Monday, December 22, 2014
Piala AFF Suzuki 2014
Bola itu bulat. Apa apa pun boleh jadi dalam bolasepak. Dan peminat pasukan kebangsaan Malaysia baru saja merasainya 2 hari lepas. Piala Suzuki AFF 2014 seolah olah sudah dalam genggaman, tapi akhirnya terlepas dengan 2 gol jaringan Thailand dengan baki perlawanan 15 minit. Kejam..? Boleh dikatakan kejam.
Tapi aku suka tengok sokongan penyokong tegar Malaysia. They have my full respect. Gol jaringan Shafiq & Indra Putra memang terbaik.
Tapi agak anti klimaks kan. Mungkin keputusan berbeza sekiranya Afif & Indra masih dalam padang. Mungkin..sapa tau kan? Sebab bolasepak adalah permainan berpasukan bukannya individu.
Malaysia banyak pemain muda yang berbakat, kenapa tak di guna pakai? Kenapa cuma pemain dari Malaysia Barat jer? Kenapa takda dari Sabah & Sarawak. Malaysia sepatutnya sebuah pasukan yang menarik bila merujuk kepada bolasepak. Katakan semua pemain dari seluruh Malaysia di gunakan, kita mungkin dapat melihat penggunaan cara yang berbeza dari setiap pemain. Pasukan mana di dunia ini yang dapat meletakkan berbagai kaum dalam satu pasukan. Lihat saja Filipina, Singapura bila mereka menggunakan pemain yang berbilang bangsa, mentaliti permainan sungguh berbeza. Lihat apa jadi dengan Singapura bila mereka mengguna pemain sebangsa sahaja, mereka tidak menyerlah tahun ini.
Mungkin apa yang aku katakan ini cuma teori, tapi mana satu ia adalah salah satu faktor kejayaan Malaysia, jika di guna pakai dengan sebaiknya.
Mungkin Dollah Salleh boleh cuba formula ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Blog Malay with the Italian Name kali terakhir aku kemaskini beberapa tahun lalu....

-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Blog Malay with the Italian Name kali terakhir aku kemaskini beberapa tahun lalu....
No comments:
Post a Comment