Wednesday, September 14, 2016

Aidiladha 2016...memang di uji

Malang memang tidak berbau. Dalam kesibukan Aidiladha yang kita sambut, aku tersentap seketika bila anak aku menalipon ku “Bapak, kereta mak ngah eksiden, terok juak”. Semacam setengah jiwa hilang sebentar. Pertama kali nya aku tak tau nak buat apa.
Aku tahu kemalangan memang berlaku, tapi ada satu benda yang menyentap hati pada masa itu adalah aku langsung teringat dengan mimpi ku. Subhanallah...Aku termimpi akan kemalangan akan berlaku pada ahli keluarga Cuma yang aku tidak sangka adalah kejadian itu adalah berkaitan dengan keluarga aku.
Itulah yang menjadi kemuskilan di jiwa nurani aku sekarang, aku selalu mengangapnya mimpi itu mainan tidur.Kekerapan mimpi jadi benar untuk aku membuatkan aku merasa seram. Aku ada mimpi perkara – perkara lain yang akan berlaku di sekitar aku, tapi aku malas hendak menceritakan nya. Biarlah rahsia...
Tiada pujian setinggi pujian kepada Allah yang menyelamatkan keluarga aku dari kecederaan yang teruk, kepada penduduk kampung yang baik hati yang membantu mereka semasa kejadian, Allah akan balas jasa anda sekalian, tapi yang paling aku gembira, sekira nya Allah kurniakan hidayah kepada mereka atas kebaikan mereka. Aku tau, yang pemberian sayur, jagung, pucuk ubi yang di beri kan kepada mereka memanglah tidak seberapa, tetapi kemuliaan hati mereka yang membuatkan aku tersenyum...

Sunday, September 11, 2016

I'm Back

Apa lagi yang hendak aku katakan selain daripada Alhamdulillah...segala pujian bagi Allah yang menguasai segala kehidupan. Doa aku akhir di makbulkan,berita yang aku tunggu tunggu” Anda di pindahkan kembali ke Kuching”....kalau aku boleh sujud syukur seribu tahun memang aku akan buat.
Melihat kembali hidup aku, di kala aku mula beranjak ke usia dewasa iaitu 20 tahun yang lampau, aku merantau ke semenanjung further study, peristiwa yang banyak membentuk aku, membentuk peribadi apa yang aku ada sekarang. Dan di kala aku menjenguk usia matang, masak ranum kata orang, aku pun merantau lagi, di dua tempat, yang membuka pandangan mata, minda dan mencorak seterus akal fikiran, menajamkann akal aku. Benar kata orang, kalau merantau, banyak yang kita belajar. Aku kenal banyak dengan banyak kerenah manusia, mengajar aku macam mana hendak tackle perangai manusia. Dan syukur kepada Allah, ia juga banyak mengajar erti kesabaran. Sesungguhnya aku tak boleh terangkan apa yang aku rasa dengan perkataan. Dan menjadi seorang Muslim, sesungguhnya banyak mengajar aku.. aku bersyukur aku di lahirkan as a Muslim, tanpa aku perlu mencari sebab aku di beri...Alhamdulillah. Yang di beri ini lah aku ingin simpan dan kekalkan. Sesapa yang cakap Islam agama ganas, you should get your fact right before you talk about it.
Well, kawan kawan yang aku tinggalkan, korang semua tak akan hilang dari hati aku. Sentiasa segar. Sekarang adalah masa untuk Allah, tuhanku, dan masa untuk keluarga dan untuk masa depanku. Semoga Allah merahamati perjalanan hidup ku.
Kuching ...i’m back ......
Kepada semua kawan kawan ku, gua doakan yang terbaik untuk anda semua, cemerlang dalam segala hal..tapi ingatlah, apa juga yang korang buat , jangan lupa Allah, jangan tinggalkan solat...

