Tuesday, October 16, 2012
Pada saat ini yang berlaku setiap tahun
Pada masa ini, setiap tahun, akan tiba satu satu masa di mana kerja yang kita lakukan untuk setahun yang lalu akan di nilai. Satu masa di mana, adakah anda satu asset yang menyumbang ke arah perkembangan syarikat/jabatan atau hanya seorang yang menumpang saja di mata pihak pengurusan. Bagi aku, di mana aku mempunyai 2 orang penilai, seorang di tempat di mana aku jadi pegawai sangkutan, dan seorang lagi pegawai penilai dari syarikat aku sendiri, ketua bahagian di mana aku melaporkan diri . Dan sebelum ketua bahagian membuat penilaian, aku akan di nilai tahap kerja aku sepanjang setahun, terus terang aku katakan yang aku mendapat penilaian yang amat baik dari on site supervisor aku, masalah aku timbul bila ketua bahagian aku di syarikat, yang hanya bertemu muka setahun sekali, masa performance appraisal interview di buat. Pertemuan yang kadang kala berlanjut untuk 1 jam atau masa normal nya sekiranya tidak banyak soalan 15 minit saja, menjadi penentu tahap kerja kita selama setahun. Persoalannya sekarang, macam mana seorang ketua bahagian yang hanya bertemu kita untuk 15 minit atau 1 jam berhak membuat penilaian semula berbanding on site supervisor yang bekerja bersama kita untuk 11 bulan ? Dengan mudahnya dia membuat kesimpulan, menolak markah, dan membuat komen yang bagi aku amat tidak adil. Komen yang di buat oleh on site supervisor di ubah sewenang-wenangnya. Tidak di nyatakan dengan telus. Kadang kadang aku dapat lihat seoalah olah dia nie, tak tahu langsung kerja yang aku buat sebagai pegawai sangkutan. Bebanan yang aku terima, terpaksa menjaga imej 2 jabatan. Terus terang aku katakan yang , akibat tingkah laku sesetengah pegawai sangkutan yang tidak menjalankan kerja dengan betul, sering datang lewat sedikit sebanyak menyumbang ke arah faktor tersebut. Dah lah dia nie macam seorang yang suka kena bodek, seolah semua kata kata dia adalah betul. Kalau putih, putih lah, kalau hitam , maka hitamlah. Mungkin dulu aku silap, mintak tolong. Hmmm tapi takpa, aku dah nampak cara sebetulnya. So ilek2 jer lah kan…Kalau ikutkan hati boleh stress time nie, masa2 cam nie lah boleh jadi tikam dari belakang, kutuk mengutuk boleh timbul, semua nya nak nampak bagus.
Jadi, inilah yang berlaku sekarang nie, kat opis aku. Semua orang akan datang opis on time, tunjuk rajin kerja, sebab nie ler time nak bodek. Kalau ada orang lain buat silap sikit terus lah highlight kasi management tahu…Jadi, untuk member seopis aku…all the best…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
1 comment:
Haha tiap2 tahun mesti ada appraisal. Komen baguskah... komen x baguskah... bagi kmk, result nya tetap sama.
Post a Comment