Friday, December 28, 2012

Update akhir tahun

Lama betul dah tak update blog nie, kena pulak hujung tahun nie sibuk dengan pemabayaran, sibuk nak atur dinner ujung tahun, memang sibuk lah. Dahlah opis masa nie memang sunyi betul, banyak yang cuti dan ada yang ikut retreat kat otel. Aku jugak yang terperap kat opis nie. Kadang2 aku rasa, jadi pekerja yang proaktif ada tak baiknya, aku rasa macam diaorang nak ambik peluang la pulak. Kalau aku ikutkan hati macam yang lain macam endah tak endah jer dengan kerja, memang tak jalan. Aku buat semua pun atas rasa tanggungjawab, kalau aku tak dapat claim masa kat dunia ni, aku kat nanti lah. Jadi sapa2 yang buat kerja tu, jangan lupa baca bismillah . Banyak kelebihan nya. Aku rasa macam banyak sangat nak cerita tapi nak mula dari mana aku pun dah blur. Mungkin aku mula dengan persembahan pasukan aku kat liga Axis, dapat tempat tercorot liga. Aku nak kata pasukan aku main buruk tak la jugak, ada game tu memang kawal abis, Cuma tak dapat nak jaringkan gol tu. Masalah dah dikenal pasti, pasukan aku perlukan striker yang baik. Sekarang nie sekolah dah nak buka, so akan bermula lah rutin kerja seharian aku macam biasa. Dah nak tukar tahun nie, aku harap semoga tahun depan akan jadi tahun yang lebih baik bagi aku, bini aku dan jugak untuk anak aku. Pasaraya pun dah banyak bukak kat Kuching sekarang nie, Plaza Merdeka, City One dan The Summer, semua nya dah nak bukak, meriah sakan lah bandar Kuching, sesuailah dengan title bandarayanya. Jadi, aku rasa setakat nie jer lah aku nak update. Tahun baru tak lama lagikan. Adios….selamat bercuti..

Thursday, December 6, 2012

Aku survive attack of the silent killer...again...alhamdulillah

Macam mana nak mula yek? Sebab kesilapan yang kecil, aku hampir lagi dimasukkan ke ICU untuk kali kedua. Aku sememangnya lupa pada masa tu, aku baru jer lepas ambik ubat. So bila aku pegi ke rumah mak mertua aku, sampai2 tengok durian berlambak kat dapor, pehhhh wa cakap lu…lupa dunia wa sekejap tengok durian melambak kat rumah. Jadi aku bantai satu bijik khas untuk aku sorang. Selesai jer, durian, tengok pulak ada bubur durian kat atas meja, sekali lagi aku lupa dunia..hasilnya setengah jam selepas itu aku mabuk durian pil. Fuhhhhh best nyer on cloud nine. Floating wa cakap lu hahahahaha…aku Cuma pulih sekitar pukol 11 malam macal tu la, baru la aku dapat nak solat Isyak. So the next day aku turun keja macam biasa, tapi semakin menghampiri tengah ari, aku dah rasa semacam. Sempat la jugak pegi lunch ngan wife, then wife aku siap paksa aku pegi check doctor. Then kesudahannya, BP aku untuk kali kedua nya membuat rekod baru 218/110…memang handal aku nie ahahahahahaha… Aku di beri kan cuti sakit 2 hari, terlepas lah aku dengan Hari Perkhidmatan Awam kat BCCK, ye lah apa boleh buat kan.2 hari tu, aku Cuma rehatkan diri di atas katil. Sekali sekala bertapa atas katil nie syok jugak kan. Well, a lesson well taught. Jangan lupa cepat sangat coz may be a minor mistake can cause a major upset. Hehehehehehe…lain kali aku kena hati2 lah kan…Alhamdulillah..

Tuesday, November 20, 2012

Best nar juak...

Kenduri a.k.a Pengilan..memang best. Makin best bila kenduri tu di buat kat kawasan luar bandar. Aku memang suka. Sebab kalau yang di buat di bandar, suasana nya amat berbeza sama sekali. Mungkin semangat gotong royong tu dah lain. Ye lah kalau di bandar, semua nya buat kat dewan, pakai catering, dah ada pekerja dah…kita cuma datang , duduk dan makan jer. Tapi kalau pegi kat kawasan luar bandar, meriah nya semacam jer. Baru baru nie aku pegi kenduri di kawasan Kota Samarahan, di Kampong Sebandi Matang. Lama dah aku hidup di Kuching nie, pertama kali aku dengar nama kampung nie. Betul2 buat malu jer. Tempat orang habis di jelajah, kawasan sendiri pun belum habis. Kenduri tu sempena perkahwinan Kamarulzaman & Izzaidah, teman sepejabat isteri aku di Jabatan Agama Islam Sarawak. Perjalanan pergi ke kampung tu saja dah menarik, sampai sesat masuk simpang ke kampung lain. Semasa kat kenduri nie, satu perkara yang menarik perhatian aku, cara mereka menghargai penat lelah orang orang kampung yang bergotong royong. Dia orang buat cabutan bertuah dengan kategori2 masing seperti tukang cuci, tukang angkut makanan, tukang sedia juadah. Seornok pulak aku tengok konsep tu. Sesuatu yang berlainan. Kalau sesi karaoke tu biasa dah, tapi yang bestnya suara penyanyi karaoke nie, semua nya sedap2. Kalau masuk AF memang ada peluang, cuma rupa jer lah mungkin ada kurang sikit. Bukan nak mengutuk tapi, industri di Malaysia nie, kalau tak der rupa jangan harap lah nak berjaya. Dan dalam perjalanan balik pulak, aku sempat singgah kat orang jual buah rambutan yang baru di petik dari pokok kat tepi jalan, memang best makan buah rambutan yang baru turun dari pokok nie. Seikat dia orang jual RM2, beli buah durian, beli ambal..sesungguhnya perjalanan pegi pengilan itu amat menguntungkan. Dapat lah sikit ole ole dari kawasan luar bandar. Sayangnya aku tak bawak kamera ari tu..adios

Friday, November 16, 2012

Muharram yang menjelma...

Semalam baru lepas meraikan Tahun Baru Hijrah, 1434. Seperti yang kita maklum, kalendar Hijrah tidak statik seperti Gregorian kalendar yang statik. Kalau tak silap aku, pada tahun 2010 dahulu, kita menyambut Maal Hijrah 2 kali iaitu pada awal dan akhir tahun. Disebabkan oleh itu, maka dengan hadirnya 7 Muharram 1434 nie nanti, maka genaplah umur aku 40 tahun. Aku lahir pada 7 Muharram 1394. Selalunya orang akan bercakap, life begin at 40. Setengah nya bertanya, kalau kes macam nie, kena ikut kalendar yang mana satu? Jawapannya senang jer kan , kita ikut lah kalendar Hijrah kan. Dalam kalendar Gregorian nie sekarang, aku baru je 38 tahun. Muda lagi kan . Aku amat2 bersyukur atas kesempatan umur yang masih panjang nie. Hopefully aku akan jadi manusia yang lebih baik lagi. Aku sekarang nie, orang kata nakal la sedikit. Harapan aku, aku sempat la tengok anak aku habis sekolah, masuk university, tengok dia kahwin, kalau panjang lagi, dapat la menimang cucu…fuuhhhhhhhhhhhhh memang jauh vison aku nie. Dimurahkan rezeki, nak besarkan family. Tapi aku tak akan merungut sebab aku terima seadanya pemberian Allah kepada aku. Nikmat2 lain aku belum lagi habis nak ucapkan syukur, nie nak lebih2 pulak mintak yang lain. Tapi apa yang hadir sesungguhnya aku akan bersyukur. Salah satu terjemahan surah ar-Rahman “ mana lagi nikmat2 Allah yang hendak kau dustai”. Sesungguhnya ayat itu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati aku, sesuatu yang aku tidak dapat huraikan dengan kata2. Mendekati setengah abad hidup di muka bumi, kita patut berfikir apakah cukup bekalan untuk perjalanan ke dunia yang kekal selepas nie? Takut juga aku termasuk dalam golongan yang muflis di akhirat, semoga Tuhan permudahkan segala pekerjaan dan di terima sebagai ibadat dalam kerja2 ku seharian. Amin….