Sunday, August 7, 2016

Dah bulan Ogos dah...syawal dah abis

Macam tak percaya dah Syawal dah habis. Memang, kesibukan yang teramat sangat, kurang nya surfing, akhir nya blog aku nie dah tak berupdate. Sayang jugak aku kat blog nie, jadi tempat aku meluah apa yang terpendam, bagus untuk release tension, bagus untuk menyuarakan apa yang terpendam dan cerita kepada sesiapa kat luar sana yang sudi nak baca. Memang lah tak femes urang cakap, but still aku suka. Masuk tahun nie, usia blog aku nie dah masuk 8 tahun. Kalau budak tu dah masuk darjah dua dah.
Nak cakap pasal raya tahun nie, agak kurang aku berjalan ziarah rumah sanak saudara dan kawan kawan. Sehari sebelum 1 syawal, aku jatuh depan rumah. Sakit tak payah cakap lah, umur dah masok 40 tahun lebih, jatuh. Bengkak kaki aku, ingatkan seliuh yang biasa, jadi letak minyak panas, tapi bengkak nya masih. Letak ais masih jugak bengkak, jadi aku merana lah dalam seminggu lebih, klinik kat semua tak bukak. Jadi bila pegi klinik, aku dapat cuti sakit seminggu. Seronok memanglah, cuti raya dapat extend. Nak di jadikan cerita, aku balik Bintulu, tapi bila bawak motor, aku punya kaki bengkak balik. Aku pergi unit emergency hospital, buat xray, rupanya tulang kaki aku patah. Adeh macam mana lak boleh patah, tapi doktor hospital bagi aku cuti sakit lagi selama 10 hari. Seronok memang lah ada tapi kesian kat geng kat opis tak ada orang sebab kita orang memang tak menang tangan. Jadi aku pun sambung cuti lagi untuk 10 hari. Kira nya kalau dikira dari cuti raya 2 minggu, cuti sakit seminggu dan di tambah pulak lagi 10 hari, masuk sebulan aku tak kerja. Mungkin jugak Allah nak bagi aku banyak masa dengan keluarga aku, ya lah dah lama jugak aku berjauhan dari diaorang. Syukur sangat, orang cakap jugak, kalau kita sakit, tanda Allah ingat dan sayang kat kita, semoga apa yang orang tu cakap benar dan dirahmati Allah selalu. Tapi susah hati jugak, yalah takut pulak orang cakap aku sengaja sebab nak cuti lama, tapi siapa yang nak sakit kan. Tapi saat aku tulius benda nie, Alhamdulillah kaki aku dah pulih, buat medical check up pun sihat, bp pun ok. Takda yang lebih berharga dan bernilai dari kesihatan yang baik.
Musim haji dah mula jugak, jemaah haji pun dah muka berangkat ke tanah suci. Semoga mereka semua nya dapat haji yang mabrur. Apa yang happening kat Sarawak, Rainforest World Music Festival dah mula, Kuching food fest pun dah mula.
Jadi, aku rasa cukuplah dulu setakat nie, sehingga update yang seterusnya....adios

Wednesday, June 29, 2016

Raya dah nak tiba dah nie..

Sekarang nie, kat mana mana jer aku pergi, lagu raya memang tengah jadi lagu carta tertinggi di pasaraya. Betul betul buat aku semakin nak sabar nak balik bercuti. Pertama kalinya aku berpuasa jauh dari keluarga takda kesempatan untuk balik. Tuhan saja yang tahu, betapa aku rindu nak berbuka dengan anak bini aku. Yer lah kan, dah kahwin 13 tahun, bila jauh sikit memang la rindu, lebih lagi musim perayaan macam nie dan di bulan Ramadhan. Tak sabar nak makan masakan orang rumah, hari hari dok bantai makanan kat bazar, dah hilang selera dah aku. Semalam aku Cuma beli nasi, lepas tu beli ikan dan ayam. Lagi la sedap dari aku makan makanan kat bazar. Dah la 3 hari lepas aku terkena keracunan makanan sebab beli makanan kat bazar, buat phobia kejap .
Jadi sempena hari baik, bulan baik nie, aku ambik kesempatan pada saudara sesama Muslim yang baca blog aku, aku ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin, maaf lah kalua ada yang aku tulis menyinggung perasaan.

Thursday, June 23, 2016

Terkenang semasa dulu ( raya masa kecik )

Dah masuk minggu ketiga kita berpuasa, maknanya tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku memang dah tak sabar nak balik kampong. Sebab kali ini, memang aku berpuasa di rantauan sepenuh masa, takde balik ke Kuching. Rindu? Memang lah…bohong la kalua aku tak rindu kat anak bini kan. Bila dah tak pulang kampong, aku pun buat la satu habit lama, mencuba pulak berbuka kat surau di Bintulu nie, nak ambik pengalaman. Kelainan tu adalah sikit, kalua di banding kat tempat yang aku dah cuba. Seronok lagi kat sini sebab kat bumi Sarawak dan banyak kawan sekali.
Dan bila raya dah nak tiba nie, aku akan terimbas kembali zaman aku kecik kecik dulu nak raya, yang aku tengok dah semakin kurang pada masa sekarang nie, malah da yang dah tak di amalkan lagi. Kalau zaman aku kecik dulu, masih teringat akan arwah bapak aku bakar lemang, lemang yang terbaik bagi aku sebab bapak buat. Sekarang nie, jarang aku tengok orang bakar lemang lagi kat rumah rumah kampong. Ada pun sebab dia orang berniaga lemang untuk hari raya nanti.
Juga akan sibuk lah tolong bapak aku pegang kaki dan leher ayam yang nak di sembelih. Bapak aku jarang beli ayam kat pasar, dia akan sembelih sendiri ayam kampong yang dia pelihara. Pastu akan sibuk pulak tolong mak, cabut bulu ayam. Kadang bila teringat benda nie, aku rindu nak alami balik benda nie semua.
Arwah bapak tengah bersih kan ayam
Bila arwah mak dah siap nak buat kuih, akan ada la dia mintak tolong aku perahkan santan, mengayak tepung. Paling aku suka kuih siput berempah yang arwah mak buat. Dan arwah emak pasti akan buat kuih makmur, untuk di kirim kepada abang aku yang jauh.
Dan sebelum raya, pasti akan sibuk cuci pasu bunga arwah emak, pilih bunga yang cantik cantik, lepas tu bawak masuk rumah, nak buat tempat gantung kad hari raya yang aku dan abang dan kakak aku terima dari kawan kawan. Memang nostalgia...
Gambar atas kami adik beradik dan gambar bawah, tahun terakhir arwah mak ada, bapak aku memang tak suka kena ambik gambar.. Yang pasti , zaman raya aku masa kecik memang seronok. Walaupun ada kekurangannya, aku bila dah dewasa amat amat menghargai apa yang telah aku alami masa kecik dulu. Adios….( sebak pulak nie )

