Friday, November 9, 2012
Travelling Time...
Setelah hampir hendak tumbuh akar tunjang kat kerusi aku kat opis, akhirnya ada satu kerja outstation. Muahahahahahahaha….seronok sangat sebab dah terlalu lama duduk dalam opis nie, otak aku hampir beku menuju ke 36 darjah Kelvin. Aku nie biasanya orang yang buat kerja luar, zaman dulu dulu laa..tapi semenjak dua menjak nie aku buat kerja opis jer. Skill teknikal aku , memang tidak dapat di nafikan lama tak di gunakan. Agak berkarat tapi masih berguna di saat kecemasan. Kerja aku memang pada saat nie, agak banyak. Lawatan 5s, penyimpanan rekod yang aku belum kemas kini dan atur selepas kena audit. Meja aku memang sungguh menyesakkan.
Jadi destinasi aku kali ini adalah Miri. Yang best nya, semua yang pegi kali nie, semua satu kepala punya. Tak ngam apa nama nya macam tu. Merantau untuk 5 hari tapi kerja nya memang dasat jugak laaa…buat promosi untuk kerajaan elektronik negeri Sarawak. Sesungguhnya kerja yang akan memenatkan sebab takde shif. Mungkin kat sana nanti baru boleh atur lagi macam mana nak kerja. Pack food & transportation dah ready minta quotation. Nasib baik, save budget sikit.
Acara seterusnya dalam bulan ini adalah Hari Innovasi, di ikuti pula dengan Hari Perkhidmatan Awam yang amat di tunggu kerana menawarkan hadiah2 cabutan bertuah yang amat menarik perhatian. Kalau ada rezeki, ada lah aku menang cabutan bertuah nanti. Kalau tak, putih mata la macam tahun lepas.
Adios…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
No comments:
Post a Comment