Thursday, December 26, 2013

In Utero..20th Anniversary...In Loving memory Of Kurt

20th Anniversary In Utero of Nirvana…bagi aku secara individu, In Utero by Nirvana adalah album terbaik bagi aku, the best ever alternative album. Merupakan album ketiga dan terakhir kumpulan Nirvana pada September 1993. Rape me, Scentless Apprentice, Tourette merupakan lagu kegemaran, Pennyroyal Tea lagu yang aku ibaratkan menggambarkan diri aku sendiri. Merupakan pelopor muzik underground alternative, Nirvana lebih merupakan bapa kepada muzik alternative. Baru saja di masukkan ke dalam Rock Hall of Fame. Kematian Kurt Kobain akibat membunuh diri member kejutan kepada aku, kematian yang penuh dengan spekulasi tapi lebih merupakan kematian muzik laternative bagi aku. Tidak aka nada the next Kurt Kobain. Seorang legenda tidak akan wujud kali kedua. For the love of alternative and Nirvana…

Tuesday, December 24, 2013

Catatan hari ini...

What a way to start a day…one nice smelly coffee, accompanied by my GUNDAMS with Delio biscuits. Sekarang nie musim hujan, turun pagi gerenti jalan sesak. Sampai je ke pintu masuk Wisma Bapa Malaysia, jumpa signboard cakap it already 8 am. Kalau aku terlupa jam tangan or takder handphone nak tengok waktu, signboard itu memang aku alu alukan hahahahaha….Tapi itu adalah kempen yang berlaku di Wisma Bapa sekarang, supaya orang masuk kerja awal. Kalau sampai jam 8.30 pagi, signboard tu pun akan tukar jugak, magik sungguh. Mungkin salah satu langkah untuk mencapai status a world class civil servant, punctual and reliable.
So malam semalam aku ada jamuan keluarga kat Coca restaurant di Riverside Majestic Hotel. Meriah la jugak but perut aku pulak in no mood untuk makan. Maybe aku stress, kepala pun kosong semacam jer rasa nya. But all of us enjoying ourselves. Tapi best jugak kalau ada outing makan makan macam tu. Melapangkan minda. Besok cuti umum, perancangan apa nak buat belum pasti. Setakat nie banyak kawan kawan aku kat opis ambik cuti 2 tahun, cuti tahun nie, awal tahun depan baru turun kerja, kan macam cuti 2 tahun kan. Jadi aku ambik kesempatan kepada yang merayakan Hari Natal, semoga seronok dalam menghabiskan cuti. Adios…

Wednesday, December 18, 2013

Minum pagi ...?

Minum pagi…apa yang kita hendak dari minum pagi…kopi? Milo? Ice Lemon Tea? Kita selalu ke kedai minum untuk minum . betol tak. Apa yang kita order? Kopi? Teh Tarik? Milo peng? Disinilah kita melihat betapa kita melakukan pembaziran dari segi kewangan dan juga masa. Kalau dah duduk di kedai, sepatutnya kita order air yang tidak ada di rumah. Barulah berbaloi kan. Kalau korang order air sama yang boleh di dapati di opis atau di rumah, memang anda termasuk dalam golongan yang suka membuang masa.Salah? tidak salah asalkan berpada pada. Yalah memang aku hairan, pembaziran yang nyata. Kalau aku dudok di kedai minum aku akan order air cola, pepsi or minuman yang sememang tidak ada di rumah. Rakyat Malaysia memang terlalu berlagak( ini adalah pandangan peribadi ). Yelah kerajaan buat the best ever Kedai Rakyat 1 Malaysia, yang kerajaan negara Negara lain tak pernah buat untuk rakyat. Aku bukan nak bodek lah but it make sense …u want a cheaper price…go for Kedai Rakyat 1 Malaysia. Korang cakap menguntungkan kroninya..aku tak kisah janji aku dapat barang dengan harga murah. Lain lain hal kena jawab dengan Tuhan je lah.. Tapi banyak orang nak jaga standard, jatuh lah kalau beli barangan di Kedai 1 Malaysia. Aku berbelanja mengikut kemampuan. Kalau nak sangat jaga standard suruh je orang gaji ke..budak budak ke…beli kat kedai tu… Aku masih tak paham dengan mentality orang kita nie, semuanya orang luar buat baik. Kita buat sendiri tak baik. Proton Perdana yang baru aku cukup bangga. Cakap lah nak tiru apa2 pun, janji buatan Malaysia. I’m proud to be Malaysian..korang tengok amerika bangga dengan buatan tangan mereka sendiri, kenapa kita tidak? Cakap nak tiru semua yang baik dari Barat. Itu pun contoh yang baik..bangga dengan buatan mereka sendiri. Kalau kamu tidak bangga dengan Malaysia siapa lagi? Itulah soalan kepada semua..orang luar pandang tinggi kepada kita dan kita nak memandang rendah diri sendiri…come on …I’m Sarawakian…proud to be Sarawakian… Mereka di luar sana tidak merasa apa yang sepatutnya di rasa…komplen jer lebih…harga barang naik..kerajaan salah? Bukan kerajaan peniaga..jadi korang boikotlah…pegi ke kedai yang lebih murah..tidak pun jadi lah resourceful punya citizen ….buat apa2 jer boleh jadi duit…kita menuju ke era maju…come on…adios..

Tuesday, December 10, 2013

apa ada pada angka...

2014…tahun depan, kalau cina tak suka sebab ada angka 4, mungkin mereka akan menganggap tahun itu tak bagus. Sokay..itu kepercayaan diaorang. Maka berlakulah perkara-perkara yang akan mendatangkan kesukaran atau kesusahan atau bala bencana. Maka dengan okay mereka akan berkata yang angka 4 memang bawak “soi” atau sial. Tapi bagi aku, itu cuma nombor, apa yang nombor boleh buat kepada kita. Sebenarnya , bila kita dah set dalam pemikiran kita yang angka itu adalah unlucky number, maka jadilah. Semuanya ada lah mind over body. Syaitan pun seronok lah sebab berjaya memesongkan akidah manusia. Itu salah satu angka yang mistik. Angka kedua pulak adalah 13, aku tak tau apa kena dengan nombor tu tapi yang pasti nombor 13 membawa bencana atau bad luck. Contoh nyata, di bangunan tempat aku bekerja ini, Wisma Bapa Malaysia, takder no 13. Aku tak pastilah samada jurutera yang buat bangunan ini dulu gagal ujian matematik…tak pandai nak mengira. Apa ada pada angka? It just a number. Numero uno..des grandey..just a number. If a number can bring you bad luck, aku kesianlah dengan orang yang menjumpai angka itu…hehehe…adios

Monday, December 9, 2013

Kita mudah lupa....