Monday, June 13, 2016

Salam Ramadhan

Assalamualaikum… sekejap saja dah kita semua berada di minggu kedua bulan Ramadan 1437 Hijrah. Jadi masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh Muslim di mana saja berada dan pada sesiapa saja yang membaca blog ini. Ini merupakan tahun kedua aku berpuasa di Bintulu, syukur alhamdulillah kerana masih di panjangkan usia untuk berada di bulan yang mulia ini pada tahun ini.
Walaupun berada di Ipoh, hari pertama aku sempat lagi berpuasa dan berbuka bersama keluarga, Cuma tahun ini hari pertama puasa aku berjauhan, sedih wa cakap lu. Kalau berjauhan tu, alah bisa tegal biasa jer sekarang nie. Jadi aku berkesempatan untuk pulang ke Kuching pada hujung minggu lepas, dan berkesempatan pergi ke beberapa bazar Ramadan di Kuching, agak mengejutkan harga makanan dan jumlah( portion ) makanan di Kuching agak mahal dan sikit, berbandingkan harga & portion makanan di Bintulu. Sesuatu yang agak mengejutkan memandangkan Bintulu antara bandar termahal di Malaysia. Dan memang mengecewakan , Nampak sangat peniaga peniaga terlalu mengaut keuntungan. Maaflah, mungkin ada yang akan mengatakan kenaikan harga barang, tapi apa beza nya dengan Bintulu, kenapa mereka masih mampu menjual dengan harga lebih rendah?
Dan Euro 2016 pun dah mula, tapi aku belum tengok satu game pun, tapi awal awal dah di hangatkan dengan kerenah penyokong Russia & England. Baru jer tournament tu mula, dah mula dah nak kecoh, yang pasti, memang pengaruh alcohol sedikit sebanyak memainkan peranan. Entahlah, tahun nie aku macam tak berapa minat nak tengok bola, tak tahu lah kenapa tapi may the best team win..
Semoga puasa kita semua juga akan mendapat keberkatan dan di terima di sisi Allah..

Monday, May 16, 2016

We've have spoken

Seminggu dah berlalu pilihanraya Negeri Sarawak, semua dah tahu keputusannya. Dan kerana tidak memihak kepada sesetengah pihak, maka rakyat Sarawak di caci dan di hina di laman sosial, di katakan masih tinggal di atas pokok, masih lembab otak dan bermacam lagi. Terus terang aku katakan memang menyakitkan hati. Adakah dengan mencaci dengan kata kata kesat tanda sesorang itu sudah maju, berakal dan lebih bertamadun?
Tepuk dada tanya lah selera. Ada seorang berkata, itu adalah tanda tanda awal jatuh nya sebuah negara bila sebelah pihak memandang rendah sebelah pihak. Kami rakyat Sarawak telah lama di lihat sebagai rakyat Malaysia kelas kedua, adakah kami sanggup demi di terima sebagai rakyat kelas pertama, kami gadaikan maruah kami, semata mata hendak di terima oleh mereka yang nyata akal nya lebih sempit.
Kami tidak mahu berpecah belah seperti saudara kami di Malaysia , kami mesti bersatu jika kami mahu hak kami, dan yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 terus di jaga. Kerana jika kami berpecah, kami makin lemah. Kami di Sarawak telah di abaikan di bawah pemerintahan zaman Mahathir, memang Malaysia Timur lebih maju dengan hasil dari negara kami, sekarang adalah masa kami untuk setanding dengan Malaysia Timur setelah kami mengalah selama50 tahun. It is now or never. Mahathir saya sanjung sumbangan nya ke atas Malaysia, dia perlu ingat masanya telah berlalu. Bagi aku, jasanya memang akan di kenang tapi kesanggupannya memohon pihak yang pernah di gelarnya musuh untuk kejayaan politik, seriously I lost my respect for Dr Mahathir.
Wahai Rakyat Sarawak, marilah kita bergerak maju. Lupakan lah pertikaian, jangan lah kita jadi seperti mereka yang berada di Malaysia Timur yang penuh dengan perasaan benci di dalam diri mereka, walaupun tidak semua. Aku bukanlah anti Semenanjung tapi aku anti mereka yang merasa diri mereka pandai, aku anti mereka yang menolak orang lain seandainya kata mereka tidak di ikuti.
For Greater Sarawak….

Thursday, May 5, 2016

Marilah Mari..Pergi Mengundi...

