Korang tengok badan batu nie, penuh ngan tulisan nombor ekor...aduh hai..
Lubang nie orang gali pasal nak masukkan dinamit..
Coba korang tengok, ader macam2 katak kan...
Ini merupakan salah satu benda yang aku jumpa semasa aku dalam pengembaraan tidak rasmi aku semasa menjadi hakim untuk Anugerah Desa Cemerlang, orang panggilnya Batu Katak. Keseluruhan batu ini penuh dengan nombor-nombor ekor 4d. Mengikut cerita yang aku dapat dari orang, dulu batu ni kecik je, pada paras pinggang. Tetapi semakin membesar hingga ke saiz yang ada sekarang nie. Dulu batu nie, tak berbumbung. