ..hehehehe..adios..tak syok la kalau buat story sekaligus kan..
By the way, hostel tempat aku stay nie, memang a walking distance to KOMTAR.

Monday, March 5, 2018

Mengira waktu jer lagi ...

Salam kepada semua..Apa khabar? Ada setengah orang bila baca blog aku, yang aku kembali ke Ipoh, kenapa nak pergi lagi , jauh dari keluarga?
Aku ada beberapa jawapan. Pertamanya, itu adalah komitmen yang kita dah beri masa kita nak terima kerja dulu, jadi takder alasan. Keduanya, aku berpegang kepada kata Saidina Umar, kalau kita selalu bergerak, kita kan jadi macam air yang jernih, takder kotoran yang mendap sebab sentiasa mengalir, berbanding kepada air yang bertakung. Jadi, aku rasa korang faham la maksud kata Saidina Umar tu kan. Terlalu lama di suatu di suatu tempat kadangnya buat kita rasa beku jer. Sebab tu sekali sekala kita kena bergerak. Atas sebab itu, kita juga kalau boleh pergi lah melancong, berjalan tengok tempat orang. Amat baik untuk minda. Ketiganya , aku rasa makin mengikat rasa rindu kepada isteri, anak dan keluarga. Yang nie aku memang setuju sangat.
Sekarang nie, aku tak sabar sangat nak tunggu family vacation aku. Lama jugak aku tak pergi bercuti dengan family aku keluar dari Tanah Borneo.
Selain vacation nie, majlis reunion batch engineering Arau 93 hujung bulan nie nanti aku betul tak sabar, in sha Allah , semoga di permudahkan Allah. Dah kira 25 tahun aku tak jumpa geng geng nie semua. Yang pasti , aku akan masukkan event nie untuk blog update aku. Banyak jugak la benda aku nak buat nanti, tak ler sunyi sangat blog aku nie. Kesibukan kerja memang jadi penghalang untuk meng’update ‘ blog aku nie selalu.
Aku berharap, aku akan dapat banyak lagi bahan lepas nie, meriah lah sikit blog aku nie. Kepada kawan kawan lama, rindu jugak nak baca celoteh korang …adios

Monday, February 19, 2018

From Ipoh with Love...

Cepatnya masa berjalan, dah sebulan setengah dah aku berada di Ipoh. Tinggal lagi sebulan, aku kembali ke Kuching. Apa bezanya kedatangan kali kedua ke Ipoh? Semestinya aku enjoy, aku anggap ini sebagai honeymoon dari kesibukan kerja di Kuching. Tapi, bila kau dah berkeluarga ni, bila berjauhan memang asyik jer teringat kat mereka. Kesian jugak bila dengar anak asyik demam jer, tapi itulah yang ujian nya kan. Kena sabar banyak banyak.
Jadi, sebulan setengah, apa yang aku dah buat? Serius aku cakap, aku banyak buat “hunting” untuk hotwheels, gundam dan benda pelik yang aku boleh jumpa kat pasar karat. Ada yang aku dah beli, setengah nya aku dah buat list yang mesti dibeli sebelum pulang Kuching.
Koleksi gundam aku, yang belum ada RX78, dan aku terjumpa satu kat pasar karat dengan harga RM8. Ha ..cukup murah, gundam yang aku idamkan selama ini aku dah dapat, tak lah baru sangat, tapi calar calar yang ada kat model RX78 nie, memang cukup sesuai untuk buat diorama. Dan jugak aku jumpa Zaku, die cast iron dengan harga RM20. Memang cukup berbaloi bagi aku.
Pemburuan masih lagi diteruskan, cuma harapnya cukup lah bajet nak beli semua yang dah di senaraikan. Dan jugak, aku dapat geng baru kat sini, bertambahlah sahabat aku. Semua nya baik, jadi tak lah aku terasa janggal sangat. Dan mereka amat di alukan untuk cari aku bila pergi Kuching.
Makanan? Apa yang aku dah cuba? Hmmm… paling menarik aku minum kopi Aceh. Yang di hidangkan dalam piring tapi terbalik. Unik..caranya? Kena datang Ipoh cuba, ada di kedai Koppeme kawasan Greentown Nova.
Roti Arab, aku suka kari kuah dia, sebab ada pedas dan masam sekaligus, roti pulak lembut.
MI kari Ipoh, sesuatu yang berlainan dari Mi kari Sarawak.
Tapi yang paling aku tak boleh lepas, kopi hainan dekat Keng Nam Cafe.Memang terbaik.
Ipoh boleh dikatakan sebagai food heaven. Banyak lagi makanan yang nak aku cuba, pembatas nya sekarang adalah pengangkutan. Nak sewa kereta, seorang jer , memang mahal, nak asyik pakai uber, kering lah akaun bank aku…
Matlamat seterusnya maybe nak pegi Jonker Street kat Melaka..until then..adios

