Friday, April 24, 2015

Berakhirnya satu lagi minggu yang panjang..

Minggu ke 3, jangka waktu aku dah berada di Bintulu. Belum lagi sebulan, baru 3 minggu. Menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran kerja yang baru. Dengan rakan sekerja yang baru. Dengan pengguna pengguna yang baru. Kalau dulu menyesuaikan diri dengan tempat baru tak jadi masalah tapi akan jadi masalah bila our heart and soul is somewhere else. Kata orang cuma jasad jer kat sini tapi hati dan jiwa di tempat lain. Orang akan kata itulah adat makan gaji, adat mencari rezeki. Dulu aku bujang, sekarang dah kahwin. Dulu aku adventurous, sekarang aku lebih ke family man. Mungkin setengah lelaki, bukan semualah, suka bila berjauhan dari isteri, terutamanya bagi mereka yang masih lagi rasa nak enjoy, masih lagi rasa nak jadi orang bujang. Ada juga pasangan suami isteri, suami kerja tempat lain, isteri kerja tempat lain, anak pulak tinggalkan kat ibu bapa. Yang kes macam ini, kesabaran dan kepercayaan memainkan peranan penting. Aku masih mampu bersyukur kerana anak & isteri aku masih lagi bersama walaupun jauh dari aku. Sekurangnya dalam kes aku, anak aku masih lagi ada kasih saying emaknya. Hubungan yang jauh, kepercayaan memang memainkan peranan yang penting. Aku memang tak boleh nak nafikan , godaan memang ada yang datang dalam berbagai bentuk. Bukan sahaja untuk kaum lelaki , juga untuk kaum wanita. Kalau aku nak sebut satu persatu memang banyak. Tapi bagi mereka yang berada dalam keadaan yang sama dengan aku, mungkin akan faham apa yang aku cuba sampaikan. Jadi, bagi pasangan yang berjauhan , kita sebenarnya di uji. Kita mungkin akan berkata kepada diri sendiri, kenapa dugaan diberikan kepada kita, kita akan kecewa dalam menghadapi situasi begini. Tapi apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Itulah pesan aku kepada anda semua dan juga kepada diri aku sendiri.

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...