Aku terkedu…susah sangat ke nak sms or just one short phone conversation telling your in the neighbourhood. Susah sangat ke..walaupun satu perbuatan itu di anggap mudah , kadangkala itulah yang mengeratkan silatulrahim. Bini aku selalu cakap, diaorang ingat ke kat aku, aku selalu jawab balik mestilah…last2 aku jugak yang terkena. Betul kata bini aku…bak kata orang Sarawak muang pelambey pun sik ada… Bukan nya aku nak jadi sensitive sangat tapi kawan kawan sekolah yang jarang kita jumpa , aku buat lagi group whatsap supaya senang nak berhubung, pun tak di gunakan. Sungguh sungguh aku terkasima. Aku sangat suka jumpa dengan kengkawan lama tapi aku dok perati kawan kawan aku tidak ada itu sense of brotherhood..kebanyakkannya. Aku tahu tak semua orang berfikiran macam aku, tapi sayangkan. Bila di anugerah kan otak orang langsung tak guna untuk mengingati. Aku perasan yang manusia sekarang nie semakin kurang menggunakan otak. Bukannya aku nak cakap mereka bodoh, tapi mereka semakin kurang berfikir. Sayangnya anugerah yang ada tak di gunapakai. Manusia sekarang lebih bertindak ikut perasaan , contoh nyata kes kecurian tabung surau di semenanjung nun, kesian budak tu kena belasah sampai mati sebab semua orang di sekelilingnya mengikut perasaan bukannya akal. Alangkah baiknya kalau tangkap saja dah serahkan kepada pihak polis. Bukan bermaksud aku nie bagus sangat, sesungguhnya banyak lagi manusia lain yang lebih baik dari aku tapi aku tetap mencuba menjadi terbaik. Aku ingin untuk eratkan silatulrahim, mendekatkan yang jauh. Tapi apa boleh buat, aku seorang tak akan mengubah dunia hehehehe…aku sendiri terfikir, kenapa kebelakangan ini aku sering memnbebel…mungkin inilah sindrom orang nak masuk umur 40 tahun, krisis pertengahan umur hahahahaha… Sesungguhnya mencapai umur 40 tahun adalah sesuatu yang istimewa dalam Islam. Di situlah terletaknya kematangan dan kewarasan. Aku ucapkan syukur kepada Tuhanku yang memberi peluang kepada aku untuk mencecah angka 40. Adios……

Monday, December 2, 2013

setia...

Kahwin lain…topik yang hangat. Berbini sampai 2-3 orang kalau mampu tak per..mampu dari segi kewangan, nafkah batin..kalau semua ok..why not? Tapi kebanyakan kaum wanita tak perasan masih lagi wujud segolongan lelaki yang memang setia pada sang isteri. Kenapa? Tak percaya? Trust me..memang wujud. Nak bagi contoh sapa baik aku tak payah cakap. Bila perempuan berjumpa dengan lelaki sebegini, dia orang tak percaya. Sang isteri masih lagi cakap si suami itu ini, begitu begini tetapi pada hakikatnya memang sang suami tak buat. Kenapa wujud macam tu..nak tau sebab nya..kerana dia seorang lelaki yang beriman. Dia percaya pada jodoh adalah pemberian Allah. Yakin dengan pilihan Allah kepada nya. Walaupun ada kekurangan pada sang isteri, lelaki sebegini menerima dengan seadanya. Si isteri kadangkala tak percaya bahawa dengan kenyataan dan perkataan yang keluar dari lelaki sebegini yang dia tak buat perkara2 tak senonoh, sang isteri tetap tak percaya. Itulah kehidupan , manusia akan lebih percaya kepada pembohongan dari kebenaran, ada setengah lelaki yang baik seperti ini akan tewas, alang2 cakap buat perkara yang tak ada baik buat terus. Aku pun dah terjumpa dengan sang suami yang tewas, kecewa dengan kerenah isteri yang asyik menuduh sebarangan. Sesungguhnya ingat lah ini wahai kaum perempuan, walaupun seorang lelaki itu mudah di dekati tak semestinya hatinya senang di miliki. Memang banyak lelaki hidung belang sekarang nie, menjadikan lelaki sebaik ini seolah barangan yang eksklusif. Very rare. Sebab itulah orang cakap, cari suami yang beriman, memang banyak yang dah carik, tapi tidak banyak yang mengenal lelaki yang beriman setulusnya..yang percaya kehidupannya telah di rancang oleh the greatest planner of all time , Allah…mereka menerima seadanya, baik buruk, atau cantik, baik urang atau lebih, mereka sentiasa redha.. Jadi persoalannya…adakah aku juga termasuk dalam golongan lelaki begini, hanya jauhari yang mengenal manikam….tepuk dada tanya selera..so perempuan kalau nak dapat suami yang baik, Allah telah buat satu channel untuk mintak dengan Nya…solat istikarah…use it and you will be happy the result..insha Allah…bukan janji aku…tapi janji Allah…

Wednesday, November 27, 2013

mana rasa tanggungjawab..

Kurangnya rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat masa kini..dek kerana kemodenan, kecanggihan..keuntungan..memang menyakitkan. Kenapa aku berkata begitu? Sebab ia terjadi kepada diriku sendiri…witnessed it with my own eyes..kurangnya rasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah orang dalam masyarakat amat mengecewakan. Kes aku, caterer dah berkali kali di maklumkan supaya mencuci kelengkapan hidangan sehari sebelum upacara sebenar berlangsung, langsung tidak di endahkan. Bila di maklum dengan cara yang kurang ajar sikit baru lah bergerak. Itupun , dengan lagak pulak menjawab. Tidak kah pernah terlintas di fikiran mereka , nyawa manusia di kotak katik kan oleh mereka. Bila mencuci kelengkapan, mana sabun nya, mana air nya…Cuma gunakan kain kering…sungguh tak menjaga kebersihan terus…otak di kurniakan Allah langsung tidak di gunakan. Langsung tidak digunakan untuk berfikir…aku dok perhatikan, semakin manusia menghampiri akhir zaman, semakin kurangnya otak di gunakan. Manusia semakin malas untuk berfikir..semua tindakan berdasarkan nafsu, nak untung sangat kelengkapan langsung tidak bercuci..pengotor. Sedangkan Islam menganjurkan yang kebersihan itu adalah separuh daripada iman. Kira kata orang yang kotor nie langsung tak beriman tak boleh…sebab sapalah aku untuk menghakimi tahap iman manusia. Tapi yang pastinya aku memang geram… Mereka tidak baca surat khabar ke yang kencing tikus boleh bawak maut? Tak pernah baca surat khabar ke kisah kenduri orang makan ayam yang tak bersih mati? Tak kan asyik nak mengadap facebook, wechat,wasap….come on people..be responsible. Tidak rugi sekiranya barang kita bersih.. Kenapa aku membebel kat blog aku? Supaya aku tak menyimpan nya dalam hati…buat sakit kan jiwa jer..baik aku luahkan dengan tulis kat blog aku nie. Aku tidak lah sebaik manusia kerana ada yang lebih baik daripada aku di luar sana, Cuma aku ingin nak ingatkan diri aku dan juga orang yang baca nie, bila kita dah ambik amanah orang, tunaikanlah dengan penuh dedikasi. Bila kita dah buat kerja tu dengan ikhlas, kita akan lihat sendiri hasilnya…Salam

Wednesday, November 20, 2013

gembira dan sedih...permainan hidup...

