Wednesday, May 14, 2014

Aku dan sesuatu..

Minggu ini adalah minggu terakhir aku di ICT, Jabatan Ketua Menteri . Aku akan pindah tempat baru dengan tugasan baru yang aku belum lagi tahu apa. Dan aku juga tak tahu adakah aku akan ada kesempatan untuk mengupdate blog aku. Semua nya aku belum tahu lagi. Munkin aku akan terlalu sibuk dengan tugasan baru, pun aku tak tahu. Satu saja pesanan ku kepada rakan sekerja tempat, kita semua sama. Tidak ada kelebihan lain. Kita menghirup udara yang sama. Makan makanan yang hampir sama.Selagi kamu semua berak keluar najis, kita semua adalah sama. Tidak ada yang tinggi tidak ada yang rendah. Jawatan saja membezakan kita semua. Kelulusan saja yang membezakan kita semua. Bangsa yang membezakan kita semua tetapi kita tetap berak najis dan itulah persamaan kita semua. Janganlah kita membangga diri antara satu sama lain. Kekalkan semangat berpasukan, jangan buruk sangka, jangan tikam belakang, itu adalah ramuan terbaik untuk bekerja. Jadilah yang pro aktif jangan membodek kerana membodek buruk sangat hasilnya. Jadilah pekerja yang sentiasa ada idea, walaupun idea kita tak diterima tidak apa, kerana kita sentiasa bersedia dengan idea. Pokok pangkalnya , janganlah jadi pekerja pak turut, jadilah pekerja yang ada inisiatif..itu ajer aku nak ngomel.

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...