Monday, November 12, 2012

Kesan selepas blackout...mungkinkah ...?

Satu lagi kejadian blackout berlaku di seluruh negeri Sarawak semalam. Kalau mengikut laporan, stesen di Engkelili Sri Aman sekali lagi menjadi punca. Yang tu aku tak berapa kisah sangat, yang menjadi persoalan aku sekarang, adakah akan berlaku peningkatan penduduk Sarawak dalam masa 9 bulan lagi. Ye lah dah blackout semalam , kena lagi hujan renyai2. Biasalah kan, gelap+hujan renyai+cuaca sejuk seolah menjadi ramuan untuk meningkatkan penduduk Sarawak dalam masa 9 bulan lagi. Banyak la kejadian2 yang tak diingini bila cuaca gelap nie. Pagi nie pun masih ada pejabat2 kerajaan yang belum mendapat bekalan elektrik kerana setakat ini aku dengar belum pulih 100% lagi. Banyak lampu isyarat yang tak berfungsi pagi tadi. Memang sesak teruk kawasan terutamanya di kawasan Matang tempat aku yang memang dah sedia sesak teruk. Aku haraplah jangan lah benda nie selalu sangat terjadi, kesian kat orang yang meniagakan.

Friday, November 9, 2012

Travelling Time...

Setelah hampir hendak tumbuh akar tunjang kat kerusi aku kat opis, akhirnya ada satu kerja outstation. Muahahahahahahaha….seronok sangat sebab dah terlalu lama duduk dalam opis nie, otak aku hampir beku menuju ke 36 darjah Kelvin. Aku nie biasanya orang yang buat kerja luar, zaman dulu dulu laa..tapi semenjak dua menjak nie aku buat kerja opis jer. Skill teknikal aku , memang tidak dapat di nafikan lama tak di gunakan. Agak berkarat tapi masih berguna di saat kecemasan. Kerja aku memang pada saat nie, agak banyak. Lawatan 5s, penyimpanan rekod yang aku belum kemas kini dan atur selepas kena audit. Meja aku memang sungguh menyesakkan. Jadi destinasi aku kali ini adalah Miri. Yang best nya, semua yang pegi kali nie, semua satu kepala punya. Tak ngam apa nama nya macam tu. Merantau untuk 5 hari tapi kerja nya memang dasat jugak laaa…buat promosi untuk kerajaan elektronik negeri Sarawak. Sesungguhnya kerja yang akan memenatkan sebab takde shif. Mungkin kat sana nanti baru boleh atur lagi macam mana nak kerja. Pack food & transportation dah ready minta quotation. Nasib baik, save budget sikit. Acara seterusnya dalam bulan ini adalah Hari Innovasi, di ikuti pula dengan Hari Perkhidmatan Awam yang amat di tunggu kerana menawarkan hadiah2 cabutan bertuah yang amat menarik perhatian. Kalau ada rezeki, ada lah aku menang cabutan bertuah nanti. Kalau tak, putih mata la macam tahun lepas. Adios…

Tuesday, November 6, 2012

Liga Axis Skyfall

Akhirnya, satu keputusan seri telah di capai oleh pasukan aku dalam liga Axis. Satu mata yang amat berharga, setelah mengalami kekalahan 3 kali berturut-turut. Untuk 2 perlawanan pertama, memang nasib tidak menyebelahi dan perlawanan ke 3 memang bukan milik pasukan aku. Yang menarik perhatian, keputusan seri ini di capai tatkala pasukan kehilangan penjaga gol utama, pemain tengah dan penjaga gol simpanan. Aku dapat melihat dari sini, semangat juang pasukan aku memang terbaekkkk…Perlawanan seterusnya akan menentang Yayasan, salah satu pasukan pilihan. Harapan aku, semangat mau menang mesti diteruskan. Dan tiba waktunya untuk cerita yang tak lapok di telan zaman, James Bond. Betul2 aku cakap, bila cerita Skyfall tu mula, seingat aku tahan nafas jer sehingga la saat die kena tembak. Tu baru la action pack movie. Walaupun, kisah Skyfall ini tak lah berapa best sangat, tapi aku tetap suka. Yang memang tidak pernah menghampakan aku untuk semua cerita James Bond aka JayBon nie, bila introduction nya bermula. Kali ini lagu nya nyanyian Adele. Itulah dia keunikan cerita James Bond nie. Jadi M yang lama dah mati, Q dah ada orang baru. Adakah James Bond akan bertukar untuk episode seterusnya ?

Thursday, November 1, 2012

Bermulanya Bulan November

Maka, dengan ini selesai lah sudah performance appraisal aku. Macam tiba tiba je kan, takder pengenalan. Sudah teranglah sudah, tak perlu nak bersuluh suluh lagi dah. Semua yang mengganggu fikiran selama nie dah di selesaikan, jadi aku menunggu untuk sesuatu yang mungkin bagus untuk aku atau masih lagi menunggu bulan jatuh ke riba, apa2 pun aku dah buktikan diri aku berdaya saing tambahan pulak dengan good recommendation dari supervisor, aku rasa momantai lah..insyaAllah. Dan hari nie, 3 budak CBG( latihan permerkasaan sisawah ) dah pun meninggalkan unit ICT. Semua nya dah dapat kerja, good for them. Di zaman kerja susah nak carik sebab banyak saingan, aku gembira kerana mereka semua dah dapat kerja. Lagi pun, kalau nak menunggu susah juga, kerana program latihan siswasah dah nak habis tempoh dah, tak lama lagi , seingat aku cuma sampai Jun 2013 je lagi. Lepas tu takder lagi dah program yang macam tu. Jadi , disebabkan keadaan di opis dah pun terkawal, kira tenang lah, jadi sekarang cuma nak menunggu langit jatuh jer lagi hehehehehe…maksud aku citer James Bond baru , Skyfall bermula hari nie..kalau di ikutkan nafsu nie, memang nak tengok malam nie jugak tapi apa boleh buat la kan tak boleh, dan aku juga sebenar nya dapat 2 tiket free untuk tengok citer Jebon nie, tapi di sebabkan Sabtu nanti adalah kenduri arwah bapak mertua aku, so kira hanguslah tiket percuma pemberian TM sebagai penghargaan pelanggan setia ..eceke ewah hehehehehehe…selalu jer aku gadoh bila call TM Call Centre. Apa bolehbuat la kan, aku jugak manusia biasa tak lari dari rasa tak puas hati kan. Nabi jer manusia sempurna. Jadi untuk penghabisan coretan aku yang kali nie, aku percaya bila sesuatu kejadian itu telah di tetapkan, maka berlaku nya dengan kuasa Allah. Kita sebagai hamba, kita terima lah nya sebagai ujian ( aku pasti conclusion aku nie takder kaitan dengan coretan aku….*blur* )

Wednesday, October 24, 2012

Side income..????