Aku sekarang nie boleh dikatakan dalam tempoh bertenang. Minggu lepas agak mencabar bagi aku. Gembira dan sedih memang mengganggu emosi aku pada minggu lepas. Kejadian demi kejadian yang berlaku menunjukkan berapa kita nie memang tak jauh dari dugaan hidup, cubaan dan cabaran dan juga kehilangan yang amat terasa di hati.
Bermula dengan kecederaan lutut aku selepas bermain bola tampar untuk liga sukan 1JKM, ingat kan cedera biasa, rupanya terkena small tear kat knee muscle. Patut la sakitnya semacam jer, satu minggu aku tak dapat bengkok kan lutut, cuti sakit seminggu berturut-turut dalam minggu lepas. Seronok jugak tak payah pergi kerja. Selepas rawatan di klinik biasa tidak mendatangkan hasil, akhirnya ku jumpa specialist. Lepas buat x-ray & MRI, rupanya lutut aku lebih dari kecederaan biasa, sekitar lutut aku yang bengkak penuh dengan bendalir. Bila disedut keluar baru lah tau apa benda, rupanya darah memenuhi sekitar lutut, pasal tu lah tak boleh bengkok. Memang happy la bila tengok lutut dah nak pulih, walaupun nak pulih sepenuhnya ambik masa 6 bulan. Baru jer nak happy, aku dah bercadang dapat la aku ikut hari keluarga jabatan kat Damai Beach Resort Jumaat lepas, terima la pulak berita sedih.
Aku kehilangan seorang kawan baik, kawan seperjuangan dalam bola keranjang, Kopral Ahmad Zaidi Abdul Manan, yang hilang di laut semasa latihan. Latihan yang di buat di Kampung Stoh , Lundu dan jenazah hanya di temui pada keesokan harinya. Kira kira 1 batu dari kawasan kejadian. Jenazah di kebumikan pada pukul 3 pagi, aku memang terasa sangat kehilangan kawan aku nie. Banyak kenangan manis bersama dengan dia. Buatkan aku terfikir, aku dah mula kehilangan kawan kawan, menunjukkan yang betapa ajal dan maut semakin dekat dengan kita. Aku berdoa semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang beriman. Tahun depan , bertukarlah angka di hadapan umur aku, banyak orang cakap life begin at 40. Tapi, bagi aku itulah tempoh matang, hidup dah lama bermula. Semoga akan lebih di berkati dan lebih murah rezeki. In sya Allah…amin….and adios

Tuesday, October 29, 2013

Kempunan...la pulak

Arghhh…kecewa gak bila Sarawak gagal ke final Piala Malaysia. Kalau berjaya lagi syok kan…tapi itulah adat pertandingan , ada kalah dan ada yang menang. Sebagai penyokong kipas susah mati Sarawak, aku berbangga dengan pencapaian Sarawak dalam Piala Malaysia kali tok…walaupun sangkut di separuh akhir…look at the bright sight …Mun Kelantan & Sarawak bertemu final….abis cerita….mungkin berlakunya kes gaduh dan kemungkinan yang hilang nyawa…Perancangan Allah lebih baik dari kita…. Selagi wujud mentality penyokong yang mauk carik gaduh selagik ya lah Sarawak tidak akan sampai ke final…coba embak ilek ilek ajak….In Sha Allah…Piala Malaysia pulang ke Sarawak buat julung kali nya… Ubah sikap kita dolok baruk dapat ubah jalan cerita Piala Malaysia…mun kitak orang sik percayak…sila cuba…

Wednesday, October 23, 2013

Tok Bok nyaaa.....

Sarawak kalah pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia kepada Pahang 3-1. Sedikit kecewa tapi itulah bolasepak. Pusingan kedua pada 26.10 ini, iaitu Sabtu masih ada peluang untuk Sarawak. Kemenangan 2-0 sudah cukup untuk memastikan Sarawak melangkah ke final. Tapi untuk aku 25 Oktober nie pulak penentu kepada kenaikan gaji & bonus untuk tahun hadapan. Performance appraisal interview bermula pada Jumaat ini, semoga akan member keberkatan sebagaimana hari Jumaat yang sungguh berkat. Jadi dua hari itu menjadi detik penting untuk aku dan juga Sarawak. Semoga sukses hendaknya. Isu tiket bola sekarang memang panas di kedai kopi. Aku sokong tindakan FAS menjual tiket hanya di stadium negeri pada 24 & 25 ini. Setiap seorang hanya boleh membeli 5 tiket saja. Bukan apa, macam last game lawan KL Sime Darby, banyak ulat2 tiket ambik kesempatan mengaut keuntungan, tiket RM10 di jual RM20, untung 100%. Aku rasa pihak FAS kena ambik tindakan untuk mengelak benda macam ini terjadi. Kesian jugak tengok penyokong yang datang dari luar Kuching terpaksa bayar harga tiket yang mahal. Penyokong penyokong di laman social tidak lah kurang hebatnya sokongan nya. Tapi ada yang berhati buta, menghina orang Sarawak dengan gelaran yang amat menyakitkan hati. Kalau ikut rasa hati memang binasa, tapi aku yakin rakyat Sarawak semakin matang, tidak mudah melenting dengan cercaan dan hinaan yang melampau. Seronok pulak aku tengok, tanpa mengira bangsa dan agama bersatu teguh di belakang pasukan Sarawak. Pasukan Sarawak pun terdiri dari pemain-pemain dari semenanjung dan Sabah, dan Sarawak sendiri a true Malaysian Team bukan nya macam Harimau Malaya tu… Aku doakan kejayaan buat Sarawak…adios

Thursday, October 10, 2013

Negaraku Malaysia

Padat…itulah yang aku boleh katakana untuk aktiviti kerja aku sepanjang bulan Oktober nie sampai lah ke bulan November nanti. Baru je lepas kursus pasal IPv6 kat Pullman hotel 2 hari, petang sibuk la pulak untuk untuk kan latihan badminton unit ICT untuk pertandingan sukan 1JKM. Nasib baik aku dah pulih dari kepenatan melampau mentally & physically. Badan dah pulih luar dan dalam. Semasa kursus kat Pullman pasal IPv6 nie yang di anjurkan oleh satu kompeni dari Semenanjung Malaysia di bawah seliaan MCMC, aku rasa tersinggung dengan ayat yang di gunakan oleh pengacara majlis yang menyebabkan aku menegur mereka ini. Relevan kah ayat ini “ seluruh Negara termasuk Sabah & Sarawak…” mungkin bagi setengah pihak biasa jer kan tapi bagi aku, kami yang rakyat Sabah & Sarawak ia merupakan satu penghinaan kepada kami. Adakah Sabah & Sarawak bukan Negara Malaysia yang dimaksudkan? Adakah kami second class citizen kepada penduduk semenanjung? Aku bukan anti semenanjung..tapi sudah tiba masa nya ini diperbetulkan. Kata kata yang keluar dari generasi baru dari semenanjung ini menampakkan mereka tidak sedar sejarah. Lagi sekali aku nyatakan Malaysia terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak. Kami bukan nya negeri di dalam Malaysia, kami ada lah antara Negara-negara di kepulauan Borneo yang bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia, please take note of this. Tanamkan kepada generasi baru penduduk Malaysia. Sarawak dan Sabah tidak sama dengan Selangor, Pahang or Perak atau negeri negeri lain di Semanjung, tapi negeri negeri lain di Semanjung boleh disamakan dengan bahagian bahagian yang wujud di Sarawak & Sabah, itulah yang sebetulnya. 50 tahun Sarawak merdeka melalui Malaysia. Hari kemerdekaan Sarawak adalah 22 Julai 1963 dan bergabung membentuk Malaysia bersama Sabah pada 16 Julai 1963. Ingat lah tarikh penting ini wahai anak anak Sarawak. Stand proud as a Sarawakian & be proud as a Malaysian….adios

Monday, October 7, 2013

Sarawak...Liverpool....Forever

So... Sarawak melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas 15 tahun. Semangat Ngap Sayot kembali membara. Kemenangan 3-1 ke atas KL Sime Darby pada malam Sabtu yang lepas dirayakan dengan penuh gembira oleh penyokong penyokong Sarawak di Stadium Negeri. Walaupun Sarawak di kejutkan dengan gol awal Sime darby tapi nyata tidak mematahkan semangat juang pemain Sarawak. And our hero for the night , Muamer Salibasic score a hatrick. Gol ketiga Salibasic sungguh cantik dan bertaraf dunia, sebijik macam gol Marco Van Basten. Tapi yang lepas tu biarlah , tumpuan sekarang adalah perlawanan separuh akhir pertama menentang Pahang di Stadium Darulmakmur. Pada malam yang sama jugak , pasukan kedua kesayangan aku,
Liverpool pun menang 3-1 ke atas Crystal Palace. Double joy for me. Suarez, Struridge & Gerrard semua nya menjaringkan gol.
Misi seterusnya selepas ini adalah, mencari tiket separuh akhir untuk separuh akhir kedua di Stadium Kuching. Memang pasti akan menjadi kesukaran nak cari tiket nanti. Harap kejadian pada penjualan tiket pada suku akhir yang lepas akan menjadi pengajaran kepada FAS. Biarlah semua tiket tu di jual pada satu tempat saja. Apa apa pun kue doakan kemenangan untuk Sarawak.

Thursday, October 3, 2013

Sarawak ....ibu pertiwiku....

Wahhhh…….macam apa jak laporan di dada akhbar especially tabloid macam Harian Metro & Kosmo. Ilek2 jak membuat kesimpulan sendiri. Provokasi kepada Sarawak dalam bolasepak amat memalukan. Laporan Harian Metro sudah menganggap Sarawak bersalah terbabit rasuah. Ini memang tak betul. Kepimpinan FAS yang di pegang Datuk Sudarsono, bagi orang orang Sarawak yang terkenal dengan integritinya. Cakap cakap sebarang cakap, tulis jangan sebarang tulis, silap boleh kena saman dan pasukan Sarawak boleh menang. Sedangkan FAM sendiri telah mengeluarkan surat yang menafikan Sarawak di siasat. Memang kurang ajar tabloid nie…nak tingkatkan jualan pun jangan lah menghina dan merendahkan martabat sebuah Negara. Sarawak ibu pertiwiku kesayangan ku.
Jangan lah mengikut rentak orang orang yang rendah tahap pemikiran nya. Yang hanya tahu mengapi apikan sentimen sentimen yang tidak patut di permain kan. Bagi aku wartawan yang buat laporan macam tu dah hilang etika kewartawanan nya. Memalukan. Apa apa pun tiket menjelang perlawanan Sarawak melawan KL Sime Darby memang macam cucur panas. Bagi yang tidak ada tiket , jangan bimbang boleh tengok TV, boleh tengok kat luar Stadium. Ada skrin besar akan di pasang , so ayuh Sarawakian be cool. Biar KL Sime Darby rasa aura orang orang Sarawak….adios…encang Sarawak encang….

Wednesday, September 25, 2013

Encang Sarawak Encang

Heboh giler pasal kekalahan besar Perak kepada Sarawak tempoh hari. Siap pulak dia orang cakap ada unsur rasuah. Memang amat mengecewakan kerana ia seolah olah menidakkan kemenangan besar hasil kerja keras pemain Sarawak. Nak cakap player Perak ambik rasuah, amatlah tidak adil kerana mereka terus berusaha bermain mati matian pada malam tersebut. Dulu masa Sarawak kalah, siap kutuk pulak team cap ayam, habis tu yang Sime Darby tu pun team cap ayam lah..Nak cakap tu pun toleh la dulu kiri kanan, ambik sedap mulut jer cakap. Sekarang tengok , 2 team dari Liga cap ayam dah masuk suku akhir Piala Malaysia. Perak seolah olah tidak dapat menerima kenyataan atas kekalahan yang besar itu. Memang aku dapat perhatikan, seolah olah wujud satu sentiment yang tidak pro Sarawak. Nasib baik orang orang Sarawak semua nya professional. Satu sebab penduduk Sarawak berpesta pada tahun ini adalah kerana ia merupakan sambutan kemerdekaan yang ke 50 dalam Malaysia. Jubli emas 50 tahun. Jadi, tiada sebab untuk kami untuk tidak berpesta. Prestasi baik pasukan bolasepak pun kena pada masa nya. Mudah mudahan tahun ini, piala Malaysia pun menyeberang laut China Selatan, pergi ke Sarawak. Makin la best sambutan kemerdekaan yang ke 50 ini, ibarat an icing on a cake kata omputih. Encang Sarawak Encang…. Adios

Monday, August 26, 2013

Bolasepak..Sarawak vs Singapura vs lawak level kampung

Lama betul aku tak update blog aku. Banyak cerita panas sekarang nie, terutamanya untuk Sarawak. And the most wonderful thing about it, we Sarawakian stand together for the love of the state. Dan kami juga menafikan yang kami ini orang yang tidak bertamadun. Semua nya kerana bolasepak. One wonderful sport that has tied up Sarawakian together . Banyak lagi cerita2 lain, tapi yang paling menariknya adalah pasal bolasepak nie. Bermula dengan lawak level kampung Johan, biasa la kan..orang kampung,lawak pun mesti la level kampung, ikut sedap mulut cakap. Mungkin dia ingat kelakar la sangat. Samakan pasukan bolasepak Sarawak pasukan cap ayam, menang Liga Perdana dan tak terkalah sebab lawan semua pasukan cap ayam. Dan dikalahkan oleh Perak dengan taktik kotor penyokongnya dok main mercun, well we Sarawakian okay about it walaupun bengang. Nie kalau FAM tak denda juga memang la jagoan kampung FAM nie. Then datanglah game yang paling best, Juara Liga Super Singapura melawan Juara Liga Perdana Sarawak. Kalau level EPL nie, inilah dia perlawanan tumpuan. Sang Juara bertemu Juara. Tapi tidak bagi Astro Arena yang bodoh tu, tapi tak per No Live No Problem. Coach Singapura V Sundaram Moorthy awal2 dah cakap yang main kat Stadium Negeri akan teruk. Jadi we Sarawakian dah buktikan, action speak louder . We all behave. Tak payah nak tikam2 mercun. Memang adalah yang terlepas satu dua tapi yang selebihnya semua luar stadium. Sarawak football team gave their best. At the end, we beat Singapore fair and square, adil dan saksama. Kami selaku penyokong enjoy sangat2 game tu. We behave sebab we Sarawakian are professional. No worry punya. Aku ingin sentuh la, itulah sebab dan akibatnya bila kita ambik orang yang tak professional and orang kampung punya level, itu lah yang jadi kat Astro Arena dan sekarang dah merebak kat Radio ERA. Maaf lah kalau sapa2 yang terasa tapi itulah kenyataan nya. Dalam zaman sekarang nie orang tak suka perkara perkara yang benar, kalau cakap bohong semua orang percaya, kalau kita cakap yang betul semua orang akan tak suka kita. Lastly, aku nak cakap to Johan & Hanif, telan balik la lawak level kampung korang tu. Macam la kau tu kelakar sanngat, lawak yang merendah rendah kan martabat orang lain itu bukan nya lawak, itu adalah menghina. Tanam kan dalam kepala korang tu or masuk balik sekolah lawak untuk dalam kan ilmu…itu lah banyak sangat ketawa kan dah hitam hati tu…haaa…kan …kan… Maaf lah kalau sapa2 terasa, aku cakap jer kan, lepas tu aku ikut la trend terkini, lepas kutuk mintak maaf, memang orang akan maafkan tapi kita dah tinggal kan sesuatu untuk kita kenang. Macam kau letak paku kat dinding, salah pukul boleh cabut lekatkan kan lain tapi lubang nya masih di situ walaupun kita dah alihkan…Sama sama kita fikirkan…adios

Tuesday, July 16, 2013

Demam la pulak...

