Hari pertama turun kerja untuk tahun 2011, aku terbabas tidor. Bukak2 mata, tgk jam dinding dah pukul 8.40. Alamak…pasal layan cerita semalam sampai pukol 3.30 pagi,aku terbabas sampai lepas lak Subuh. Sampai opis dalam pukol 9.15 . Lepas bukak notebook, bukak email, kekawan ajak pegi minum pagi. Lepak lak kat kantin sampai pukol 10. Opis hari nie pun sunyi jer, banyak yang pegi ke sekolah coz anak2 diaorang masuk darjah satu. So takder lah banyak sangat kerja, last year punya request aku dah kasi settle before cuti Jumaat lepas.
Azam aku tahun baru nie? Semestinya kita ingin nak jadi manusia yang lebih baik dari tahun sebelum nya ? jadi adakah aku jahat tahun lepas ? takder lah jugak cuma nakal sahaja. Lagi pun aku tak pernah buat azam tiap2 kali tukar tahun. Aku buat azam baru tiap2 kali tiba tarikh hari jadi aku. Macam biasa jugak, aku tak pernah nak share aku pun azam dengan sesiapa walaupun orang yang paling dekat dengan aku. Itu cuma antara aku dengan Tuhan aku jer yang tahu. Nobody else should know…so tiap kali bufdey aku, aku tengok lah apa yang aku azam nak ubah berjaya ke tak? Bagi aku, aku dah banyak berubah in a certain way. Aku dapat rasa yang aku tak la macam dulu lagi, internally la, bukan externally. Itu apa yang aku rasa lah…Insya Allah.
Btw, kepada semua orang Sarawak yang ada baca entry aku kali nie, aku nak buat satu pengumuman. Kat dalam facebook sekarang nie, aku satu akaun yang guna nama Sarawak Government. Masalahnya sekarang , admin akaun nie dah buat satu status update yang berbaur perkauman yang langsung tidak mencerminkan pendirian Kerajaan Negeri Sarawak. Kekadang status yang dier update pun punyer la bodoh bunyi nya. Masalah nya sekarang, dah ada pengguna facebook kat luar sana percaya yang si empunya akaun nie mewakili kerajaan negeri Sarawak. So, aku mintak la tolong war2 kan kepada sesiapa jer yang berkenaan .
Semangat 1 Malaysia beb…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.
Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...
-
I’m one of the big fans of Mi Kari. Before my mother pass away, her mi kari recipe is one of the finest for me. Sedap wa cakap lu…Now that s...
-
Last Saturday night, just like a normal Saturday night for me. “Makan!Makan! As usual my mother in law calling for us. Slowly I move to the...
No comments:
Post a Comment