Sekarang nie demam pilihanraya di negeri aku Sarawak, pilihanraya yang ke 11 Dewan Undangan Negeri Sarawak. Semua yang di calonkan sibuk berkempen di tempat masing masing. Bagi parti memerintah sekarang, semua sibuk dengan Adnan Fever, yang melanda Sarawak. Memang banyak yang telah di buat oleh Tok Nan semenjak memegang kuasa 2 tahun yang lepas. Penambah baikan dalam pentadbiran, pengurusan hutan negeri Sarawak, pengurangan pengeluaran lesen membalak yang baru. Kalau nak tahu lebih lanjut, cari dalam internet 53 tindakan yang telah di buat oleh Tok Nan. Tok Nan bukan nya Tok Uban, gaya pentadbirannya berbezadari Tok Uban.
Pihak pembangkang pulak masih lagi dengan slogan Ubah, yang berbahaya nya bermain dengan isu agama dan kaum, satu isu yang ibarat bara api dan juka di siram minyak akan membakar lah nya orang sekeliling. Tidak menjadi satu kesalahan mempunyai pembangkang yang kuat. Pembangkang yang kuat akan membuat parti memerintah akan lebih baik menjalankan tugas nya. Isu GST, tanah adat menjadi modal utama pihak pembangkang. Bagi aku , pendapat peribadi aku yang tidak melibatkan orang lain, aku tidak akan sekali kali akan memilih pembangkang dengan adanya pemimpin pembangkang sekarang yang kebanyakan nya parti luar, yang kebanyakannya mempunyai budi bahasa yang amat kurang hingga sanggup mencerca cerca sekiranya hajat mereka tidak tercapai, aku mahu generasi aku yang akan datang berbudi bahasa walaupun tidak sependapat.
Dan dalam 2 hari lagi kita semua akan memilih, bagi calon calon yang menang, tak kira dari parti memerintah yang sedia ada atau dari pembangkang, ubah lah mentaliti anda semua setelah bergelar wakil rakyat. Janganlah amalkan sikap yang suka lambat datang ke majlis majlis rasmi, ingatlah yang anda di pilih oleh kami , rakyat biasa , dan anda berkhidmat untuk kami, ubah lah mentaliti para wakil rakyat supaya datang awal ke majlis rasmi, biarlah giliran anda yang menunggu mereka yang telah memilih anda untuk mewakili kami rakyat, ketahuilah anda selaku wakil rakyat bukanlah VVIP sebenar, sebaliknya rakyat lah VVVIP yang sebenarnya. Semoga para wakil rakyat yang terpilih pada kali ini akan mempunyai mentaliti , integriti dalam menjalankan tugas. Laksanakan semua matlamat yang anda telah sebut semasa berkempen, jangan lah menunggu masa pilihanraya seterusnya baru hendak buat tindakan . Lakukan lah manifesto anda di awal musim, biarlah kami rakyat yang membuat keputusan, melihat testimoni anda selaku wakil rakyat yang kami pilih.
Selamat mengundi, kalah menang adat pertandingan, janganlah ada permusuhan antara kita selepas pilihanraya. Kepada kawan kawan aku yang bertanding menjadi calon kali ini, tak kira anda di parti memerintah atau pembangkang, biarlah ada perbezaan politik tapi kekalkan lah persahabatan kita yang telah wujud sekian lama.. Assalamualaikum..

Sunday, April 3, 2016

Musim cencaluk ...

Sekarang nie musim bubok ( udang kecil ) di Bintulu dan Miri. Jadi ini juga bermulanya musim cencaluk dan belacan di Miri dan Bintulu. Memang dua tempat ini terkenal dengan belacan & cencaluknya . Setakat nie , aku memang dah jadi pembekal cencaluk kepada geng geng di Kuching. Memang layan makan cencaluk nie, hinggakan 2 minggu lepas aku kenak tahan di poliklinik , sebab BP aku naik dengan mendadak dek kerana penangan cencaluk Bintulu. Sodap wa cakap lu… kalau ada sapa sapa dating ke Bintulu atau Miri masa nie, yang dari semenanjung ke..silalah cuba menu nie…saya yakin anda tak akan menyesal . Boleh lah buat buah tangan untuk bawa balik.

