Mendengar laporan akhbar dan berita tv mengenai karenah rakyat Indonesia mengenai isu tarian dalam kempen promosi pelancongan Malaysia, adalah amat mendukacitakan. Walaupun tidak menggambarkan perasaan keseluruhan rakyat Indonesia pada pendapat saya, ia memang menyedihkan. Tidakkah pernah mereka terfikir bahawa Malaysia & Indonesia adalah serumpun. Tidak kah pernah mereka terfikir bahawa ada rakyat Indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia berpuluh tahun dahulu, dan telah beranak cucu di Malaysia dan itu merupakan budaya mereka, budaya Malaysia juga.
Ini adalah perkara kecil saja, tak kan lah di sebabkan tarian kita hendak berbunuh sesama sendiri, seagama. Lebih baik mereka pergi ke Israel berperang menentang Yahudi. Jelas di sini, bahawa ada pihak yang ingin mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk menjejaskan hubungan Malaysia –Indonesia.
Kalau-kalau di fikirkan, kita rakyat Malaysia yang sepatutnya lebih marah dengan mereka. Ada sebilngan rakyat mereka, hanya datang ke Malaysia, hanya untuk merompak. Bukan setakat kehilangan harta, malah ada yang sampai kehilangan nyawa. Jadi siapa yang patut lebih marah? Kalau di ikutkan hati, jangan benarkan mereka masuk terus ke Malaysia. Tapi rakyat Malaysia berfikiran lebih rasional, tidak semua mereka jahat, ada yang datang betul2 untuk mencari rezeki.
Jadi , sebelum mengambil tindakan yang amat2 menyinggung perasaan rakyat Malaysia, fikirlah dulu tindakan mereka sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
No comments:
Post a Comment