Wednesday, March 30, 2011

Di fikiran ku time nie...

Aku rasa minggu2 yang mendatang nie, banyak tahap dewa dah aku punya keja. Dah la this weekend kena bertugas untuk tempat terakhir bagi Program Sejiwa Senada ( program kerajaan bersama rakyat ) kat Taman Sukma. Abis je program nie, Sarawak akan ada State Election. Pun di mana aku kena jugak bertugas kat bilik operasi pilihanraya negeri. Kali nie aku kena shift malam, straight dari 5 hingga 11 April. Layan siot…Dah la siang kena keja, lepas tu straight lak sampai ke tengah malam..aku kompom akan mamai bila turun keja next day.
Tapi la kan, bila abis jer program Sejiwa Senada nie, terasa lak sedih nya. Ye la untuk 9 bulan, aku n the geng bergelumang dengan kepenatan, kepanasan , kerenah orang awam dalam mengendali e-peraduan nie. Ada up & down nya jugak…tapi satu pengajaran yang aku dapat, banyak lagi maklumat yang belum sampai sepenuh nya ke orang awam, terutamanya yang di luar2 bandar utama. 2 tahun kat agensi kerajaan, aku dapat lihat usaha yang diaorang buat untuk rakyat. Aku ada tengok usaha kerajaan nak tolong rakyat, jadi mana2 bahagian yang kata pemimpin2 nie ada buat sesuatu untuk personal gain. Bagi aku, itu urusan dier dengan tuhan, dier jawab lah nanti. Aku bukannya berkempen untuk BN or something but apa yang aku lihat, sesetengah isu yang dibangkit oleh pembangkang, memang baseless, tiada asas langsung. Ada yang cakap bangsa dier kena tindas la, jurang terlalu jauh berbeza, aku mungkin kurang setuju sebab itu adalah masalah mereka sendiri. Kita sendiri kena ingat, Sarawak nie multiracial, sungguh besar dan penduduk bertaburan. Memang akan wujud yang tercicir, tertinggal tapi tidak bererti mereka di anak tiri kan. Tapi ini adalah pendapat aku, aku tak boleh nak pengaruh orang nak ikut pandangan aku. So use your vote wisely.
Until then selamat mengundi…aku dah nak cau sebab nak pegi makan kat Tempayan ( nama yang unik untuk restoran )…adios.

Monday, March 21, 2011

Bercium: The Advantage..what say you..:)

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan…. bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Diantara keuntungan berciuman untuk kesihatan adalah;

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.

* Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi… kelebihan berciuman …..

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

Friday, March 18, 2011

DUN sandwich the CSI...


Semua orang sekarang tengah tertunggu2 satu berita hangat nie, bila DUN Sarawak akan di bubarkan ? Kita pegi mana2 sekarang nie, this is hottest topic in town now, termasuk jugak kat bilik tidor.. Kebanyakan orang awam dan juga kakitangan kerajaan semuanya pasti yang pembubaran DUN Sarawak akan dibuat pada bila2 masa pada 3 lokasi terakhir program Sejiwa Senada ini. Yang pastinya, Pehin Ketua Menteri Sarawak adalah orang paling menjadi tumpuan pada masa ini oleh pihak media masa. Tapi ada satu khabar angin lah yang aku dengar bahawa DUN Sarawak akan dibubar pada 28.3 dan penamaan akan diadakan pada 9.4 . Korang rasa boley caya tak tarikh nie? Itu pasal keadaan kat negeri aku sekarang nie.

Untuk program Sejiwa Senada yang ke 10 di Serian yang bermula hari ini, majlis pelancaran akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri kita sendiri. Satu penghargaan kepada penduduk Serian dan penduduk bahagian Samarahan am nya. Program dah semakin sampai ke penghujung. Aku ada la terdengar berita nie yang belom lagi ada kepastian nya, hadiah untuk e-peraduan Sejiwa Senada di bahagian Kuching amat menarik sekali, iaitu sebuah kereta sebagai hadiah utama, Utara atau Selatan belum tau lagi, bahagian mana yang akan offer hadiah nie. So sapa2 rasa nak menang sebuah keta, TV plasma 50 inci ke , bawak la ramai2 kaum kerabat masuk peraduan nie. Percuma beb, tak perlu bayar apa...