Wednesday, March 30, 2016

Laporan semasa ... ( boleh ke tajuk macam nie ..? )

Sekarang nie yang tengah hangat dalam pasaran, yang menjadi perbualan anak anak muda, golongan semi veteran macam aku sekarang di pejabat, sudah pastinya cerita Batman vs Superman. Bagi tahun 2016 nie, setakat bulan Mac nie, inilah movie terbaek yang aku layan. Memang aku tak akan sangka yang cerita cerita komik yang aku baca dulu semua nya dah jadi movie. Seronok ? memang lah...
Satu lagi yang movie yang best, untuk wayang tempatan lah, semesti nya animasi Boboiboy - The Movie, terbaek punya kartun animasi Malaysia. Maaf lah Upin Ipin, dah ada hero baru di kalangan kanak kanak sekarang nie, jugak di kalangan dewasa macam aku hahahaha...jadi sapa yang belom tengok Boboiboy The Movie, cepat pergi panggung, jangan beli cetak rompak, sokong local movie scene kita ..
Dalam keseronokan aku juga berasa sedih. Ya la bila bukak berita CNN, Al Jazeera, tengok Turki kena bom. Bukak pulak FB, tengok pulak gambar kanak kanak yang jadi mangsa perang. Gambar orang kena bom. Nampak sangat yang si mata satu memang tengah memainkan peranannya mengkucar kacir kan dunia.
Aku pun dah jarang dapat peluang nak update blog aku, dah kurang peluang nak merapu nak layan tension aku kat blog. Aku dah lamak jugak dah jauh dari keluarga aku. Mungkin dah tiba masanya aku nak mintak balik. Ya lah, sebagai ketua keluarga memang la aku bimbangkan anak bini aku. Kena la pulak zaman, semua harga barang mahal. Kena la pulak aku kena panaskan dua dapur. Ingatkan nak kurangkan belanja, tapi nie pulak meningkat. Dengan kos aku pergi balik lagi, belanja aku di dua temoat lagi, memang lah aku dah mula rasa bebannya.
Kalau aku solo takper lagi, nie aku yang dah berkeluarga nie la pulak kenak pindah tempat kerja jauh. Aku harap orang atasan aku fikirlah orang yang jauh macam aku, yang banyak nak kena support. Sapa sapa yang baca nie lah kan, doakan lah aku pindah balik tempat kerja aku. Seronok memang ada bila merantau, banyak pengalaman, banyak kenangan, banyak cerita dari apa yang kita dapat dari laman sosial. Cerita & pengalaman lebih baik daripada gambar. Aku jumpa banyak kerenah manusia, baik, buruk, jahat, cantik, semuanya ada. Patut lah agama aku ada menyuruh kita merantau. Banyak ilmu yang kita dapat.
Cuma kali ini, aku dah ada komitmen. Kalau pergi sekejap sekejap tak per lah jugak kan. Aku adalah family man sekarang nie. Nak dudok lepak malam hari pun mata aku dah tak tahan. Kalau dah 9.30 malam macam tu, mata aku memang dah berat. Sekali tu , ada la dudok melepak dengan isteri, alih alih dua-dua tak tahan mengantok. Sememang nya semua dah berubah.
Untuk semua yang aku rasa, syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk merasa sesuatu pengalaman baru, menimba ilmu baru. Membuatkan aku semakin bermuhasabah diri, sesunggih perancang terbaik kehidupan kita adalah Allah.
Never give up...tawakallah ...