Salah satu dari pintu rezeki ada lah dari perniagaan. Jadi, aku terfikir juga nak berniaga, kalaulah ada modal. Tapi persoalannya sekarang , apa jenis perniagaan kecil kecilan yang aku boleh bukak untuk membangkit selera aku dengan alam bisnes nie? Pernah terdengar nasihat, buat bisnes dengan benda yang kau minat. Betul ke macam tu? Kalau aku minat benda tu, macam mana pulak aku nak jual? Pastinya aku sayang kan. Pernah terfikir nak buat bisnes baju bundle, tapi tak tau apa keluasan pasaran barangan bundle di Sarawak nie. Aku sendiri peminat barang barang bundle. Zaman bujang aku, tidak pernah aku ketinggalan untuk melawat kedai bundle kegemaran aku. Seingat ingat aku lah kan, aku tak pernah beri barangan baru kalau tak der keperluan. Semua barangan aku semasa bujang dulu adalah bundle, cuma masa dah kawen nie, bini aku tak gemar sangat aku guna barang bundle. Sebab tu lah aku beli barangan bundle kalau aku nak, tak pernah aku bawak bini aku, sebab aku tau dia tak suka.
Entah lah, semacam ada kepuasan lak bila dapat barangan bundle, kalau nasib betul2 bagus, barangan bundle yang kita dapat adalah sangat berkualiti dan di perolehi dengan harga yang murah sekali. That’s the beauty of bundle hahahahahaha…..Maybe buat kelainan sikit, jualan bundle secara online..Tapi wujud kah kepercayaan pelanggan dengan barangan bundle yang di jual secara online. Bab nie aku sungguh sungguh tak boleh nak jawab sendiri. Mungkin ada lagi yang aku boleh buat secara sambilan, mungkin bukan jualan barangan bundle, mungkin benda lain. Kalau jual manusia, jadi kes lain la pulak… Bercakap pasal dagang manusia, kesian jugak aku dengar kisah Salleh Rambli tu..di tuduh terbabit pemerdagangan manusia. Yang kes naya nya pulak, nak tunggu bicara, tak pasal2 kena reman kat sana dah empat bulan, kesian jugak aku tengok anak bininya muncul kat dada akhbar. Macam kes orang teraniaya pulak dia dah… Jadi, hari ini akan ada satu lagi majlis makan makan kat opis aku. 3 orang budak CBG, dah nak pergi sebab dah dapat kerja tetap. Good for them. Jadi, berkurangan lah jumlah manusia dalam opis aku nie nanti…mintaklah yang baru masuk nanti yang ganti dia orang semua adalah awek awek yang cun….

Tuesday, October 23, 2012

oh my English..?

I guess it has been quite some time I didn’t do any posting in English. Just that, doing posting in my mother tongue, it has been improving my Bahasa Malaysia a lot. Working in an environment which English always be a common lingua franca, practicing my B. Malaysia in my blog posting is another way to improve it. After delaying my medical checkup for almost 2 months, I finally come to term that I have to do it either way. My wife keep on mumbling almost every day for the last 2 months, urging me to go for the checkup. I knew my medicine already run out, so for a person that depends much on pill to stabilize my blood pressure, I knew there is no other way except going for the checkup. I thought my BP will be high, but surprisingly, not just me, also surprise my wife also, my BP is quite ok which to be exact at a very normal reading of 120/80. One thing that really caught my attention yesterday was how the service at the Poliklinik Jalan Masjid has improved so much. For those who have been to the Policlinic, you will have to spend at least 2 hours. But yesterday, I only spend around half an hour. The system that they use is much better that previously. Pat on the back to the management of the Poliklinik Jalan Masjid for such a drastic improvement in their services. For Muslim, we will celebrate Hari Raya AidilAdha this coming Friday, so another public holiday. The beauty of being a Malaysian, lots of public holiday. So far doesn’t have any plan to spend the long weekend. Lately, I’m not into a person love spend my time outside. I much prefer to stay at home. Maybe getting older is one major factor, but that shouldn’t be an excuse. Life is too wonderful to just sitting at home. Usually, great plan come without any planning, so let just go with the flow. A very happy weekend and Selamat Hari Raya Aidiladha to my fellow Muslim.

Tuesday, October 16, 2012

Pada saat ini yang berlaku setiap tahun

Pada masa ini, setiap tahun, akan tiba satu satu masa di mana kerja yang kita lakukan untuk setahun yang lalu akan di nilai. Satu masa di mana, adakah anda satu asset yang menyumbang ke arah perkembangan syarikat/jabatan atau hanya seorang yang menumpang saja di mata pihak pengurusan. Bagi aku, di mana aku mempunyai 2 orang penilai, seorang di tempat di mana aku jadi pegawai sangkutan, dan seorang lagi pegawai penilai dari syarikat aku sendiri, ketua bahagian di mana aku melaporkan diri . Dan sebelum ketua bahagian membuat penilaian, aku akan di nilai tahap kerja aku sepanjang setahun, terus terang aku katakan yang aku mendapat penilaian yang amat baik dari on site supervisor aku, masalah aku timbul bila ketua bahagian aku di syarikat, yang hanya bertemu muka setahun sekali, masa performance appraisal interview di buat. Pertemuan yang kadang kala berlanjut untuk 1 jam atau masa normal nya sekiranya tidak banyak soalan 15 minit saja, menjadi penentu tahap kerja kita selama setahun. Persoalannya sekarang, macam mana seorang ketua bahagian yang hanya bertemu kita untuk 15 minit atau 1 jam berhak membuat penilaian semula berbanding on site supervisor yang bekerja bersama kita untuk 11 bulan ? Dengan mudahnya dia membuat kesimpulan, menolak markah, dan membuat komen yang bagi aku amat tidak adil. Komen yang di buat oleh on site supervisor di ubah sewenang-wenangnya. Tidak di nyatakan dengan telus. Kadang kadang aku dapat lihat seoalah olah dia nie, tak tahu langsung kerja yang aku buat sebagai pegawai sangkutan. Bebanan yang aku terima, terpaksa menjaga imej 2 jabatan. Terus terang aku katakan yang , akibat tingkah laku sesetengah pegawai sangkutan yang tidak menjalankan kerja dengan betul, sering datang lewat sedikit sebanyak menyumbang ke arah faktor tersebut. Dah lah dia nie macam seorang yang suka kena bodek, seolah semua kata kata dia adalah betul. Kalau putih, putih lah, kalau hitam , maka hitamlah. Mungkin dulu aku silap, mintak tolong. Hmmm tapi takpa, aku dah nampak cara sebetulnya. So ilek2 jer lah kan…Kalau ikutkan hati boleh stress time nie, masa2 cam nie lah boleh jadi tikam dari belakang, kutuk mengutuk boleh timbul, semua nya nak nampak bagus. Jadi, inilah yang berlaku sekarang nie, kat opis aku. Semua orang akan datang opis on time, tunjuk rajin kerja, sebab nie ler time nak bodek. Kalau ada orang lain buat silap sikit terus lah highlight kasi management tahu…Jadi, untuk member seopis aku…all the best…