Hari ke 7 berpuasa dan aku kena demam panas. Sekarang nie setakat jam 10.05 pagi, aku cuba untuk bertahan. Bahagian ni lah yang aku tak paham, kalau bukan bulan Ramadan, aku memang tak kena demam punya, besar nya dugaan aku. Kepala aku memang pusing tahap gaban peringkat 17 dah sekarang nie. Kena la pulak melayan seorang pegawai ni yang amat2 menguji perut aku yang kosong. Banyak la songeh nak mintak tolong itu ini, aku jenis tak kisah tolong tapi kalau dah selalu sangat bosan jugak kan. Tambahan lagi sekarang nie prosedur ketat giler..ISMS la…ISO la..semua benda kena rekod.
Dalam aku layan demam aku, terjumpa aku satu gambar lama, masa aku kat UITM Perlis..gambar aku dengan pakaian seragam Kesatria. Tengok jer gambar nie wlauweh…slim giler aku. Aku rasa saiz spender aku pun masih pakai saiz S lagi hahahahaha…di sebelah aku adalah roommate aku merangkap sama ahli kesatria. Pengalaman yang aku tak dapat lupa , ialah mengilat kasut. Kasut but mesti kilat abis, sampai boleh buat cermin muka.
Then ada satu gambar kat seksyen 2, Shah Alam, gambar ramai2 selepas berpeleseran di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan antara kenangan terbaik hidup aku , penuh pengalaman yang best2. Pengalaman yang membantu aku menjadi apa yang aku dah jadi kini… Dan dengan member2 ini semualah tertubuh nya satu secret society , SWOX brotherhood. And yes, it still exist at this moment…SWOX forever…

Wednesday, July 10, 2013

Hari pertama puasa

First day puasa, jam 10 pagi, mata aku dah mula ngantok. Pehh cabaran betul bila ngantok nie part perut kosong. But that is the beauty of it… malam semalam dah mula sembahyang terawih, malam yang pertama. Yang pasti surau tempat aku memang penuh. Ada peningkatan dari saf jemaah, selepas 8 rakaat masih ada 3 lagi saf belakang aku. Kalau last year, memang tinggal 2 saf je lepas 8 rakaat. Malam tadi sahur, makan nasik goring cornbeef, home made. Takder lah masalah sangat bangun sahur pagi tadi, Cuma anak aku agak melayan ngantuk, siap nego dengan aku makan 3 suap je sebab ngantok. Tapi takper, janji dia nak cuba puasa. Tugas pertama bila dah petang nanti, mesti dok pikir apa nak buat atau beli untuk berbuka. Aku dah terpikir nak carik bubur kacang hijau, bubur pedas memang dalam senarai. Ikan botok pun sedap.
Time nie un durian ada,memang sedap kalau buat bubur kacang hijau campur durian. Wahhh memang tengah dok melayan nafsu aku nie. Tapi bila dah sampai masa berbuka nanti mesti nak minum air je. Ahlan wa sahlan Ramadan…

Tuesday, July 9, 2013

Ramadan ....here i come...or Ramadan..kini kau kembali...

Selamat berpuasa to all muslim bloggers yang baca ini. Semoga puasa tahun ini akan menjadi lebih berkatnya dari tahun tahun kesudahannya. Mendengarkan pengumuman puasa malam semalam terasa janggal nya. Sejak aku kecik lagi aku, biasa lihat satu muka yang buat pengumuman Hari Raya, Puasa. Tapi tahun ni , bertukar wajah. Orang baru.Terkasima aku sekejap depan TV bila melihat muka lain. Aku juga dengar pasar Ramadan Satok dah takder.Jadi it is an end of an era....takder lagi lah jalan jem kan. Tapi itulah yang rakyat mau..betul tak...Tapi bila takde, kita nie rakyat pulak yang mencari. Hahahahaa...manusia manusia memang tak pernah puas. Kalau kakitangan kerajaan naik gaji sikit, para peniaga pun sibuk naik harga barang. jadi siapa yang salah ? Kerajaan? Bukan....rakyatlah yang salah...tamak ...baru naik sikit, harga barang naik. Lepas tu salah kerajaan, mereka lah yang tamak. Bukannya Kerajaan...hahhahaa membebel pulak aku tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Sama jugak macam Anwar Ibrahim, dah kalah tak nak terima , sibuk buat perhimpunanan sana sini. Macam best sangat. Memang betul kata kata dalam yang sesuatu tu tak kan berubah, kecuali kita nak mengubahnya..ehh macam salah je lahh..hahhahahaa....tapi pokok pangkalnya,manusia zaman sekarang sudah tidak suka dengan kebenaran, kalau kau cakap yang benar , ko akan kena marah, tapi kalau kalau kau bohong, kau akan maju ke depan...dan sesungguhnya kata kata Nabi itu benar ....bila di akhir zaman, orang yang tak di percayai itulah manusia yang paling di sanjung....sedangkan orang yang berkata benar akan di pinggirkan ke tepi...SubhanaAllah...semua itu sudah terjadi sekarang ni....Api besar di Semenanjung Arab, Perang besar di bumi Sham ( Syria )...sesungguhnya kita menuju ke arah pengakhiran kehidupan dunia, tapi manusia tidak nampak lagi dek kerana keseronokan, semua tanda2nya telah muncul sekarang nie....Apa apa pun aku berharap Ramadan nie aku ingin ia menjadi Ramadan termanis buat aku...Insya Allah..

Wednesday, July 3, 2013

Lalalala...

Banyak jugak kejadian yang berlaku sekarang nie, sebab tu kesempatan untuk mengupdate blog nie kadang2 tergendala. Bukannya apa, untuk 2 minggu yang lepas aku jadi bujang kembali, bini aku sibuk pegi travelling outstation buat kerja lepas tu terus pegi makan angin naik cruise Superstar Libra kat Penang tu, siap singgah Phuket & Krabi. Jeles.? Sapa tak jeles tapi tak per , seronok jugak tengok bini aku nie happy kan. Mungkin kerana dulu aku dah puas berjalan, luas pengalaman kan. Mungkin masa aku untuk mula berjalan kembali pusing dunia nie belum lagi sampai, insya Allah akan tiba masanya nanti. Sekarang nie passport aku pun dah mati, so biarlah bersemadi sekejap kat dalam laci di rumah tu.
Hujung minggu yang lalu baru jer habis Rain World Music Festival kat Santubong. Aku tak masuk kali nie, tapi ikut geng aku buat show kat Damai Central iaitu Freedom Fiesta sempena RWMF nie. Banyak jugak band yang buat show. Aku memang dari dulu lagi suka tengok band main. Minat aku semenjak dari muda lagi. Sound of the bass, guitar riffs and the drum beat dah sebati kat jiwa nie. Semenjak kahwin, aku boleh lah di katakan menjauh diri dari dunia kedua aku nie. More to family man dah sekarang nie. Semua geng2 aku yang main band itu pun semuanya dah jadi bapak & suami mithali. Kami semua dah puas enjoy masa muda dulu, banyak kenangan manis. Jadi pada masa ini, aku rasa semua pengalaman aku masa tu amat berguna untuk aku besarkan anak aku yang sorang tu. Pada hujung minggu yang sama jugak, aku menghadiri Seminar anjuran kompeni tempat aku kerja. Aku sesi motivasi dari seorang penceramah nie, terus terang aku katakana, langsung tak membakar semangat aku langsung. Isi kandungan motivasi nya pun terlalu kosong, takder yang menarik langsung. Entah apa2 lah..maybe they see him as a foreigner kot, bagi aku Dr Fadzilah Kamsan lebih baik. Tu lah agung2 kan sangat orang luar nie. So , next week dah mula berpuasa. Cepat nya masa berlalu kan…harap2 puasa aku akan tamat insya Allah. Dapat la aku raya sakan lagi dengan anak aku…sekarang nie tengah menyediakan badan , mental dan perut aku ready untuk berlapar…semengat beb..adios..

