Friday, October 5, 2012
Anekdot
Kadang kadang satu perkara yang terjadi boleh berlaku secara aneh. Seolah olah berjangkit. 3 berita kematian dalam tempoh seminggu untuk aku memang agak ganjil. Bermula dengan adik kepada arwah emak aku meninggal dunia, selang 2 hari kemudian suami kepada kakak ibu mertua aku pula meninggal dunia di Sibu. Kemudian selang 2 hari kemudian , ayah kepada seorang kenalan yang agak rapat dengan keluarga pulak meninggal dunia, sebab itu aku katakan seolah olah berjangkit. Kalau kita perhatikan betul betul bukan perkara yang aku sebut ini saja yang terjadi seolah berjangkit, kalau korang perasan di dada dada akhbar, sebuat rentetan peristiwa kadang kadang berlaku secara berturutan, contohnya kes buang bayi, berturutan saja kita dengar di akhbar dan berita nasional. Kes bunuh, kes simbah asid, seolah olah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia yang ia akan berjangkit. Betul tak ? Adakah semua ini berlaku secara kebetulan ? Kalau korang tengok kes tembak baru baru nie, kan macam berjangkit jer terjadi di Sarawak & Semenanjung sana nun?
Susah nak cakap, sebab tiada benda yang berlaku secara kebetulan di dunia ini. Semua yang terjadi dah tertulis dalam perjalanan hidup. Itulah kenyataan hidup. Susah mau cakap. Dan dalam aku menulis blog ini, aku terdengar satu lagi berita kematian, membuatkan aku tergamam tanpa kata kata sekejap. She lost both her twins yang tak cukup bulan sekaligus. Huarghhhh….kenapa la berita sedih macam nie tak henti henti lagi nie. Mungkin sebagai peringatan kepada kita yang hidup bahawa mati itu ada lah sesuatu yang pasti…Cuma kita tak tau bila giliran kita akan tiba. Waaaaaaaaaaaaa….sedih la pulak mood aku ari nie waaaaaaaaaaaaa……adios
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
1 comment:
susah juak baca entri sitok, tiada start perenggan, tiada penutup... lurus jak... hahaha. perlu fokus. :p
Post a Comment