Friday, April 12, 2013
Apa lah...
Pernah tak korang kena pass2 line talipon, sampai ke 5 orang semata mata nak meninggalkan satu pesanan? Haaaa…kalau aku, baru semalam terkena, tak paham aku dengan jabatan nie..lebih2 lagi yang sentiasa melibatkan orang awam. Aku tak nak berlindung, aku call DBKU semalam. Nak cari orang nie, dier takder kat opis, so tak kisahlah kan, jadi aku cuma nak tinggalkan pesanan untuk suruh dia call aku balik. Bahagian nie lah yang buat aku bengang sangat, boleh lak diaorang pass aku punya call sampai 5 orang baru ada yang sudi nak ambik pesan..beginikah perkhidmatan yang cekap ? tak mati la kalau ambik satu pesanan. Diaorang nie dahlah sentiasa berhubung dengan orang awam. Kesian la aku kalau kena public. Aku pernah di ajak bergaduh semata mata aku buat panggilan pasal tak puas hati dengan jawapan diaorang pasal aduan aku kat Talikhidmat.
Aku rasa DBKU nie perlu buat kursus “ how to handle public” kepada kakitangan nya yang terlibat dengan orang awam dan jabatan jabatan kerajaan. Tak lah semua yang tak betul, tapi kerana nila rosak susu sebelanga.
Aku bukan lah manusia sempurna tapi cuba untuk menjalankan tugas sesempurna yang mungkin. Tetapi kalau dah terlalu ambik mudah sesuatu pekerjaan pun tak boleh jadi jugak. Di mana sifat tanggungjawab kita? Tanggungjawab kepada kerja. Kesian la kat orang awam yang mengharapkan perkhidmatan terbaik. Memang la kita tak boleh puaskan hati semua orang. Setiap manusia ada had nya…tapi tak salah kalau kita mencubakan..
Kalau ada warga DBKU yang terbaca nie, jangan ambik hati k…aku Cuma manusia biasa , tak lari dari rasa tak puas hati…Salam Jumaat sekalian…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
No comments:
Post a Comment