Thursday, June 23, 2016

Terkenang semasa dulu ( raya masa kecik )

Dah masuk minggu ketiga kita berpuasa, maknanya tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku memang dah tak sabar nak balik kampong. Sebab kali ini, memang aku berpuasa di rantauan sepenuh masa, takde balik ke Kuching. Rindu? Memang lah…bohong la kalua aku tak rindu kat anak bini kan. Bila dah tak pulang kampong, aku pun buat la satu habit lama, mencuba pulak berbuka kat surau di Bintulu nie, nak ambik pengalaman. Kelainan tu adalah sikit, kalua di banding kat tempat yang aku dah cuba. Seronok lagi kat sini sebab kat bumi Sarawak dan banyak kawan sekali.
Dan bila raya dah nak tiba nie, aku akan terimbas kembali zaman aku kecik kecik dulu nak raya, yang aku tengok dah semakin kurang pada masa sekarang nie, malah da yang dah tak di amalkan lagi. Kalau zaman aku kecik dulu, masih teringat akan arwah bapak aku bakar lemang, lemang yang terbaik bagi aku sebab bapak buat. Sekarang nie, jarang aku tengok orang bakar lemang lagi kat rumah rumah kampong. Ada pun sebab dia orang berniaga lemang untuk hari raya nanti.
Juga akan sibuk lah tolong bapak aku pegang kaki dan leher ayam yang nak di sembelih. Bapak aku jarang beli ayam kat pasar, dia akan sembelih sendiri ayam kampong yang dia pelihara. Pastu akan sibuk pulak tolong mak, cabut bulu ayam. Kadang bila teringat benda nie, aku rindu nak alami balik benda nie semua.
Arwah bapak tengah bersih kan ayam
Bila arwah mak dah siap nak buat kuih, akan ada la dia mintak tolong aku perahkan santan, mengayak tepung. Paling aku suka kuih siput berempah yang arwah mak buat. Dan arwah emak pasti akan buat kuih makmur, untuk di kirim kepada abang aku yang jauh.
Dan sebelum raya, pasti akan sibuk cuci pasu bunga arwah emak, pilih bunga yang cantik cantik, lepas tu bawak masuk rumah, nak buat tempat gantung kad hari raya yang aku dan abang dan kakak aku terima dari kawan kawan. Memang nostalgia...
Gambar atas kami adik beradik dan gambar bawah, tahun terakhir arwah mak ada, bapak aku memang tak suka kena ambik gambar.. Yang pasti , zaman raya aku masa kecik memang seronok. Walaupun ada kekurangannya, aku bila dah dewasa amat amat menghargai apa yang telah aku alami masa kecik dulu. Adios….( sebak pulak nie )

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...