Sunday, February 20, 2011

hidup songsang yang mengganggu ketenangan hidup aku..

Ada sesuatu yang menggangu aku semasa tengok tv ari nie. Diaorang main kan Ricky Martin latest song, tak ingat apa nama lagu tuuu. Tapi yang mengganggu aku adalah paparan video klipnya. Terang2 video klip tu tunjuk gay couple, lesbo couple..arghhhh apa dah nak jadi dengan orang putih nie. Ilek2 jer diaorang promote gaya idup songsang tu. Humanity disorder. Dan beberapa ari lepas aku baca kat surat khabar, gay couple sekarang nie boleh dapat kan anak dengan ibu tumpang dari India, mengikut laporan, banyak pasangan gay nie buat program ibu tumpang nie kat India sekarang sebab kos lebih murah. Tapi tak pernah ke diaorang piker masa depan anak diaorang nanti. Entah2 bila dah besar nanti kena ejek, sebab anak gay. Bukan ker tekanan perasan budak tu..ish2 kesian.
Sesungguhnya mereka semua dah tak ingat dengan tuhan, dengan hukum alam. Kita telah di jadikan berpasangan. Bukan nya sesama jenis. Pasangan kita adalah perempuan. Aku pun tak reti kenapalah benda nie mesti jadi. Betul2 dah akhir zaman. Diaorang tak takut ke HIV, AIDS..jangan lah kita ingat kan kenikmatan sahaja.
Semoga anak ku, anak2 buah aku, kaum keluarga ku terhindar dari penyakit nafsu ini. Amin…

Monday, February 14, 2011

Kes bunuh diri...

Ada dengar berita pagi tadi, ada orang bunuh diri kat jambatan gantung. Lebih2 mengejutkan lagi adalah, orang tu berbangsa Melayu. Agak mengejutkan bila mendengar orang Melayu membunuh diri? Apa yang buat diaorang sampai ambik keputusan sampai macam tu sekali..? Mana pergi keimanan mereka? Kalau dulu, amat jarang kita dengar orang berbangsa Melayu bunuh diri, agama Islam larang kita bunoh diri, langsung tak cium bau syurga beb…amaran dah jelas tapi apahal la jugak masih ada yang buat keputusan nekad macam tu.
Aku ada seorang kawan kat kampong aku bunuh diri. 11 tahun yang lampau. Sampai bila2 pun aku tak akan lupa, sebab ari tu aku daftar diri nak turun keja dengan majikan aku sekarang nie. Sedih jugak beb ilang kawan sekampung yang sama2 main bola n sama2 kejar layang2 putus kat kampong. Alasan dier bunuh diri tu langsung tak masuk akal. Tak payah la aku nak cakap apa. Yang kesian anak dier yang masih kecil tu.
Kadang2 aku terpikir, apa sebab dan musabab orang bunoh diri nie? Mungkin dia orang tak tak nak share masalah dengan orang kot. Ada burok nya jugak kalau main pendam2 masalah nie. Sebab tu lah aku selalu bergurau dengan kengkawan aku , kalau ada masalah boley cakap dengan aku sebab kat sekolah dulu aku masuk kelab PRS ( Pembimbing Rakan Sebaya ). Aku pun tak pasti samada kelab nie masih lagi wujud kat sekolah zaman sekarang nie.
Apa2 pun, pokok pangkalnya, kalau ada masalah tu, rasa2 perlu carik orang berbincang, pergilah carik n luahkan apa yang terpendam dalam hati tu. Jangan samapai mati akal dek kerana masalah , ambik jalan mudah dengan penyelesaian yang amat mudah…

Sunday, February 6, 2011

Anggur+Otak Kuning..

Memang best jugak bila kita layan cuti panjang nie. Besok dah turun keja balik dah. Semengat mau ada beb sebab opis masih lagi sunyi besok dan for the next 2 days. Aku tergerak ati nak update blog aku kali nie pasal kawan aku sorang. Dier nie tanam anggur dah lama dah, memang menjadi , daun pokok anggur dier memang lebat, jadi Jumaat lepas aku pegi umah dier. Yang best nyer pokok anggur dier berbuah, sapa sangka selepas beberapa tahun. Layan jugak ..sapa cakap anggur tak boleh tumbuh dan berbuah kat Malaysia nie. Nie aku letak gambar sebagai bukti...



Jadi nak menghabiskan cuti aku , aku pegi la jalan2 kat e-mart petang tadi, ya lah to kill some times kata orang putih kan. Bila aku sampai bahagian mainan kanak2, aku terjumpa la mainan nie, made in china. Mainan ayam, tapi yang menarik perhatian aku adelah nama mainan nie “ Funny Cock”. Korang dapat tangkap maksud aku tak ? Hehehehehehe....otak kuning aku bila tertengok jer ayat “cock” tu, terus pikir mender tuu hahahahaha...bini aku senyum bila aku cakap kat dier.

Ye lah , kalau korang google kan ayat tu, mana der dier kluar ayam, kompom Huge Cock, black cock ...entah apa lagi cock yang google bagi kat kiter, tak caya..pegi cuba nun.....Jangan la ambik ati k, kita semua kan dah dewasa, maaf lah kalau saper2 yang rasa x selesa dengan topik nie, but seriously lucu bagi aku..
Pagi selasa nanti ada food testing. Aku memang suka bila part test2 food nie, gerenti sedap diaorang masak, ye la pasal nak dapat keja supply food masa Majlis Tahun Baru CIna nanti untuk unit JKM...
Apa2 pun aku nak pegi siap sedia nak tengok game Liverpool lawan Cheslsea nie...aku nie kipas susah mati Liverpool, so dont care Torres ader ke tak, no hal punya....

Wednesday, February 2, 2011

Happy Chinese New Year ...


Tak lama lagi Tahun Baru Cina..lebih kurang dalam 9 jam lagi. Malam nie dah plan nak bawak anak aku tengok jiran sebelah rumah aku main mercun & bunga api. Kompom meriah malam nie…dam dam dum bunyi mercun, semarak lah raya cina ini tahun…
Jadual besok dah ada 3 buah umah nak pegi, so dah pakat2 ngan member seopis nak kongsi raya sama2. Hopefully besok tak ujan, cerah. Lagi lah meriah kalau cuaca baik besok. Petang aku ingat nak pegi bawak anak aku pegi layan cerita kartun Yogi bear kat wayang nun. Dan besok jugak lah besday bini aku. Arghhh tensen betol apa nak kasi dengan dier kali nie. Bini aku siap announce lak esok cuti umum sempena besday dier ( mentang2lah besok memang cuti umum pun..).
So complete laa besday celebration untuk family aku tahun nie. Yang bestnya, besday aku, biniku and anak kue berturutan , semuanya dekat. So memang meriah la sebab lepas sorang, sorang lak sambut besday.
So, untuk semua kawan2 Cina aku…Gong Xi2…kalau saya datang nanti jangan lupa kasi angpau, paling2 kurang pun kuih pau pun aku terima seadanya..

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...