Friday, October 5, 2012

Anekdot

Kadang kadang satu perkara yang terjadi boleh berlaku secara aneh. Seolah olah berjangkit. 3 berita kematian dalam tempoh seminggu untuk aku memang agak ganjil. Bermula dengan adik kepada arwah emak aku meninggal dunia, selang 2 hari kemudian suami kepada kakak ibu mertua aku pula meninggal dunia di Sibu. Kemudian selang 2 hari kemudian , ayah kepada seorang kenalan yang agak rapat dengan keluarga pulak meninggal dunia, sebab itu aku katakan seolah olah berjangkit. Kalau kita perhatikan betul betul bukan perkara yang aku sebut ini saja yang terjadi seolah berjangkit, kalau korang perasan di dada dada akhbar, sebuat rentetan peristiwa kadang kadang berlaku secara berturutan, contohnya kes buang bayi, berturutan saja kita dengar di akhbar dan berita nasional. Kes bunuh, kes simbah asid, seolah olah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia yang ia akan berjangkit. Betul tak ? Adakah semua ini berlaku secara kebetulan ? Kalau korang tengok kes tembak baru baru nie, kan macam berjangkit jer terjadi di Sarawak & Semenanjung sana nun? Susah nak cakap, sebab tiada benda yang berlaku secara kebetulan di dunia ini. Semua yang terjadi dah tertulis dalam perjalanan hidup. Itulah kenyataan hidup. Susah mau cakap. Dan dalam aku menulis blog ini, aku terdengar satu lagi berita kematian, membuatkan aku tergamam tanpa kata kata sekejap. She lost both her twins yang tak cukup bulan sekaligus. Huarghhhh….kenapa la berita sedih macam nie tak henti henti lagi nie. Mungkin sebagai peringatan kepada kita yang hidup bahawa mati itu ada lah sesuatu yang pasti…Cuma kita tak tau bila giliran kita akan tiba. Waaaaaaaaaaaaa….sedih la pulak mood aku ari nie waaaaaaaaaaaaa……adios

Monday, September 24, 2012

Buah fikiran dari otak yang melayang

Jadi, Syawal pun dah abis, Hari merdeka dah lepas, Hari Malaysia pun dah lepas di raikan. Sampaikan hari jadi TYT negeri Sarawak pun dah lepas. Apa lagi perayaan yang belum ? Deepavali, Krismas, dan juga Hari Raya Haji yang tak lama lagi kan. That's the beauty of Malaysia. Banyak public holiday. The next big thing, mungkin Pilihanraya Umum. Semua orang politik dah sibuk buka pekung masing2, cakap dia orang lebih bagus dari yang lain. Yang paling aku rasa benda paling bodoh di buat, buka fanpage kat laman sosial kutuk negeri Sarawak & Sabah. Pertama sekali, aku rasa samada orang tu kecewa di sebabkan awek dari Sarawak/ Sabah atau memang tak sedar diri kot yang 2 negeri ni yang banyak bagi hasil mahsul untuk Malaysia. Atau hanya agenda politik pihak yang gila kuasa, yang nak rebut Putrajaya. Bangsa sendiri yang merdeka, sambut hari Merdeka macam kena jajah oleh bangsa Malaysia sendiri. Mahasiswa yang konon nak tukar bendera Malaysia. Remaja tunjuk buntut kat gambar pemimpin, sedangkan remaja tu bayar cukai, kerja apa semua pun belum. Dah nak tunjuk lagak. Mungkin aku rasa orang awam dah boring tengok senario politik nie sebab pemimpin baru yang terhasil masih lagi dari keturunan ahli politik yang sama. Dalam bab nie, aku paling hormat kat Tun Mahathir. PM paling nest yang aku pernah tengok. Visinya aku paling suka, memang terkehadapan dari masa dan pemikiran orang. Rasanya dah cukup dah aku melayan otak aku nie, dah tiba masanya aku layan game pulak...

Tuesday, September 11, 2012

Bila rezeki datang menggolek

Semua geng aku tahu aku peminat tegar pasukan Liverpool. Kipas susah mati aka die hard fan. Jadi bila aku terima panggilan telefon semalam, ada orang nak tolak jersi terbaru pasukan Liverpool untuk musim 2012/13, tanpa fikir 2 kali aku terus cakap okay. Dia beli set home & away for RM120 , tapi dia tolak kat aku untuk RM 70, jadi apa salahnya kan. Terus melengkapkan jersi Liverpool aku. Bak kata pepatah, orang mengantuk di sorongkan bantal. Ori ke tak , belakang kira bro, janji aku ada koleksi beb. Bila tengok koleksi baju Liverpool aku dah makin banyak, terpikir lak nak beli almari baju kecik untuk koleksi baju Liverpool aku. Yang pastinya semua baju koleksi Liverpool aku takder nama player, orang tanya kat aku apasal. Senang jer nak jawab tu, aku sokong kelab bukan pemain individu. Bukan aku punya style sokong individu. Musim nie antara yang terburok permulaan untuk Liverpool, aku mintak2 la macam hero hindustan, mula2 kalah lepas tu menang dan terus menang. Liverpool selamanya..YNWA

Sunday, September 9, 2012

Ramah Tamah ICTU & MKN

Hari raya masih lagi terasa. So unit di sebelah opis aku iaitu dari jabatan persekutuan mengajak nak buat ramah tamah aidilfitri..satu cadangan yang amat baik sekali..yelahkan dah berjiran sekian lama tak pernah la pulak buat ramah tamah macam nie...best la jugak ..sambil dapat la berkenalan...so share gambar sikit2 la

Wednesday, August 29, 2012

I am Master of Ceremony

Aku rasa banyak dah mula turun kerja sekarang nie. Aku sendiri..masih lagi cuti raya. Beraya sakan wooo...walaupun aku sebenarnya cuti sampai hari merdeka nanti, tapi untuk hari isnin & selasa yang lepas nie, aku kena turun kerja. Tugasan menjadi emcee memanggil que. So, ibarat pekerja yang baik, aku pun turun la keja jugak. Untuk 2 hari kita orang berkampung di Hotel Riverside Majestic. Kumpulan yang terdiri dari wakil2 Kementerian, Jabatan2 kerajaan, Pejabat2 Residen & Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan & jugak wakil dari Kompeni aku, SAINS. Kesemua mereka berkampung 2 hari mencambah fikiran untuk merangka plan transformasi Kerajaan Elektronik Negeri Sarawak.
Hasil nya amat mengagumkan jugak. Untuk tugasan emcee hari pertama, agak senang sebab tidak terlalu rasmi, tetapi tugasan hari kedua agak mencabar sebab di hadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, untuk menutup bengkel secara rasmi sekaligus menerima pembentangan tentang rumusan untuk bengkel selama 2 hari. A sukses untuk aku, walaupun darah gemuruh tu masih ada sikit. Sekarang nie, aku tengah buat portfolio untuk majlis yang aku jadi emcee. Hopefully, in future time, it will be my other source of income"sigh & smile". Bila aku senaraikan, majlis yang aku ditugaskan jadi emcee, dalam masa singkat iaitu setahun, aku dah berjaya meng'emcee' beberapa majlis rasmi kerajaan terutamanya untuk jabatan yang mana aku di tempatkan. Secara ikhlasnya, aku baru menceburi bidang emcee betul2 setahun. Tapi antara banyak2 tugasan yang aku terima, yang paling aku tak akan lupakan bila aku menjadi emcee bidang terjun untuk satu seminar iaitu Web Akses Seminar untuk orang2 kurang upaya yang mana melibatkan jemputan dari luar negara dan local yang mana aku kena buat dalam English. Tanpa sebarang skrip, aku cakap kat boss aku, aku terima and there goes the rest...satu event yang aku tak akan lupa sampai2 bila. Bila boss antar emel kat aku untuk ucap a well done emcee job, aku anggap itu sebagai pendorong untuk aku di masa depan.. Cuma satu lagi persoalan yang kerap bermain di kepala aku sekarang nie, agaknya bila aku akan jadi emcee untuk majlis kompeni aku sendiri? Well, untuk itu..aku kena tunggu dan lihat..looking forward for it..