Wednesday, February 24, 2016

Banjir

Kuching di landa banjir. Hujan lebat sepanjang sambutan tahun baru cina, beberapa kawasan rendah di naiki air. Musibah yang menimpa ini, menampak kan satu lagi ketidak sama rataan layanan media. Dengan banyak mangsa pemindahan , dengan dah ada nyawa yang terkorban, media utama langsung tidak menyiarkan di kaca kaca TV, apatah lagi dalam berita semasa.
Dengan lebih sibuk dengan jerawat batu, tembelang itu dan ini di dada dada akhbar. Kami orang Sarawak sesungguh terasa amat tersinggung. Adakah mereka di seberang lautan sana buta? Dengan keadaan sekolah di lubok antu yang tenggelam hingga ke tingkat 3 bangunan sekolah , langsung tidak di endahkan berbanding keadaan bangunan sekolah yang tenggelam di Kelantan dulu, sampai lepas banjir pun masih lagi masuk berita. Kalau tidak kerana media sosial, mungkin bahagian lain di Sarawak tidak tahu yang Kuching di landa banjir.
Semalam, selepas berangnya rakyat Sarawak dengan ketidak adilan ini, RTM dan TV3 baru mula melaporkan keadaan banjir di Sarawak, sampai 15 minit sekaligus. Yang boleh saya katakan disini, semua nya terlambat. Kenapa selepas kemarahan orang Sarawak di media sosial baru ada tindakan. Tahniah kepada kerajaan Negara Sarawak, atas tindakan pantas, penyelarasan bantuan banjir dan pemindahan mangsa banjir, semua nya berlaku dengan selamat dan cepat. Saya sungguh bangga dengan kerajaan pimpinan Tok Nan.
Kalau kerajaan yang berkuasa sekarang , UMNO, mereka perlukan kami ( Sarawak ) kerana kamilah yang mampu mengekalkan kuasa mereka, kamilah yang membekalkan sumber asli yang banyak. Dan kepada pembangkang , kami jugalah yang mampu memberikan mereka Putra Jaya yang mereka amat inginkan itu. Itulah saja kepentingan Sarawak kepada kedua pihak ini.
Kalau tidak kerana musibah ini, ingatkan layanan rakyat kelas kedua terhadap Sabah & Sarawak sudah tiada, rupanya masih menebal lagi. Perkataan “ seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak “ masih lagi terngiang ngiang di ucapan iklan, di radio dan TV dari sebelah sana. Sesungguhnya Malaysia itu Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Aku pun tak pasti, adakah perkara ini akan berlanjutan untuk 50 tahun lagi, ia merupakan bom masa yang menanti untuk meletup.
Ibu Pertiwiku - Sarawak

Friday, January 29, 2016

Wembley, EPF & Bufdey

Seronok..lama dah tak tengok pasukan kesayangan aku , Liverpool beraksi dalam perlawanan akhir. Jadi tarikh dah di tetapkan, sapa nak date dengan aku pada 28 February 2016 untuk perlawanan akhir Capitol One antara Liverpool lawan Mancheste City. Pasukan negeri aku, Sarawak pun tengah buat performance yang baik dalam sesi perlawanan awal musim di Vietnam. Double joy untuk aku.
Bila aku imbas kembali pada tarikh ini pada tahun lepas, aku berada di Mekah menunaikan umrah bersama keluarga. Betapa cepatnya masa berlalu, aku sendiri tak rasa sangat yang dah setahun berlalu. Pengalaman hidup yang terbaik untuk aku.
Aku terbaca la semalam pasal pengurangan bayaran EPF sebanyak 3%. Kenapa kerajaan tak bagi pilihan bagi mereka yang nak kekalkan pemotongan EPF sebanyak 11%. Kalau pada pendapat peribadi, aku rasa masa nie aku susah sikit takpa la kan, sebab itu semua simpanan aku untuk hari tua. Sekarang nie aku tengah menunggu dividen & bonus untuk EPF & Tabung Haji. Bila la diaorang nak umumkan. Myberas pulak aku harap ia tak akan di ambil kesempatan sesetengah pihak untuk pecah amanah, selalu aku tengok , kalau ada program macam tu, pasti akan ada pegawai yang pecah amanah.
Motto aku pulak , harap la dapat post banyak cerita kat blog aku untuk tahun nie, sebab tahun lepas memang agak kurang. Dengan suasana yang makin meriah kat pasaraya sempena tahun baru Cina nie, masa nie lah paling best nak layan tengok barang murah. Sebelum aku berhenti nie, aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada isteri aku, yang akan menyambut hari jadi nya dalam beberapa hari lagi. Semoga Allah akan murah lagi rezeki awak k...