Monday, January 22, 2018

Bersedia atau tidak...tangguh dulu rancangan aku..aiseh

Aku baru jer nak seronok , ingat nak aktif balik blogging. Tiba-tiba langkah ku terhenti....eceh, bunyi lagu Ramli Sarip pulak. Tergendala sebentar, sebab terpaksa balit pegi Ipoh, ganti orang yang cuti bersalin.Dah tiga tahun aku tinggal kan Ipoh, kena datang balik juga pasal tugas.
Tapi , ok la kan. Minat aku untuk jalan jalan di Pasar Karat ( Loken ) muncul kembali. Tempat yang aku paling rasa seronok pegi selama aku di sini 3 tahun lepas. Kali ini, sebelum habis tempoh bertugas , 2 bulan setengah jer kat sini. Sebelum balik, isteri dan anak aku akan joint aku meronda di Ipoh.
Yang pasti nya, topik hangat di pasaran dan di kedai-kedai kopi pastinya pilihan raya umum. Jadi, adakah Pakatan Harapan ada peluang? Adakah BN akan menguasai pilihan raya umum kali ini? Pendapat peribadi aku, aku tak nak Mahathir, 22 tahun memegang kuasa , dia tak pandang pun negeri aku Sarawak. 2 kali je kalau tak silap dia datang ke Sarawak sepanjang memerintah. Ada satu kolum di Facebook senaraikan apa yang Mahathir dah buat, semua nya di semenanjung Malaysia.
Satu pun tarak di Sarawak dan Sabah. Aku tak mahu benda nie berulang. Mahathir tak buat cukai sebab duit hasil Sabah & Sarawak yang dia guna. Kalau di ikutkan, Kerajaan Pusatmana ada source of income.Cukai je lah. Satu lagi Mahathir dah breach MA63. Banyak lagi kalau aku nak senaraikan. Dulu Mahathir buat silap, mana ada FB, Whasap nak bagi heboh kan. Dia boleh lah sembunyi kan.
Siapa yang tak buat silap, Najib pun buat silap dan 1MDB itu adalah kesilapan dia. Dia menyayi di jamuan, Ketua Menteri aku pun menyanyi di majlis. Mahathir cakap dia pejuang Islam, maybe masa Bosnia. Tapi anak dia sendiri yang asyik mengutuk Islam, apa dia nak buat? Tak pernah langsung dia tegor openly. You just lost it Mahathir, you should just let it go. Sekarang Mahathir dah jilat balik semua ludah dia kat DAP, Lim Kit Siang senyum jer tengok orang Melayu berpecah.
Obiviously , korang tahu siapa yang aku sokong kan. JAngan kecam aku, selagi negeri aku dapat apa je dari Najib, he deserve my vote.

Tuesday, November 14, 2017

Aku Kembali

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....assalamualaikum semua....lamak dah saya tok tidor hehehehehehe. Harap lepas tok saya akan benar kembali aktif, this is for my Sarawak..Wake Up Sarawak

Saturday, January 28, 2017

Selamat kembali maaa....