Sunday, June 23, 2013

Meng"emcee" lagi....

Untuk pertama kalinya, aku menjadi emcee satu majlis rasmi yang di hadiri pegawai2 atasan Jabatan Ketua Menteri bersempena dengan Rumah Terbuka Gawai dayak. Perasaan nya..? Top of the world. Pengalaman yang aku dapat memang paling best. Sesuatu yang sukar untuk aku cari kat mana mana pun. Masa rehersal aku memang dah ready, skrip pun dah siap buat. Tapi apa yang terjadi hancur langsung. Bila aku dah berdiri kat mikrofon untuk raptai penuh, pada masa itu jugak lah aku baruk dapat atur cara yang sebenarnya. Aku dapat the first taste of gugup , apa taknya, langsung tak sama dengan skrip yang aku buat. Nasib baik floor manager sporting abis. Dier faham situasi aku. Aku dengan pasangan aku siap pulak kena tegur. Tapi takper sabar je lah aku. Kalau tak mengenangkan aku bawa reputasi jabatan, memang aku dah blah dah. Siap dia orang cakap emcee tunggang langgang. Aku bila orang dah cakap macam tu, aku betul2 rasa tercabar untuk buat yang terbaik. Sebabnya semua kejadian tu berlaku , pada aku bukan salah aku. Kalau ya pun nak sembunyi aturcara sebenar dari orang awam, tak per tapi jangan sesekali sembunyi dari emcee. Dan akhirnya pada hari sebenar, aku gembira dengan outcomenya. Aku berjaya beri yang terbaik, aku terima setiap komen yang aku kena pada hari sebelumnya secara terbuka. All praise to Allah…

Tuesday, June 18, 2013

Saspen seketika...

Apa la blogspot nie..ingat kan aku akan kehilangan la tapak blog aku nie. Ye lah tak pasal2 seharian tak tempat untuk aku update new post. Banyak kejadian berlaku sekarang nie, banyak tugas menunggu. Banyak pulus juga masyuk, Alhamdulillah. Sungguhnya aku benar2 bersyukur. Untuk pertama kalinya, kue akan menjadi emcee satu main event jabatan hehehehehe…seronok banget. Aku suka cabaran, kali nie mengemcee kan majlis Sambutan Gawai Dayak Jabatan Ketua Menteri. Yang kesiannya pulak, takder bayaran honorium pulak. Cubalah ada sikit2 sumbangan untuk menghargai penat lelah. Barulah bermotivasi kan…kerja pun semangat. Bini aku pulak sibuk buat kerja outstation, jadi aku jadi orang bujang yang takda kekosongan. Anak aku pulak dah bijak mengatur jadual dia, malam mana nak tidor rumah nenek dia dan malam mana nak tidor dengan bapa nya nie. Memang bijak. Makan malam pun dah pandai tawar menawar nak makan nasik berapa sudu, dia cakap takut gemok macam emak & bapa….cehhh anak aku nie sungguh2 menguji kesabaran dengan kenyataan yang mengatakan mak bapak dia montel. Dah lah dah pandai nak komplen sekarang nie, tapi aku suka. Langsung tak marah…lucu ada lah aku rasa. Budak kecik komplen…memang sementel dan lucu. Movie kat panggung sekarang nie pun tengah main citer yang hebat2. Man of Steel, Fast Furious 6..banyak aku tak sempat nak tengok, semua aku bantai tengok online jer. Dah sekarang website aku tengok citer movie paling latest dah pun kena remove…terasa sempit seketika dunia tontonan aku. Sekarang nie, yang pasti aku ada sedikit bosan dengan tugasan seharian. Kerja outstation dah kurang sikit masa nie, bengang pulak dengan pemproses claim opis menghilangkan claim aku. Binawe punya manusia…kejap cakap aku lambat hantar, last2 cakap claim aku dah hilang. Sekarang nie dah delay 3 bulan dah. Bodoh punya staf, buat claim ajer pun dah buat mistake…langsung tak professional. Tengoklah ujung bulan nie masyuk ke tak aku punya claim… Oh ya ..tak lama lagi Ramadan menjelma …fuhhh…memang best…tau2 jer lah lepas tu apa kan…adios..

Wednesday, June 5, 2013

Cuti & kerja

Mungkin belum terlewat untuk kue ucapkan selamat Hari Gawai kepada yang meraikannya di Sarawak khususnya. Seperkara yang aku sangat suka duduk kat Sarawak nie, banyak perayaan nya. Hari nie kat opis aku sekarang nie amat sunyi sekali, banyak yang bercuti panjang. Mood kerja pun tak la happening sangat, ala kadar jer. Sekolah pun masih lagi cuti. Jadi kesesakan masa turun kerja memang takder langsung. Memang syok giler la time nie. Tambahan pulak movie dok tengah main kat panggung semua nya best2 giler. Memang sesuai sangat main time nie. Cuma kejadian bot express karam di Belaga mencacatkan sedikit suasana perayaan Gawai di kawasan berkenaan. Itulah satu satu nya pengangkutan yang menghubungkan mereka dengan kampung halaman bila masa perayaan macam nie. Dalam hal nie lagi sekali TV3 buat hal buat laporan ikut sedap mulut jer cakap itu adalah pengangkutan termurah. 55 tahun dalam Malaysia, nampaknya semakin bengap la pulak dia orang nie dengan keadaan di Sarawak dan Sabah. Laporan yang kadang2 menyakitkan telinga bagi orang2 Sarawak. Entah macam mana aku rasakan seolah media sebelah sana amat berat sebelah bila melibatkan kawasan Malaysia Timur nie, masih lagi wujud kat dalam radio atau pun kat TV3, NTV7 yang sebut ayat nie “ seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak”. Tak tahu ke diaorang nie Sabah & Sarawak memang Malaysia pun. Aku bila sampai kat KLIA, dengan senyuman penuh manis cakap kat aku, selamat datang ke Malaysia. Seribu persoalan timbul, dia orang nie bodoh ke atau buat2 tak tau? Kalau tengok Astro Arena lagi la best, dia orang nie tak tahu ke Pasukan Sarawak sekarang nie tengah nak buat rekod, muncul juara liga tanpa kalah. Berita macam nie langsung tak menarik minat mereka. Entah lah kenapa aku tak tahu jugak, aku tak ada jawapan nya. Mungkin yang hebat hebat mesti datang dari “sana” barulah ada umppp…barangkalilah....