Friday, January 15, 2016

End with a bang, and start with a bang

End with a bang, and start with a bang. Itu lah pengakhiran tahun 2015 dan permulaan tahun 2016 untuk aku. Kenapa aku kata macam itu? Beberapa hari sebelum tukar tahun, motorsikal aku meragam, dan terpaksa kena servis, melibatkan jumlah pulus a.k.a duit yang lumayan jugak. Tapi takpa lah kan. Lagi pun memang nak servis pun.
Jadi aku pun balik lah , cuti seminggu untuk minggu pertama Januari 2016. Seronoklah kan dapat luang kan masa dengan famili. Orang banyak cakap, itulah masa emas yang nak di luang bersama keluarga. Beberapa hari nak habis cuti, pintu belakang kereta aku kena langgar masa parking kat Saberkas. Punyalah aku bengang sebab pintu memang kemek habis. Yang sakit hatinya tak tau sapa yang langgar, itulah yang aku bengang sangat. Jadi, pergi bengkel, tanyak ketuk balik pintu tu serta spray , ongkos nya betul betul buat aku senyum dalam duka, tapi takpa lah , aku redha janji aku dan keluarga selamat. Jadi , hari sabtu 9 Januari tu pegilah hantar bengkel baiki. Itupun baru ketuk jer, belum lagi spray. Hari Ahad, masa balik dari beli barang di kawasan lampu trafik Satok, masa hujan renyai. Kereta aku kena la langgar lagi sekali, kali ini kena langgar dari belakang. Memang aku terkedu, jatuh aku punya bumper belakang. Orang yang langgar aku tu pun, tahu dia salah , langsung tak banyak cerita, terus bawa pergi mekanik dia.
Sedih wooo tengok kereta dalam selang masa 3 hari kena langgar. Tapi pokok pangkal aku redha sebab aku n anak bini selamat. Aku nak marah, malas la pulak sebab kemalangan kan. Nak marah pun bukan nya boleh putarkan balik masa supaya tak kena langgar. Aku tau semua benda yang jadi tu ada hikmahnya, kalau tak pada masa kini mungkin pada masa depan. Kalau sebelum nie , aku tak pernah di uji kereta kena langgar, sekali Allah bagi dugaan kena 2 kali sekaligus. Aku redha dan cuba bersabar sebaik mungkin.
Yang aku seronok, bila anak aku cuba nak hiburkan aku masa kereta kena langgar kali kedua tu. Memang buat aku tersenyum. Hikmahnya, mungkin aku kurang bersedekah kot, kena lebihkan lagi, mungkin juga Allah ambik sikit selepas tu Dia bagi banyak banyak kat aku.
Dan kepada semua kat luar sana, mungkin belum terlambat aku ucapkan selamat tahun baru 2016. Pada firasat aku, tahun 2016 akan jadi tahun yang terbaik, dengan semua kejadian yang menimpa, dengan jatuhnya hari pertama tahun 2016 pada hari Jumaat. Aku kena langgar pada pertama kalinya pun pada hari Jumaat, jadi bagi aku, apa apa yang berlaku pada hari Jumaat akan membawa kebaikan. Aku sendiri pun kalau nak buat sesuatu, aku akan mulakan pada hari Jumaat. Semoga 2016 adalah tahun terbaik untuk kita, dan negara akan terus aman dan dilindungi dari kejadian yang tidak dii ingini seperti di Istanbul dan Jakarta.

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...