Friday, August 17, 2012

Hari raya semakin dekat. Suasana pun dah semakin best sekitar rumah aku. Bunyi oramg main mercun, bau asap bunga api ...Memang seronok.Aku di Ramadan kali ini , secara peribadi agak kurang untuk diri sendiri..tak berapa sangat, bukan nya aku ponteng puasa ka macam tu. Aku cuma rasa satu perasaan yang tak syok sangat dalam hati, apa apa pun aku gembira jugak lah . Sapa nak sedih sedih sedih hari raya nie. Mengimbau balik hidup, aku rasa syukur lah dapat lagi sekali berhari raya dan berpuasa tahun ini. Dapat jumpa dengan sanak saudara dan adik beradik, yang aku rasakan semakin jauh dari aku. Semua dah nak bawa kepala sendiri huhuhuhuhu sedih pulak aku beb. jemputan open house pun aku dah terima kat emel. Banyak jugak yer...sekarang nie trend dadh berubah, suka buat open house selepas itu takder lagi. Teringat masa kecik mesti tanya dengan kawan "Berapa buah rumah dah pergi ? ".... Aku rasa budak budak zaman sekarang ni tak kan ada pengalaman macam tu kan? Ye lah zaman dah berubah..semuanya berubah termasuk aku sendiri...slhsmdulillah... Apa apa pun yer semua ....Selamat Hari Raya Aidifitri untuk semua maaf lah kalau tersinggung, ter "typo".....Maaf Zahir Batin

Monday, August 13, 2012

Kali pertama berkaca mata

So...hari ini aku pegi ambik cermin mata aku..masih lagi sangsi yang aku kena pakai cermin mata masa driving.Tapi ada yang tak best nya..aku jatuh depan kedai cermin mata. Ya lah ni semua pasal nak test punya cerita...Satu benda yang aku tau semua benda nampak clear abis bila pakai spek nie..semua benda aku tengok nampak dekat je mula mula aku pakai...so dengan steadey aku melangkah terus terjelepok jatuh pasal mata salah bajet...binawe...depan kedai cermin pulak tu...brader kat belakang selamba jer sound " terpaksa you miasa dirik u ngan spek ya "...aku angkat tangan tersipu...kontrol macho beb..hahahahahahaha... Adakah orang first timer pakai cermin mata macam tu ..or memang aku sorang jer macam tu..alamak..malunya wehh tapi bila pikir balit lucu la pulak so aku share dengan korang..

Thursday, August 9, 2012

Raya mood dah on...

Melangkah masuk ke Wisma Bapa Malaysia, semangat berhari raya aku semakin kuat. Kawasan lobi WBM dah pun berhias dengan cantiknya menandakan Hari Raya Aidilfitri betul betul dah dekat dah. Kalau omputih cakap just around the corner jer. Masuk kat depan kita akan dapat tengok hiasan ucapan Selamat hari raya.
Lepas tu korang akan Nampak buluh lemang yang disusun, siap ada api yang menggunakan mentol lag, as if lemang tu sedang di bakar.
Di sebelah kanan pulak , ada imej budak sedang gembira main bunga api.
Bergerak lagi ke kawasan lif, aku suka tengok hiasan kat atas siling yang amat menyenangkan mata memandang. Memang best.
Memang tinggal satu minggu lagi nak berpuasa. Yang pastinya puasa kali ini , aku terasa amat letih sangat, tak macam tahun lepas. Mungkin faktor usia memainkan peranan kot. Lagu lagu raya pun dah mula bermain di pasaraya, di corong radio menyemarakkan lagi mood raya aku. Aku tak buat baju melayu tahun nie, mungkin nak beli yang dah siap jer. Hujung minggu nie nak kemas rumah dah, isteri aku cakap mesti sebab dah takder masa lagi dah. Aku cuma bercuti selepas raya, kira mulai 17 Ogos nie sampailah hari merdeka.

Saturday, August 4, 2012

Suntong tunok ...

So, malam ini selepas terawih, satu kemestian yang aku buat di bulan puasa, pengembaraan ( ecek ewah ) mencari suntong tunok a.k.a sotong bakar. Sasaranya , sudah semestinya ialah yang bersebelahan dengan Sekolah Merpati Jepang. Kenapa kat situ ? Mungkin benar sotong bakar sama jer k
at mana mana kan tetapi tempat nie yang best nya sambal cicah sama itu sotong yang mengancam jiwa raga hamba ini.

Friday, August 3, 2012

2 minggu dah puasa nie

Hari ini dah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Sungguh tak berasa dah 2 minggu dah. Puasa kali ini, aku kurang sangat pergi ke Bazaar Ramadan, baik di kawasan Satok, Semarak atau Matang Jaya. Entah lah macam tak berapa minat nak beli makanan kat luar selepas tengok geng sepejabat terkena keracunan makanan pada hari ke 2 puasa pasal beli makanan kat luar nie. Terkena cirit birit yang teruk. Jadi aku rasa lebih selamat kalau makan masakan yang di buat kat rumah. Zakat fitrah tahun nie pulak RM 6.50 seorang. Aku awal2 dah setel bayar zakat, takut terlupa dek kesibukan kerja. Family aku kecik jer, 3 orang jadi bagi aku benda nie memang langsung tak membebankan.
Persiapan nak raya ? aku rasa tahun nie aku takder lah yang istimewa sangat cuma makin seronok je sebab anak aku semakin mengerti pasal hari raya nie. Yang pastinya dia dah mintak aku beli kan dia bunga api. Aku dah order, cuma tunggu nak sampai jer lagi. Cuti aku ambik 2 minggu, nie lah yang best nie bila cuti melambak. Berkemungkinan besar, hari raya ke 6 akan pergi ke Bintulu sebab anak buah aku nak kahwin. Semua nya belum pasti lagi nie. Banyak betul benda nak buat dalam masa yang singkat.

Monday, July 23, 2012

Cerita puasa hari pertama

Hari ini dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Setakat ini, Alhamdulillah kerana cuaca di Kuching sungguh sejuk sepanjang 3 hari berpuasa ni. Dan malam ini adalah malam ke 4 solat sunat terawih. Anak aku , Aleeya baru 5 tahun. Jadi malam pertama dia angkat untuk bersahur memang liat, tapi seronok pulak tengok semangat dia nie. Tengok je lah gambar dia bangun sahur untuk malam pertama. Tengah tunngu mak dia buat nasi goring cornbeef, sempat lagi dia tidur kat sofa.
Lauk bersahur malam pertama, memang simple, cuma buat nasi goring cornbeef dan kari daging yeos.
Hahahahaha memang instant. Hari pertama, Aleeya cuma dapat puasa sampai tepat2 jam 12 tengah hari. Dia mintak izin nak berbuka, aku cakap takper besok cuba lagi sebab puasa sebulan. Untuk hari kedua lak cuma sampai pukul 11 pagi sebab dia tak bangun untuk bersahur. Hari ini aku belum tahu lagi sampai pukul berapa. Belum call dia lagikat rumah. Jadi itu cerita Aleeya. Aku pulak, belum lagi meronda carik kuih. Bazaar yang popular pastinya Bazaar Satok, Bazaar Kampung Gita( Semarak ), Bazaar Matang. Ini bazaar yang menyediakan kuih kuih local Sarawak. Jadi bazaar yang popular kerana menjual juadah juadah dari semenanjung pulak adalah bazaar Kem Batu 8 atau Kem Penrissen. Sebab kat situ banyak isteri askar yang bertugas kat situ dari seluruh semenanjung, jadi ada macam tarikan tersendiri. Mungkin selepas seminggu puasa baru ada semangat nak meronda. Harap harap lah kan. Adios …

Thursday, July 19, 2012

A must have menu for Sungkey ( buka puasa )

Murtabak
Ayam percik
Bubor kacang Hijau
Bubor Pedas ( ini kemestian )
Suntong Tunok ( Sotong Bakar ) Tu dia...seperti yang tersenarai di atas, a must have menu untuk aku di bulan puasa nie. Bubor kacang hijau memang kegemaran aku, bubor pedas, menu local Sarawak memang mestu ada, sotong bakar aka Suntong Tunok pun mesti ada, paling best di makan selepas habis solat terawih. The best place yang jual nya semestinya dekat Kampong Patingan..sebabnya sambal nya memang power .. Petang nie orang dah pegi tengok anak bulan, pastinya aku harap lah besok dah mula puasa. dan semestinya malam esok akan jadi malam pertama untuk berterawih. The first year anak aku akan ikut terawaih. Teruja beb. To all muslim, Selamat Berpuasa...

