Monday, October 7, 2013
Sarawak...Liverpool....Forever
So... Sarawak melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas 15 tahun. Semangat Ngap Sayot kembali membara. Kemenangan 3-1 ke atas KL Sime Darby pada malam Sabtu yang lepas dirayakan dengan penuh gembira oleh penyokong penyokong Sarawak di Stadium Negeri. Walaupun Sarawak di kejutkan dengan gol awal Sime darby tapi nyata tidak mematahkan semangat juang pemain Sarawak. And our hero for the night , Muamer Salibasic score a hatrick. Gol ketiga Salibasic sungguh cantik dan bertaraf dunia, sebijik macam gol Marco Van Basten. Tapi yang lepas tu biarlah , tumpuan sekarang adalah perlawanan separuh akhir pertama menentang Pahang di Stadium Darulmakmur. Pada malam yang sama jugak , pasukan kedua kesayangan aku,
Liverpool pun menang 3-1 ke atas Crystal Palace. Double joy for me. Suarez, Struridge & Gerrard semua nya menjaringkan gol.
Misi seterusnya selepas ini adalah, mencari tiket separuh akhir untuk separuh akhir kedua di Stadium Kuching. Memang pasti akan menjadi kesukaran nak cari tiket nanti. Harap kejadian pada penjualan tiket pada suku akhir yang lepas akan menjadi pengajaran kepada FAS. Biarlah semua tiket tu di jual pada satu tempat saja.
Apa apa pun kue doakan kemenangan untuk Sarawak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...

-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
I put myself on diet for last two weeks and now it started to show. Wahhhhh…sukanya aku. I can see that I’m starting to lose weight. I do pu...
No comments:
Post a Comment