Wow...sudah agak lama kue tak menjengok ke sini. Alhamdulillah masih lagi di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, masih lagi bernafas. Banyak betul peristiwa berlaku di Sarawak. Pemergian arwah Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak dalam keadaan yang tidak dijangka sama sekali.
Sesungguhnya Sarawak masih memerlukan beliau tapi Allah lebih sayangkan nya. Ikhlas aku cakap, tak pernah lagi aku tengok rakyat Sarawak meratapi pemergian seorang pemimpin seperti Tok Nan. Sememangnya ia adalah satu fenomena, segenap lapisan masyarakat meratapi pemergian seorang pemimpin sejati.
Semoga apa yang di hajati oleh allahyarham akan tercapai. Semoga Allah akan memakmurkan dan meyatukan lagi hati semua penduduk Sarawak, jauh dari perasaan benci & perkauman walaupun ada yang cuba membakar sentimen.
Tahun 2017 pun sudah menghampiri sebulan perjalanannya, dan hari ini masyarakat Cina meraikan Tahun Baru Cina . Tergerak nak menulis lagi, kecewa dengan DBKU, sebelumnya beria ia mengatakan premis makanan akan jadi zon larangan merokok, tapi apa yang terpampang di dada akhbar tempatan tempoh hari agak mengecewakan. Aku bukan benci orang merokok, cuma kekadang perokok ini langsung tidak menghormati orang sekeliling. Ada kanak kanak sekeliling, ada tanda kawasan larangan merokok tapi langsung tidak mengendahkan. Buat aduan Talikhidmat, jawapan dari Jabatan Kesihatan amat mengecewakan. Malas lah aku nak cerita kat sini.
Aku cuma berharap yang semua perokok akan menghormati orang lain. Kasihan dengan budak kecik, kalau nak sakit, sakit lah seorang, jangan di berik dengan kanak kanak yang belum mengerti apa apa.
Ok lah...cukup untuk kali ini. Jangan marah . Semoga tahun 2017 ini akan jadi tahun yang baik untuk aku. Amiin....

Wednesday, September 14, 2016

Aidiladha 2016...memang di uji

Malang memang tidak berbau. Dalam kesibukan Aidiladha yang kita sambut, aku tersentap seketika bila anak aku menalipon ku “Bapak, kereta mak ngah eksiden, terok juak”. Semacam setengah jiwa hilang sebentar. Pertama kali nya aku tak tau nak buat apa.
Aku tahu kemalangan memang berlaku, tapi ada satu benda yang menyentap hati pada masa itu adalah aku langsung teringat dengan mimpi ku. Subhanallah...Aku termimpi akan kemalangan akan berlaku pada ahli keluarga Cuma yang aku tidak sangka adalah kejadian itu adalah berkaitan dengan keluarga aku.
Itulah yang menjadi kemuskilan di jiwa nurani aku sekarang, aku selalu mengangapnya mimpi itu mainan tidur.Kekerapan mimpi jadi benar untuk aku membuatkan aku merasa seram. Aku ada mimpi perkara – perkara lain yang akan berlaku di sekitar aku, tapi aku malas hendak menceritakan nya. Biarlah rahsia...
Tiada pujian setinggi pujian kepada Allah yang menyelamatkan keluarga aku dari kecederaan yang teruk, kepada penduduk kampung yang baik hati yang membantu mereka semasa kejadian, Allah akan balas jasa anda sekalian, tapi yang paling aku gembira, sekira nya Allah kurniakan hidayah kepada mereka atas kebaikan mereka. Aku tau, yang pemberian sayur, jagung, pucuk ubi yang di beri kan kepada mereka memanglah tidak seberapa, tetapi kemuliaan hati mereka yang membuatkan aku tersenyum...