Monday, July 16, 2012

Penat dek Rainforest ?

Aduh…aku rasa untuk kali ketiga tahun ini, aku tertidur dekat tempat duduk aku. Malunya. Macam tak boleh nak tahan tahan lagi dah mata nie. Sedar2 ada ler dalam 15 minit aku terlelap. Apa la punya nasib tak baik nie. Dah lah tempat aku duduk laluan big boss. Yang aku hairan sangat, bukan nya aku dok berjaga semalam. Awal jugak masuk tidur tapi pasal aper la pulak boleh ngantok nie. Kalau nak katakan penat lepas pergi Rainforest World Music tak logic.
Bercakap pasal Rainforest World music kali nie, apa nak cakap…memang terbaek punya. Aku pergi malam kedua. Persembahan memang mengagumkan, aku suka persembahan dari Malaysia dan Brazil. Memang world class membuatkan aku goyang punggung beb. Dan aku berbangga as Sarawakian sebab jadi tuan rumah kepada pesta yang memang best nie. Aku rasa pengunjung makin bertambah dari tahun ke tahun. Tambah pulak suasana di kaki Gunong Santubong memang nyaman. Aku lihat pelancong memang syok giler melepak. Ya la kalau tempat diaorang tak der tempat macam nie kan, sebab itu as Sarawakian we should be proud. Cuma yang tak bestnya, masa balik jer. Terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Cuma di sebabkan orang orang yang letak kereta diaorang kat bahu jalan, menyebabkan bas bas yang besar sukar nak jalan. Dah ler jalan tak besar sangat. Aku nak cakap banyak banyak, aku rasa tak boleh. Datanglah sendiri tengok, untuk next year. Maklumat lebih lanjut pergi la kat sini http://rwmf.net/. Boley dapat banyak info.
And here is all the excitement are happening each year in July So datang ramai ramai next year okay. And for those yang minum, please dont get drunk coz you will lost the excitement because you are too drunk to enjoy it. Think about it. Adios....

Tuesday, July 10, 2012

Ntah apa apa lagi aku nie

Dah tengok movie Brave ? Latest citer karton dari Disney. Bagi ibu bapa yang mencari cerita yang penuh dengan nilai moral disamping jalan cerita yang menarik, aku suggest korang bawak anak –anak tengok movie nie. Memang layan aku cakap … Masa tengok movie nie, anak aku memang ketawa terbahak – bahak..Aku yang pada mulanya ketawa biasa jer, pun terikut terhibur tengok dier ketawa macam tu. Yang pastinya, citer Brave akan masuk dalam salah satu karton feveret aku. Antara movie cartoon lain yang jadi kegemaran aku, The Incredibles, How to teach your dragon, gundam , slam dunk dan semestinya dragon ball. Banyak lagi tapi kalau nak sebut semua tak cukup nie. One thing pasal movie karton nie, kita tak pernah nak perah otak sangat dengan jalan cerita sebab citer karton kan, mana ada yang logic cuma penuh dengan nilai2 moral dan hiburan. Lebih lagi bulan Ramadan nak tiba nie, so makin la rajin tengok citer sementara menunggu time nak berbuka. Yang seronok nya bila Ramadan menjelma, malam dier sejuk betol. Bagi yang kaki tidor memang layan la tidor time nie. Aku yakin yang lain pun dapat rasa yang suasana malam dah makin sejuk kan ? So badan dah tune up ready nak puasa, perut aku harap2 dah bersedia menahan kelaparan. Mintak2 la dapat puasa yang baik kan, jangan setakat lapar dan dahaga saja, rugi lak nanti…dan mari melayan morey selepas terawih akan menjelma lagi hahahahahaha…. Salam Ramadan to all muslims

Monday, July 2, 2012

Euro 2012 dah abis, macam mana aku terlepas final nie..?

Well..siapa sangka kan, selama hampir sebulan aku dok sengkang mata tengok Euro 2012. Perlawanan paling penting aku boleh terlepas pulak. Macam mana aku boleh terlepas final Euro 2012 nie..???? Macam mana aku boleh tersilap malam nie..???? Bila aku angkat nak solat Subuh pagi tadi, baru aku perasan yang malam tu adalah final Euro…wahhhhh bengang tahap gaban peringkat ke 18 ler aku pagi tadi. Bini aku tau pulak malam tu final, tapi pasal apa dia tak sound aku.? Aku tengok score line , Sepanyol menang 4-0 ke atas Itali. David Silva, Jordi Alba, Fernando Tores & Juan Mata semua buat jaringan. Macam mana rupa jaringan tu aku belum lagi tengok. Tahniah Sepanyol sebab Berjaya pertahankan kejuaraan, jadi langkah seterusnya adalah Piala Dunia. Adakah Sepanyol mampu menjadi Negara pertama mempertahankan dua kejuaraan sekaligus ? Yang tu kita kena tengok dalam masa 2 tahun lagi.
Dahl ah aku tak kerja hari nie. Lutut cedera lepas main bola semalam. Sekarang nie dok lepak kat rumah je lah. Harap-harap esok akan pulih kembali lutut aku nie. Lepas nie, tugas bangun malam pulak adalah untuk bersahur. Ramadan tak lama lagi, kalau tak silap tengah bulan Julai nie, puasa dah mula. Jadi takder lah masalah sangat nak bangun malam untuk sahur nie kan sebab badan dah biasa dah. Dan tak berasa sangat yang dah masuk bulan Julai pun. Sungguh sungguh masa beredar dengan pantas. Alih2 lepas nie Hari Raya la pulak kan. Fuhhh…sememangnya masa setahun menyamai sebulan semakin hampir kan ? Kalau yang mengerti maksud aku tu, faham2 jer lah kan…

