Monday, January 6, 2014

Selamat Tahun Baru 2014...

Selamat tahun baru 2014. Hari ini , aku baru jer turun kerja. Dan aku tertarik dengan satu cerita, bila seorang non muslim lebih tahu padahnya berhutang dari orang Islam sendiri. SubhanAllah, sesungguhnya malu lah kiranya jika seorang keluarga muslim yang berhutang itu diberikan ayat ayat al-Quran oleh seorang bukan Islam tentang pentingnya melangsaikan hutang. Tidak mereka tahu yang berhutang itu , tidak akan masuk syurga seorang muslim jika masih ada hutang di dunia walaupun seorang muslim itu berjuang di jalan Allah. Surah Al Baqarah ayat 282 memetik “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Sesungguhnya janganlah kamu suka berhutang, dan jika berhutang bayarlah walau pun kamu menjadi papa kedana..

No comments:

Keluhan rasa anak Sarawak

Akhirnya dapat peluang nak menulis, setelah sekian lama terhenti disebabkan kesibukan. Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas, masih lagi...