Friday, November 16, 2012
Muharram yang menjelma...
Semalam baru lepas meraikan Tahun Baru Hijrah, 1434. Seperti yang kita maklum, kalendar Hijrah tidak statik seperti Gregorian kalendar yang statik. Kalau tak silap aku, pada tahun 2010 dahulu, kita menyambut Maal Hijrah 2 kali iaitu pada awal dan akhir tahun. Disebabkan oleh itu, maka dengan hadirnya 7 Muharram 1434 nie nanti, maka genaplah umur aku 40 tahun. Aku lahir pada 7 Muharram 1394. Selalunya orang akan bercakap, life begin at 40. Setengah nya bertanya, kalau kes macam nie, kena ikut kalendar yang mana satu? Jawapannya senang jer kan , kita ikut lah kalendar Hijrah kan.
Dalam kalendar Gregorian nie sekarang, aku baru je 38 tahun. Muda lagi kan . Aku amat2 bersyukur atas kesempatan umur yang masih panjang nie. Hopefully aku akan jadi manusia yang lebih baik lagi. Aku sekarang nie, orang kata nakal la sedikit. Harapan aku, aku sempat la tengok anak aku habis sekolah, masuk university, tengok dia kahwin, kalau panjang lagi, dapat la menimang cucu…fuuhhhhhhhhhhhhh memang jauh vison aku nie. Dimurahkan rezeki, nak besarkan family. Tapi aku tak akan merungut sebab aku terima seadanya pemberian Allah kepada aku. Nikmat2 lain aku belum lagi habis nak ucapkan syukur, nie nak lebih2 pulak mintak yang lain. Tapi apa yang hadir sesungguhnya aku akan bersyukur. Salah satu terjemahan surah ar-Rahman “ mana lagi nikmat2 Allah yang hendak kau dustai”. Sesungguhnya ayat itu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati aku, sesuatu yang aku tidak dapat huraikan dengan kata2.
Mendekati setengah abad hidup di muka bumi, kita patut berfikir apakah cukup bekalan untuk perjalanan ke dunia yang kekal selepas nie? Takut juga aku termasuk dalam golongan yang muflis di akhirat, semoga Tuhan permudahkan segala pekerjaan dan di terima sebagai ibadat dalam kerja2 ku seharian. Amin….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
No comments:
Post a Comment