Tuesday, June 26, 2012

Pengalaman Seekers aku ..real life punya k

Percayakah anda dengan makhluk halus ? Lebih merujuk kepada kewujudan jin? Atau anda memang tidak percaya langsung dengan kewujudan mahkluk halus atau dunia ghaib? Sesungguhnya, kewujudan mahkluk halus yang di sebut jin itu memang wujud . Salah satu ayat al-Quran, firman Allah yang bermaksud “ Tidak Aku jadikan jin & manusia selain untuk menyembah Aku “..minta maaf sebab terlupa surah mana. Pengalaman sendiri, dan 2 kali melihat pertembungan antara jin & manusia, lebih merujuk kepada perubatan Islam. Dengan mata kepala sendiri, melihat mahkluk jin ini yang menghuni tubuh manusia tanpa di ketahui oleh kita sendiri, sehinggalah ia mula meninggalkan kesan kepada tubuh badan. Di mana timbul nya penyakit yang tidak dapat dikesan oleh dunia moden perubatan serta alat2 perubatan moden yang berteknologi tinggi. Dan juga kesan2 pengamal ilmu jahat ( hitam ), yang membuatkan orang sakit melalui sihir yang menggunakan perantaraan jin. Dalam kejadian pertembungan/perlawanan antara jin & manasia yang pertama yang saya lihat sendiri, seorang nenek tua yang selalu sakit2, di bawa untuk berjumpa dengan seorang pengamal perubatan Islam, yang kami panggil dia ustaz, ini adalah antara langkah yang di ambil selepas makcik tersebut sering saja sakit2 dan perubatan moden tidak dapat mengesah penyakit nya secara sah. Baru saja perubatan bermula, belum habis lagi ayat2 yang di baca, nenek itu pengsan dan kemudian sedar kembali dengan bercakap dengan satu suara yang berlainan yang agak parau, sambil bertanya “siapa engkau” kepada ustaz berkenaan..borak2 akhir di ketahui yang makcik tersebut menjadi mangsa perbuatan jahat jiran nya sendiri, yang telah pun berlaku untuk selama 16 tahun. Hasil dari perbualan dengan jin yang merasuk makcik tersebut, rupa2nya barang untuk menganiaya makcik tersebut di tanam di depan rumahnya. Aku merasa kasihan melihat makcik tersebut menderita untuk satu tempoh yang agak lama, dari perbualan dengan jin yang merasuk juga , rupa2 jiran makcik tersebut dengki terhadapnya. Kejadian itu menyebabkan aku terdiam sejenak, ini baru jiran sebelah rumah yang kita kenal, bagaimana kalau seorang yang sakit hati terhadap kita, orang yang mencemburui kita tanpa kita sedari..? Betullah kata2 pepatah..rambut sama hitam tapi hati lain2. Itu satu contoh akibat perbuatan manusia yang bersekongkol dengan jin. Satu lagi kejadian, jin tersebut menakluk badan seorang wanita, bila di soal, jin tersebut mengatakan yang wanita tersebut adalah isterinya..disini perlawanan/pertembungan manusia denga jin ini lebih hebat. Ini kerana jin tersebut enggan meninggalkan tubuh wanita itu, berkeras kerana mengganggap wanita tersebut adalah isterinya. Melihat sendiri , mata yang merah serta merta serta suara yang lain keluar dari tubuh wanita itu, aku sungguh teruja. Bukannya suka dengan penderitaan wanita tersebut tapi sesungguhnya keyakinanterhadap terhadap mahkluk jin ini serta aku yang hidup dalam kemodenan ini yang sering mendengar itu hanya permainan semata2 semakin menebal. Sesungguhnya golongan jin itu lebih banyak dari kita, kelebihan nya cuma kita tidak dapat melihat mereka, menyebabkan mereka berani mengganggu kita. Seandainya kita di takdir kita boleh melihat mahkluk jin ini, kita akan dapat meilhat yang sebenar apabila sebatang jarum yang jatuh ke tanah tidak akan mencecah tanah, sebaliknya akan jatuh di belakang jin-jin ini.. Jadi, janganlah memandang dengan sebelah mata dengan kewujudan mereka, menutup telinga dengan kisah mereka kerana sesungguhnya mereka/ jin ini wujud.

Monday, June 25, 2012

Jamuan Makan Malam di Merdeka Palace

Sepatutnya jadi majlis perpisahan tetapi disebabkan ada kesilapan teknikal , dinner dah di bayar semua terpaksa carry on but we do enjoy ourself that nite...majlis perpisahan jadi majlis selamat datang kembali hahahahahha.....

Saturday, June 23, 2012

Lagi pasal bola nie...

Sekarang nie Euro 2012 dah masuk suku akhir, Portugal & Jerman dah pun menempah tempat ke separuh akhir. Aku rasa macam Portugal akan bertemu dengan Sepanyol, Jerman akan bertemu England, kalau betul tekaan aku nie..fuhhhhhhhh…memang akan jadi perlawanan klasik nie. Kerana ini akan meneruskan saingan ke empat2 negara nie dari dulu lagi. Paling best aku rasa Jerman vs England. Baru tadi, Malaysia U22 baru je habis perlawanan lawan Korea Selatan, aku salute dengan pemain2 muda Malaysia nie, kalah 2-3 tapi berjaya mencipta banyak peluang. Kalau pengulas sukan, aku yakin diaorang akan cakap ayat nie..Nasib tidak menyebelahi kita…( betul tak …)..but still, aku salute team Malaysia U22.. Sekarang nie, bulan Syaaban dah masuk..ini bereri ada satu bulan lagi sebelum Ramadan menjelma, puasa pun bermula beb…sekali lagi, aku berdoa aku dapat tamat dengan flying colors plus tamat sembahyang terawih lagi…secara jujur,aku merindui malam2 di bulan Ramadan yang memberi aku satu perasaan/ feeling yang aku tak dapat pada malam2 bulan biasa..( aku tak tau la dengan saudara2 aku yang lain…dia orang dapat rasa ke tak )..nie pun aku harap badan aku dah mula biasa untuk berlapar & dahaga , semoga di panjangkan umur sempat la tamat kan..insya Allah… Amin

Tuesday, June 19, 2012

Belanda dah terkeluar & Selamat Hari Bapa

Apa dah jadi dengan Belanda? Kalah ketiga2 perlawanan, langsung tak meraih sebarang mata. Aku tak sangka la pulak yang Belanda akan jadi semalang ini. Kalah kepada Denmark 1-0, kalah kepada Jerman 2-1 dan tewas kepada Portugal 2-1. Betul2 la aku bengang..jadi Cuma tinggal satu lagi pasukan aku, Sepanyol yang masih meneruskan perjuangan selepas menang malam tadi melawan Republik Croatia. Mungkin sebab pasal semua pemain Belanda nak jadi hero, sebab tu lah punca nya..ya lah kalau dah depan gol, langsung tak nak bagi pemain lain yang peluang nya lebih baik..itu lah punca nya. Hari Ahad lepas, Hari Bapa seluruh dunia…wow…pejam celik pejam celik, dah 5 tahun dah aku dapat gelaran as Bapa, apa yang aku pelajari ? Banyak geng..especially anak perempuan. Betul2 mengajar aku erti kesabaran..macam mana aku jadi tukang baca buku untuk dia, bringing my inner child inside me out, kadang2 la…tak la selalu. Macam aku kena sedia dengan jawapan2 bila dier tanya aku soalan. Pokok pangkal nya, melayan kerenah anak aku Nur Aleeya Najwa betul2 mendidik aku dengan kesabaran. And for that…Thank you Allah, Alhamdulillah for this precious experience…

Wednesday, June 13, 2012

When it times - to my wife...

The words get trapped in my mind I'm sorry I don't take the time to feel the way I do 'Cause from the first day you came into my life The time ticks around you, and then I need your voice As a key to unlock all the love that's trapped in of me So tell me when it's time to say I love you All I want is you to understand That when I take your hand, it's 'cause I want to We're all born in a world of doubt But there's no doubt I love you And I feel lonely for All the losers that will never take the time to say What's beyond their mind instead they just hide away And yet they'll never have someone like you To grab their hand help them along the way So tell me when it's time to say I love you

Malaysia menang ...