Korang lately ada follow CSI latest season tak kat AXN? Aku memang follow,tapi sikit bengang biler citer nie main tiap malam dari malam Selasa hingga Jumaat. Best memang lah best tapi kalau korang perasan, dah berapa episode dah yang team CSI tak dapat solve problem. Kalau musim2 sebelumnya , dier cuma akan pilih sorang criminal yang akan jadi msalah besar diaorang , tapi musim terbaru nie, aku tengok dah sampai 3 dah “orang jahat” yang diaorang tak dapat tangkap. Aduhhhhh bengang nya aku…

Ya lah bengang2 pun aku sekarang nie, perut aku rasa lapar lak, mari kita bantai sandiwch nie sekarang..
sedap tak..???

Bersedia atau tidak , bolos saja sandwich itu..see u guys in the next udpate..

Sunday, March 13, 2011

Agak lama jugak kue tak update blog gua. Di samping tak der menda2 best nak update, kesibukan salah satu faktor penyumbang. Cuma ada satu kejadian keta kemalangan jadi kat depan aku beberapa hari lepas. Aku tak tahu apa masalah dengan driver tu. Yang pasti nya semua keta dah berenti nak bagi peluang dier kuar dari simpang. So, dier pun kar dari simpang , tapi terus memecut ke atas rumput kat tepi jalan. Lepas dier naik balik ke atas jalan tar, berenti kejap. Tiba2 dier terus memecut dan terus langgar keta kuning yang tengah berenti nak bagi dier jalan. Aku pasti suma orang hairan. Teruk juga keta kelisa dier serta keta toyota tu. Nasib dier baik pasal tak kena bantai oleh budak lelaki dari keta yang dier langgar tu. Di sebabkan oleh bodoh nyer dier punyer skil memandu, aku dengar ari tu jam terok sampai ke jambatan gantung.
Nilah gambar kemalangan tu. Lelaki yang baju oren tu dari keta yang dier langgar, bengang tahap gaban aku rasa, kuar keta terus nyala rokok..


Bila pemandu keta kelisa kuning kuar, siap jalan hoyong hayang, ada orang kata dier mabuk, tangah khayal lah , tapi bagi aku, entah2 dier buat gitu untuk cover line je kot...

Wednesday, March 2, 2011


Pemenag hadiah untuk setiap 1 jam


Pemenang hadiah2 utama


Pemenang hadiah2 utama


Akhirnya, aku dah abis bertugas untuk program Sejiwa Senada. Alhamdulillah . Syukran. Sri Aman adalah lokasi terakhir tugasan gua untuk program ini. Dah abis dah. Apa yang aku dapat? Aku dapat sakit badan, batuk yang terok dan selsema. Jadi selepas ini, aku pasti yang aku akan bertapa dalam opis, tak pergerakan ke mana2. Dengan kerja2 yang tertunggak agak banyak disebabkan ole program ini, banyak aku yang kena buat cepat2 sebelum dateline. Yang pasti tertunggak hingga tahun depan projek KIK opis nie. Tak sempat group kita orang nak ikut konvensyen untuk bulan Mei ini.
Semalam citer fevered aku dah mula season 11, citer CSI. Kalau final episode dulu, dier orang kena carik Dr Jekyl, kali nie start with a bang, ending citer nya malam tadi dia roang masih ada pengebom bersiri yang belom tertangkap. Sekurang2 nya malam Rabu aku sekarang nie dah ceria balik.
Bercakap pasal citer2 nie, ada few movies yang aku tengah2 tunggu sekarang nie. Antaranya Cowboy vs Alien ( Daniel Craig )- citer nie macam best jer bila aku layan trailer, then citer smurf, ( teringat zaman kecik2 dulu , dudok depan tv tunggu citer smurf nie ), pastu citer Rango – belom pasti gi samada citer pasal sekor sesumpah nie. Semalam lak aku tengok preview citer World Invasion-Battle of Los Angeles, macam layan jer…
Yang pastinya, aku cuba nak kejar masa sekarang before dateline kerja..adios ..

Tuesday, March 1, 2011

korang rasa yang mana..


Tag iklan ini adalah " My True desire "....actually yang mana satu yang diaorang nak sebenarnya...air dalam botol itu or yang kat dada pempuean tuu...hahahhaahaha

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...