Sunday, May 19, 2013

Darah yang di derma

Akhirnya aku berjaya jugak untuk menderma darah ku hehehehe…dulu masa aku kat Lawas tak lepas sebab BP aku tinggi. Mungkin orang tak paham kenapa aku seronok sangat bila berjaya derma darah. aku susah nak cakap tapi, tiap kali lepas derma darah, badan aku rasa best semacam jer, di samping kepuasan dapat membantu orang lain dalam cara yang aku termampu. Kita tak akan tahu bila ia akan membantu orang lain tapi aku cukup gembira. Dengan setiap saat aku kena menjaga BP aku, sebab aku sendiri ada Hypertension, so bila aku berjaya menjaga BP aku untuk membolehkan aku menderma darah, kepuasan muncul di situ. Aku harap anak aku juga akan mengikut jejak langkah aku, suka menderma darah, atau dalam erti kata lain suka membantu orang sejajar dengan ajaran Islam dan cara hidup Nabi Muhammad s.a.w yang suka membantu orang lain. Aku harap dia akan mengerti yang setiap kebaikan yang dia lakukan akan mendapat ganjaran dari Allah.

Tuesday, May 14, 2013

Aku dan PRU13

Kita baru saja habis memilih kerajaan yang baru. Keputusan telah pun diketahui. Banyak tentangan mengenai keputusan pilihan raya ini dari PR terutamanya dari PKR. Perhimpunan rakyat bagi aku, sesuatu yang kita kena lihat, tapi kita juga kena lihat hasil yang kita dapat dari perhimpunan besar macam tu. Aku bersetuju dengan kenyataan orang nombor dua PKR, daripada demonstrasi jalanan lebih baik buat bantahan di mahkamah dan kemukakan semua bukti yang ada. Penangkapan rakyat Malaysia di Singapura juga memalukan. Tak malu ka buat huru hara kat tempat orang. Tapi ini lah kehidupan manusia yang tak pernah puas, manusia yang tidak dapat menerima hakikat. Aku suka dengan cara PAS, menerima dengan hati terbuka. Allah belum izinkan mereka. Sesungguhnya mereka pasti dengan ketentuan Allah yang menentukan hidup dan hala tuju kehidupan manusia keseluruhan nya. Bila Allah hendak member kuasa kepada yang Dia kehendaki, siapalah kita hendak menentangnya. Dari hal ini juga aku melihat kepada kehidupan aku sendiri, Allah ingin tunjukkan kepada aku sesuatu. Aku tahu aku suka mengatakan sesuatu dengan benar, dan kadang kadang kebenaran itu jugalah yang amat sukar untuk di telan oleh kita sekalian walaupun kita tahu kebenarannya. Juga amat menyakitkan kadang kadang bila kita seolah olah tidak wujud langsung di kalangan orang yang kita panggil kawan, orang yang kita anggap sama memperjuangkan sesuatu tapi pandangan dan sumbangan dari kita seolah ibarat menuang air di daun keladi. Mengaku kalah sebelum berjuang. Aku bukan nya macam itu, kalah sebelum berjuang bukan falsafah hidup aku. Aku selalu ambil sikap tidak ambil pusing dengan kata kata orang tetapi untuk pertama kali nya aku tertewas dengan kata kata orang. Kesalahan yang kecil bagi ku terlalu besar untuk orang lain. Aku seorang yang positif dan untuk pertama kalinya aku mengambil satu langkah negative untuk diri aku sendiri, untuk kepentingan aku sendiri. Bini aku sokong aku 100%, dia tahu apa yang aku buat. Berbalik kepada PRU13 secara kesimpulannya, dari keputusan pilihanraya PRU13 dan tindakan penyokong PKR membuat demontrasi di dalam & luar Negara telah menghilangkan imej Negara aman, imej Negara yang tiada demonstrasi jalanan..tapi itu lah yang di mahukan oleh Anwar…Chaos…huru hara…bukan kan Anwar seorang Islam? dan kalau dah ada semua bukti bukti itu kenapa tak bawa ke mahkamah?Fikir2 lah…

Thursday, May 2, 2013

Anniversary...

Sesungguhnya tanpa aku sedar dah 10 tahun dah aku kahwin. Esok adalah ulang tahun ke 10 perkahwinan aku yang mana untuk pertama kalinya aku akan sambut seorang diri. Perkahwinan yang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan perkongsian. Hahahahaha aku bermadah pulak tapi itu adalah realitinya. Bagaimana aku berevolusi dari seorang budak menjadi lelaki untuk membuat keputusan tentang hidup, walaupun ada turun naiknya, tapi itulah asam garam rumahtangga. Kalau ada yang belum kahwin baca blog aku nie, aku ada satu nasihat. Jodoh kita akan bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Kalau kita mahukan yang cantik mungkin kita dapat yang tak cantik, nak besar dapat kecik, nak lembut dapat keras, tapi itulah yang menjadikan satu pasangan itu pasangan yang ideal. Bagi aku tak akan ada pasangan sempurna atau perfect couple. Allah telah aturkan untuk kita sesuatu yang kita tidak nampak dan sesungguhnya Dia maha mengetahui. Maka dari jodoh itu kita akan dapat sesuatu yang bertentangan yang membuatkan nya menjadi satu kesempurnaan. Perkahwinan memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi, kalau kurang sabar mungkin akan jadi lah kes2 cerai berai, kes suami pukul isteri. Berkahwin bukan nya satu frasa yang sama dengan waktu kita sesi kenal mengenal atau masa bercinta lebih mudah orang Sarawak cakap bergerek. Ia adalah satu frasa yang berlainan memerlukan kesabaran dan tolak ansur yang tinggi, terutamanya kalau kena kalau salah satu pasangan kita seorang yang tidak suka beralah. Tapi apa yang pasti bila kita berada di satu persimpangan, di situlah peranan pasangan kita untuk membantu kita memilih dan berada di simpang yang betul. Jadi , kalau bini aku terbaca blog aku nie, selamat hari ulang tahun ke 10, semoga ia akan lebih panjang lagi dan akan lebih penuh lagi dengan pengembaraan dan kisah kisah lucu dari Nur Aleeya Najwa. Adios…