Aku cukup teruja..Malaysia menang lawan Singapura walaupun sekadar international friendly’s. Well, aku nak cakap team Malaysia betol2 pun rasa macam sangkut2 jer tapi aku tak kisah. Game semalam lebih menarik dari Euro 2012 hinggakan aku sanggup record citer CSI(S12 ) just for the Malaysia vs Singapore..kenapa aku cakap game semalam lebih menarik dari Euro, sebab gol dari Shakir & Shafiq begitu berkualiti. Aku sendiri pun main bola, so aku paham bila aku katakan yang gol pertama Malaysia memang cantik sebab Shakir tidak melihat ke arah gawang sebelum membuat tandukan. Itu lah skill nama nya bro…memang canggih…lepas tu gol kedua dari free kick …I must admit Shafiq..you’re the man…gila cantikk gol tuuuu…Euro time takat gol gol biasa jer, which aku sendiri boleh jaringkan wahahahahahahahaha…tapi apa yang penting permainan semalam patut di kekalkan. Malaysia player sepatutnya biar pemain Singapura memegang bola lama2 tanpa di asak..aku suka kalau team tu main tiap bola di kasi rapat sama player lawan… Kalau persembahan macam tu yang korang bawak untuk piala AFF, tidak mustahil u guys akan menjadi juara GO MALAYSIA dari Malaysia Timur…

Wednesday, June 6, 2012

Sleepless nite bermula....

Maka dengan tarikh 8 Jun 2012, bermulalah satu peperangan di Eropah...hehehhehehe ...Euro 2012 dah nak mula yuhuuuuu... Memang best, time nie la turun keja pagi siap dengan mata kuyu, masa lunch tak kuar makan buat ganti tidor malam yang tak cukup, and then malam berikutnya berjaga lagi tengok bola...fuhhhhhhh itu lah dia tidor bola, makan bola dan mandi bola... Sapa team feveret korang..sila cakap...aku semestinya England, donno will they succeed this year, kalo peringkat kelab england time nie memang gah...so harap2 dier pun sukses sama la..Sepanyol, satu lagi team yang mesti di beri perhatian. Dengan pemain bertaraf bintang..memang tidak boleh di pandang enteng. Tapi semua pasukan ada peluang nak jadi juara, macam apa yang terjadi dengan Greece dulu..sapa sangka kan diaraong menang Euro Cup. Dengan pasukan2 Asia Tenggara pun tengah sibuk buat persiapan untuk piala AFC, tekanan buat team Malaysia selaku juara bertahan..a team to beat kata seantaro asia tenggara masa nie..All the best to my Malaysia team.. So bola akan berada di mana2 saja kini, baik di padang bola, dalam kepala, di pejabat , di kedai topi..yang pastinya ia akan menjadi satu topik yang sangat hangat...

Tuesday, June 5, 2012

These are the 50 things everyone should know or 50 Completely Useless Facts!

1) The word “queue” is the only word in the English language that is still pronounced the same way when the last four letters are removed. 2) Beetles taste like apples, wasps like pine nuts, and worms like fried bacon. 3) Of all the words in the English language, the word ‘set’ has the most definitions! 4) What is called a “French kiss” in the English speaking world is known as an “English kiss” in France. 5) “Almost” is the longest word in the English language with all the letters in alphabetical order. 6) “Rhythm” is the longest English word without a vowel. 7) In 1386, a pig in France was executed by public hanging for the murder of a child. 8) A cockroach can live several weeks with its head cut off! 9) Human thigh bones are stronger than concrete. 10) You can’t kill yourself by holding your breath. 11) There is a city called Rome on every continent. 12) It’s against the law to have a pet dog in Iceland! 13) Your heart beats over 100,000 times a day! 14) Horatio Nelson, one of England’s most illustrious admirals was throughout his life, never able to find a cure for his sea-sickness. 15) The skeleton of Jeremy Bentham is present at all important meetings of the University of London. 16) Right handed people live, on average, nine years longer than left-handed people. 17) Your ribs move about 5 million times a year, every time you breathe! 18) The elephant is the only mammal that can’t jump! 19) One quarter of the bones in your body, are in your feet! 20) Like fingerprints, everyone’s tongue print is different! 21) The first known transfusion of blood was performed as early as 1667, when Jean-Baptiste, transfused two pints of blood from a sheep to a young man. 22) Fingernails grow nearly 4 times faster than toenails! 23) Most dust particles in your house are made from dead skin! 24) The present population of 5 billion plus people of the world is predicted to become 15 billion by 2080. Women blink nearly twice as much as men. 25) Adolf Hitler was a vegetarian, and had only ONE testicle. 26) Honey is the only food that does not spoil. Honey found in the tombs of Egyptian pharaohs has been tasted by archaeologists and found edible. 27) Months that begin on a Sunday will always have a “Friday the 13th.” 28) Coca-Cola would be green if coloring weren’t added to it. 29) On average a hedgehog’s heart beats 300 times a minute. 30) More people are killed each year from bees than from snakes. 31) The average lead pencil will draw a line 35 miles long or write approximately 50,000 English words. 32) More people are allergic to cow’s milk than any other food. 33) Camels have three eyelids to protect themselves from blowing sand. 34) The placement of a donkey’s eyes in its’ heads enables it to see all four feet at all times! 35) The six official languages of the United Nations are: English, French, Arabic, Chinese, Russian and Spanish. 36) Earth is the only planet not named after a god. 37) It’s against the law to burp, or sneeze in a church in Nebraska, USA. 38) You’re born with 300 bones, but by the time you become an adult, you only have 206. 39) Some worms will eat themselves if they can’t find any food! 40) Dolphins sleep with one eye open! 41) It is impossible to sneeze with your eyes open. 42) The worlds oldest piece of chewing gum is 9000 years old! 43) The longest recorded flight of a chicken is 13 seconds. 44) Queen Elizabeth I regarded herself as a paragon of cleanliness. She declared that she bathed once every three months, whether she needed it or not. 45) Slugs have 4 noses. 46) Owls are the only birds who can see the colour blue. 47) A man named Charles Osborne had the hiccups for 69 years! 48) A giraffe can clean its ears with its 21-inch tongue! 49) The average person laughs 10 times a day! 50) An ostrich’s eye is bigger than its brain.

Monday, May 14, 2012

Last game of the EPL 2011/2012

Wow semalam memang satu malam yang amat menyeramkan. Apa tidaknya malam penentuan juara Liga Inggeris antara Manchester City dan Manchester United. Perlawanan antara Man City dan QPR aku rasa yang paling menarik, dengan QPR di ambang kemenangan yang amat bersejarah di Stadium Etihad Manchester City. Untuk makluman Man City belum pernah kalah di tempat sendiri semenjak tahun 2010, dan rekod itu hampir padam pada malam semalam yang boleh menyebabkan mereka kehilangan gelaran sebagai Juara Liga EPL. Tapi, memang betul pepatah bola itu bulat dan apa2 boleh jadi, and it happened at the very last minit, bila Man City Berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa kecederaan dan membuatkan MU putih mata…jaringan dari Edzin Dzenko and Sergia Huero. Aku patut jugak salute to QPR , pasukan Tony Fernandez atas semangat melawan yang jitu dan hampir membuat Man City berputih mata. Dan keputusan semalam merupakan satu mimpi ngeri kepada Sir Alex Ferguson sebab kalah atas perbezaan gol. Dan untuk team aku sendiri, Liverpool, apa aku boleh kata..memang satu musim yang amat burok sekali. Cuma piala liga jer pengubat luka. Semalam kalah la pulak dengan Swaansea..entah apa2 lah. Tapi aku tetap menjadi penyokong setia, Liverpool ..YNWA.

Saturday, May 12, 2012

Satu petang Sabtu

Hari ini , buat pertama kali nya, anak aku ikut serta pertandingan mewarna kat Waterfront, Kuching, sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pebendaharaan Sarawak. Well, nampaknya memang ada bakat jugak anak aku, dia dapat tempat kedua dalam pertandingan mewarna, first time luck kata orang..
Takde lain aku nak kata, tahniah Nur Aleeya...proud of you...

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...