Thursday, November 20, 2014
A lesson well taught...
Alhamdulillah..itu yang mampu aku katakan. Tanpa bantuanNya, kerja aku mungkin tidak akan selesai. 8 minggu yang memenatkan. 8 minggu yang mengajar dan menguatkan lagi erti kesabaran dan mengukuhkan keimanan dalam hati aku. Preventive Maintenance di Hospital Ipoh mengajarkan satu dua perkara yang membuatkan aku insaf dan membuatkan aku rasa syukur kepada Allah.
Tugasan ini membuatkan aku masuk kesemua wad yang ada di Hospital Ipoh. Dalam banyak banyak wad itu, 2 tempat yang meninggalkan kesan yang amat besar dalam hati aku sendiri.
Bila aku memasuki wad ICU, aku melihatkan keadaan pesakit yang bergantung dengan bantuan alat perubatan untuk hidup, menyebabkan aku berasa bersyukur, rasa bersyukur kerana Allah kurniakan aku kesihatan yang baik, kurniakan aku kekuatan untuk beribadat. Tidak di nafikan, kita kadang kadang lupa dengan nikmat yang sebenar iaitu diberikan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Kita jarang mengucapkan syukur atas kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kepada kita. Melihatkan pesakit di wad ICU ini, benarlah kata seorang ustaz yang pernah aku dengar, kita akan menyesal bila kita sakit, kita akan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik, bahkan kita berjanji kepada Allah akan sentiasa beribadat jika kesihatan kita pulih, tapi kita akan lupa segala janji kita.
Satu lagi wad yang aku masuk, wad bersalin. Aku melihat kelahiran insan insan baru ke dunia. Menangis kerana di sentuh syaitan. Berbeza, di wad ini aku melihat kenikmatan yang Allah beri kepada hambaNya dengan kelahiran cahaya mata, darah daging sendiri. Aku melihat Allah kurniakan kesedihan & kegembiraan kepada hambaNya, supaya kita sentiasa bersyukur selalu kepada Nya.
Sesungguhnya hidup dan mati itu, satu kejadian nyata dalam kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati, itu adalah lumrah hidup.
Sesungguhnya aku bersyukur kerana anugerah kesihatan yang di kurniakan kepada aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Blog Malay with the Italian Name kali terakhir aku kemaskini beberapa tahun lalu....

-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Blog Malay with the Italian Name kali terakhir aku kemaskini beberapa tahun lalu....
No comments:
Post a Comment