Monday, April 29, 2013

For the stripes, the moon & the star…

Sememangnya suasana hangat tengah berlaku di seluruh Malaysia sekarang nie, kempen kempen politik semua calon calon yang bertanding pada pilihanraya ke 13 kali ini. Seronok jugak kalau melihat orang berkempen nie, caci mencaci, dedah itu dedah ini, semua nya ada…ada yang mau orang tu mati, ada yang cakap undi orang itu tak masuk syurga. Kalau semua rakyat Malaysia yang matang dan mampu berfikir secara rasionalnya, inikah calon calon yang anda mahu sebagai pemimpin anda, yang mewakili suara anda pada peringkat tertinggi? Adakah itu etika yang kita mahu dari seorang yang bergelar pemimpin, tak kisah dari BN atau PR? Ada yang berani cabar kerajaan tarik balik lessen NGO dialah..macam macam lagi. Bukan kah sepatutnya untuk memimpin orang kita sepatutnya ada etika, budi bahasa, marah pun kena lah ada gayanya, itulah marah bergaya, bukannya marah tak tentu pasal. Wakil2 pembangkang yang dah menang kerusi di DUN Sarawak dulu, rakyat dah undi dia orang untuk wakil kan suara mereka di DUN, tapi apa yang mereka buat hanya lah mengungkit2 benda2 yang tak patut dan tak ada kaitan dengan kebajikan rakyat. Adakah itu yang mereka perjuangkan selama ini? Di Sarawak, aku perhatikan ada satu fenomena menarik, calon2 bebas & parti politik yang menganggap mereka adalah kawan kepada parti pemerintah, menentang mereka yang di calon kerana mereka rasa calon yang diletakkan itu memang tdak bersesuaian. Aku rasa fenomena ini kena di lihat denga lebih mendalam lagi oleh pucuk pimpinan tertinggi parti2. Don’t jump to a conclusion sebab dan musabab kenapa mereka menentang calon itu. Aku rasa itu adalah sesuatu yang sihat. Satu lagi, TV3 aku agak keterlaluan pada kali ini. Lagu kempen untuk memenangi Selangor di mainkan di TV nasional , seluruh Malaysia tengok. Come on lah TV3, tau tak apa yang korang buat menyinggung perasaan rakyat negeri lain di Malaysia nie. Aku memang cukup tersinggung. Aku menang against TV3. Kurang sensitiviti kepada penduduk negeri lain. Adakah kau nak sama kan Selangor dengan penduduk Sabah & Sarawak. Lagi sekali , sememang nya orang2 di TV3 sungguh tak belajar sejarah. Memang memalukan. Masih lagi macam katak di bawah tempurung. Jangan lah tunjuk kan kebodohan korang. Sesungguhnya penduduk Sabah & Sarawak lebih 1 Malaysia dari korang di Semanjung sana. Sedarlah.. Aku bangga jadi penduduk Sarawak dan Rakyat Malaysia, I am proud to say that I am a product of Malaysia . I was made in Malaysia …Long live Sarawak & Malaysia…For the stripes, the moon & the star…

Friday, April 12, 2013

Apa lah...

Pernah tak korang kena pass2 line talipon, sampai ke 5 orang semata mata nak meninggalkan satu pesanan? Haaaa…kalau aku, baru semalam terkena, tak paham aku dengan jabatan nie..lebih2 lagi yang sentiasa melibatkan orang awam. Aku tak nak berlindung, aku call DBKU semalam. Nak cari orang nie, dier takder kat opis, so tak kisahlah kan, jadi aku cuma nak tinggalkan pesanan untuk suruh dia call aku balik. Bahagian nie lah yang buat aku bengang sangat, boleh lak diaorang pass aku punya call sampai 5 orang baru ada yang sudi nak ambik pesan..beginikah perkhidmatan yang cekap ? tak mati la kalau ambik satu pesanan. Diaorang nie dahlah sentiasa berhubung dengan orang awam. Kesian la aku kalau kena public. Aku pernah di ajak bergaduh semata mata aku buat panggilan pasal tak puas hati dengan jawapan diaorang pasal aduan aku kat Talikhidmat. Aku rasa DBKU nie perlu buat kursus “ how to handle public” kepada kakitangan nya yang terlibat dengan orang awam dan jabatan jabatan kerajaan. Tak lah semua yang tak betul, tapi kerana nila rosak susu sebelanga. Aku bukan lah manusia sempurna tapi cuba untuk menjalankan tugas sesempurna yang mungkin. Tetapi kalau dah terlalu ambik mudah sesuatu pekerjaan pun tak boleh jadi jugak. Di mana sifat tanggungjawab kita? Tanggungjawab kepada kerja. Kesian la kat orang awam yang mengharapkan perkhidmatan terbaik. Memang la kita tak boleh puaskan hati semua orang. Setiap manusia ada had nya…tapi tak salah kalau kita mencubakan.. Kalau ada warga DBKU yang terbaca nie, jangan ambik hati k…aku Cuma manusia biasa , tak lari dari rasa tak puas hati…Salam Jumaat sekalian…

Wednesday, April 10, 2013

Aku sebagai orang tengah...

Menjadi orang tengah memang menyukarkan, terutama nya orang macam aku yang menjadi pembantu kepada 2 orang boss. Yang pastinya kita kena ada banyak sabar, tolak ansur dan kena banyak2 istighfar. Bekerja dengan 2 orang yang menjadi decision maker memang boleh timbul konflik. Ya lah kalau sorang nak menajdi A dan yang sorang nak jadi B, bila kita buat A, kita akan di anggap buat kesalahan. Kadang2 aku selalu terfikir, kan ke lebih baik dua orang boss nie buat perbincangan dan dudok bersama semasa keputusan nak buat, jadi aku sebagai yang menurut perintah pun senang hati buat kerja. Menjadi orang tengah memang merimaskan kadang2. Kita kena puaskan hati 2 pihak berbeza. Kekadang aku terpikir jugak, kan lagi senang biar aku jer buat keputusan, tak lah aku naik tensen, apa2 masalah lepas tu aku pun senang nak tackle kan. Satu lagi bila menjadi pembantu kepada 2 orang boss nie, bila time keputusan kritikal nak buat, perlu green light dari 2 pihak menjadi masalah bila keduanya tak der di pejabat. Walau wehhh, tak ke bengap kalau kena time macam tu. Membantutkan tahap produktiviti kerja aku jer… Apa2 pun aku masih suka lagi, janji masyuk kan…

Thursday, April 4, 2013

Aku kena fokus...

I got no motivation, Where is my motivation, No time for motivation, Smoking my inspiration. Kata2 Billy Joe Armstrong terngiang2 kat kepala aku time nie, badan kue penat giler wa cakap lu. Siyesly badan aku dah tak dapat sangat nak ikutkan hati, hati kata boleh badan kata tak boleh. I’m not what I’m used to be back 3-5 years ago. Badan aku dah mula bergerak ikut umur aku yang masuk 40 tahun. Kalau hati aku memang semangat dan iktikad orang berumur 20 an hehehehe…Call me pathetic, call me what you will.. Umur aku 40 tapi hati aku baru jer 20 an…tapi aku selalu cakap, umur tu cuma angka..definasi tua juga agak terbuka…lebih2 lagi zaman sekarang. Kekadang aku tengok orang yang berusia 50 an masih lagi kelihatan muda hinggakan mengalahkan orang muda sendiri. Mengingatkan aku kepada Nabi Daud, hidup sehingga berumur 950 tahun, manusia yang paling panjang hayat nya di muka bumi, tu belum lagi kira Nabi Isa yang masih lagi hidup sehingga sekarang nie. Subhanallah… Okay..berbalik kepada perjalanan aku ke Limbang, seperti biasa, gerai kitaorang memang banyak peminat sebab nak dapatkan barangan free. Kat sebelah gerai kitaorang, ada orang jual hasil kraf. Satu parang nie harganya RM1200 sebabkan kayu yang digunakan agak berkualiti dan cantik. Kalau nak buat hiasan atau cenderahati memang berbaloi. Seperkara lagi, awek2 Limbang memang cun wa cakap lu. Nasib baik aku dah kawen tak lah gatal sangatkan hahahahaha…ye lah tiap kali aku tengok ada budak kecik yang takat layar umur anak aku, memang teringatlah kat puteri aku yang sorang tu yang jauh di Kuching time tu. Jugak ingatkan bini aku yang percayakan aku. So people, jangan main2 dengan orang perempuan kalau dah letak kepercayaan kat korang..trust me. Yes aku adalah O.P.P hahahaha.. Jadi sekarang ni tengah berehat dengan tenang dan penuh keboringan kat opis. Memproses kerja2 yang tertangguh. Badan memang dah depan computer nie tapi semangat aku masih lagi mengembara kat luar sana nu. So..fokus fokus fokus…adios

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...