Sunday, September 11, 2016

I'm Back

Apa lagi yang hendak aku katakan selain daripada Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah yang menguasai segala kehidupan. Doa aku akhir di makbulkan,berita yang aku tunggu tunggu” Anda di pindahkan kembali ke Kuching”....kalau aku boleh sujud syukur seribu tahun memang aku akan buat.
Melihat kembali hidup aku, di kala aku mula beranjak ke usia dewasa iaitu 20 tahun yang lampau, aku merantau ke semenanjung further study, peristiwa yang banyak membentuk aku, membentuk peribadi apa yang aku ada sekarang. Dan di kala aku menjenguk usia matang, masak ranum kata orang, aku pun merantau lagi, di dua tempat, yang membuka pandangan mata, minda dan mencorak seterus akal fikiran, menajamkann akal aku. Benar kata orang, kalau merantau, banyak yang kita belajar. Aku kenal banyak dengan banyak kerenah manusia, mengajar aku macam mana hendak tackle perangai manusia. Dan syukur kepada Allah, ia juga banyak mengajar erti kesabaran. Sesungguhnya aku tak boleh terangkan apa yang aku rasa dengan perkataan. Dan menjadi seorang Muslim, sesungguhnya banyak mengajar aku.. aku bersyukur aku di lahirkan as a Muslim, tanpa aku perlu mencari sebab aku di beri...Alhamdulillah. Yang di beri ini lah aku ingin simpan dan kekalkan. Sesapa yang cakap Islam agama ganas, you should get your fact right before you talk about it.
Well, kawan kawan yang aku tinggalkan, korang semua tak akan hilang dari hati aku. Sentiasa segar. Sekarang adalah masa untuk Allah, tuhanku, dan masa untuk keluarga dan untuk masa depanku. Semoga Allah merahamati perjalanan hidup ku.
Kuching ...i’m back ......
Kepada semua kawan kawan ku, gua doakan yang terbaik untuk anda semua, cemerlang dalam segala hal..tapi ingatlah, apa juga yang korang buat , jangan lupa Allah, jangan tinggalkan solat...

Sunday, August 7, 2016

Dah bulan Ogos dah...syawal dah abis

Macam tak percaya dah Syawal dah habis. Memang, kesibukan yang teramat sangat, kurang nya surfing, akhir nya blog aku nie dah tak berupdate. Sayang jugak aku kat blog nie, jadi tempat aku meluah apa yang terpendam, bagus untuk release tension, bagus untuk menyuarakan apa yang terpendam dan cerita kepada sesiapa kat luar sana yang sudi nak baca. Memang lah tak femes urang cakap, but still aku suka. Masuk tahun nie, usia blog aku nie dah masuk 8 tahun. Kalau budak tu dah masuk darjah dua dah.
Nak cakap pasal raya tahun nie, agak kurang aku berjalan ziarah rumah sanak saudara dan kawan kawan. Sehari sebelum 1 syawal, aku jatuh depan rumah. Sakit tak payah cakap lah, umur dah masok 40 tahun lebih, jatuh. Bengkak kaki aku, ingatkan seliuh yang biasa, jadi letak minyak panas, tapi bengkak nya masih. Letak ais masih jugak bengkak, jadi aku merana lah dalam seminggu lebih, klinik kat semua tak bukak. Jadi bila pegi klinik, aku dapat cuti sakit seminggu. Seronok memanglah, cuti raya dapat extend. Nak di jadikan cerita, aku balik Bintulu, tapi bila bawak motor, aku punya kaki bengkak balik. Aku pergi unit emergency hospital, buat xray, rupanya tulang kaki aku patah. Adeh macam mana lak boleh patah, tapi doktor hospital bagi aku cuti sakit lagi selama 10 hari. Seronok memang lah ada tapi kesian kat geng kat opis tak ada orang sebab kita orang memang tak menang tangan. Jadi aku pun sambung cuti lagi untuk 10 hari. Kira nya kalau dikira dari cuti raya 2 minggu, cuti sakit seminggu dan di tambah pulak lagi 10 hari, masuk sebulan aku tak kerja. Mungkin jugak Allah nak bagi aku banyak masa dengan keluarga aku, ya lah dah lama jugak aku berjauhan dari diaorang. Syukur sangat, orang cakap jugak, kalau kita sakit, tanda Allah ingat dan sayang kat kita, semoga apa yang orang tu cakap benar dan dirahmati Allah selalu. Tapi susah hati jugak, yalah takut pulak orang cakap aku sengaja sebab nak cuti lama, tapi siapa yang nak sakit kan. Tapi saat aku tulius benda nie, Alhamdulillah kaki aku dah pulih, buat medical check up pun sihat, bp pun ok. Takda yang lebih berharga dan bernilai dari kesihatan yang baik.
Musim haji dah mula jugak, jemaah haji pun dah muka berangkat ke tanah suci. Semoga mereka semua nya dapat haji yang mabrur. Apa yang happening kat Sarawak, Rainforest World Music Festival dah mula, Kuching food fest pun dah mula.
Jadi, aku rasa cukuplah dulu setakat nie, sehingga update yang seterusnya....adios

Wednesday, June 29, 2016

Raya dah nak tiba dah nie..

