Tuesday, February 19, 2013
Renungan untuk aku
Sepatutnya hari , aku sudah bergerak ke Long Lama Miri. Dan sepatutnya aku akan berada di sana untuk 5 hari. Tapi nasib baik di batalkan. Biasala kan program last minute macam nie memang susah nak jalan. Lokasi ke tempat itu sendiri cukup mencabar, namanya saja sudah menggambarkan perjalanan nya, Long Lama hehehehe…dah lah Long , lama pulak tu. May be Tuhan tak bagi aku pergi sebab bini aku tengah demam sekarang nie, kalau aku pergi sapa pulak nak tolong hantarkan anak aku pergi sekolah ? memang lah Allah is the best planner. Syukran jaziran …
Kebelakangan nie aku terganggu dengan berita orang2 yang sakit, abang aku 2 orang kat Kuching nie pun sakit, sorang kencing manis, terok jugak, dah ilang 3 jari kena potong, abang aku yang tua kena stroke, dan sekarang nie risau jugak memikirkan kawan aku yang masih lagi koma semenjak 2 minggu yang lalu selepas buat pembedahan buang tumor kat kepala. Kawan yang sama membesar di sekolah, main sama2, cukup je lah..nak melawat jauh, dia kena admit kat Hospital Sungai Buloh. Jadi penghubung buat masa ini cuma beberapa kawan sekelas yang ada kat semenanjung. Seorang pulak kawan aku sekarang nie, kena buat cucian darah 3 hari sekali ( kalau tak silap) di hospital sebab sakit buah pinggang. Melihatkan semua benda nie buatkan aku semakin rasa bersyukur atas kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kat aku. Aku tak der ayat nak aku gunakan yang dapat gambarkan kesyukuran aku padaNya.
Yelah kalau ikutkan masa muda2 dulu, aku yang lebih nakal sedikit daripada dia orang semua, Tuhan tunjuk kat aku contoh2 yang amat baik, dan mengingatkan kepada aku supaya sentiasa bersyukur dan jangan lupa kat Dia dan jangan nak lebih2 sangat kalau enjoy tu. Walaupun aku dah kena masuk ICU dek kerana darah tinggi, sekarang nie aku tengah kawal, aku tetap bersyukur sebab masih boleh dapat buat benda yang aku suka, makan yang aku suka, apa je lah yang aku suka…again syukran jaziran.
So, secara kesimpulannya, kesihatan itu amat berharga, sangat mahal kalau nak di bandingkan dengan Rolex, sangat mahal kalau nak di bandingkan dengan Ferrari apatah lagi kereta Viva Perodua. Dan sesungguhnya Allah telah nyatakan dalam al Quran yang manusia adalah sebaik2 kejadian yang pernah Dia cipta, dan dari itu juga aku dapat kesimpulan bahawa manusia tak akan sakit kalau sentiasa bersederhana dan mengikut apa yang termaktub dalam al Quran, sebab penyakit2 seperti sakit darah tinggi dan kencing manis terjadi bila manusia mula berlebihan. Sakit jantung jadi bila kita tak buat maintenance, untuk jantung kita cuma perlu bersenam, untuk buah pinggang minum air putih, senang nanti dia nak proses, kalau aku senaraikan memang takkan cukup.
Seperti aku beri peringatan pada orang, aku juga kena mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersederhana. Well walaupun kadang2 aku nak juga berlebihan hahahahaha sebab aku cuma manusia biasa……adios until next post.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
No comments:
Post a Comment