Sekarang nie, kat mana mana jer aku pergi, lagu raya memang tengah jadi lagu carta tertinggi di pasaraya. Betul betul buat aku semakin nak sabar nak balik bercuti. Pertama kalinya aku berpuasa jauh dari keluarga takda kesempatan untuk balik. Tuhan saja yang tahu, betapa aku rindu nak berbuka dengan anak bini aku. Yer lah kan, dah kahwin 13 tahun, bila jauh sikit memang la rindu, lebih lagi musim perayaan macam nie dan di bulan Ramadhan. Tak sabar nak makan masakan orang rumah, hari hari dok bantai makanan kat bazar, dah hilang selera dah aku. Semalam aku Cuma beli nasi, lepas tu beli ikan dan ayam. Lagi la sedap dari aku makan makanan kat bazar. Dah la 3 hari lepas aku terkena keracunan makanan sebab beli makanan kat bazar, buat phobia kejap .
Jadi sempena hari baik, bulan baik nie, aku ambik kesempatan pada saudara sesama Muslim yang baca blog aku, aku ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin, maaf lah kalua ada yang aku tulis menyinggung perasaan.

Thursday, June 23, 2016

Terkenang semasa dulu ( raya masa kecik )

Dah masuk minggu ketiga kita berpuasa, maknanya tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku memang dah tak sabar nak balik kampong. Sebab kali ini, memang aku berpuasa di rantauan sepenuh masa, takde balik ke Kuching. Rindu? Memang lah…bohong la kalua aku tak rindu kat anak bini kan. Bila dah tak pulang kampong, aku pun buat la satu habit lama, mencuba pulak berbuka kat surau di Bintulu nie, nak ambik pengalaman. Kelainan tu adalah sikit, kalua di banding kat tempat yang aku dah cuba. Seronok lagi kat sini sebab kat bumi Sarawak dan banyak kawan sekali.
Dan bila raya dah nak tiba nie, aku akan terimbas kembali zaman aku kecik kecik dulu nak raya, yang aku tengok dah semakin kurang pada masa sekarang nie, malah da yang dah tak di amalkan lagi. Kalau zaman aku kecik dulu, masih teringat akan arwah bapak aku bakar lemang, lemang yang terbaik bagi aku sebab bapak buat. Sekarang nie, jarang aku tengok orang bakar lemang lagi kat rumah rumah kampong. Ada pun sebab dia orang berniaga lemang untuk hari raya nanti.
Juga akan sibuk lah tolong bapak aku pegang kaki dan leher ayam yang nak di sembelih. Bapak aku jarang beli ayam kat pasar, dia akan sembelih sendiri ayam kampong yang dia pelihara. Pastu akan sibuk pulak tolong mak, cabut bulu ayam. Kadang bila teringat benda nie, aku rindu nak alami balik benda nie semua.
Arwah bapak tengah bersih kan ayam
Bila arwah mak dah siap nak buat kuih, akan ada la dia mintak tolong aku perahkan santan, mengayak tepung. Paling aku suka kuih siput berempah yang arwah mak buat. Dan arwah emak pasti akan buat kuih makmur, untuk di kirim kepada abang aku yang jauh.
Dan sebelum raya, pasti akan sibuk cuci pasu bunga arwah emak, pilih bunga yang cantik cantik, lepas tu bawak masuk rumah, nak buat tempat gantung kad hari raya yang aku dan abang dan kakak aku terima dari kawan kawan. Memang nostalgia...
Gambar atas kami adik beradik dan gambar bawah, tahun terakhir arwah mak ada, bapak aku memang tak suka kena ambik gambar.. Yang pasti , zaman raya aku masa kecik memang seronok. Walaupun ada kekurangannya, aku bila dah dewasa amat amat menghargai apa yang telah aku alami masa kecik dulu. Adios….( sebak pulak nie )

Perjalananku ke Pulau Pinang

Assalamualaikum… salam sejahtera. Apa khabar semua? Semalam baru jer keputusan SPM keluar, tahniah kepada yang dapat keputusan cemerlang, ya...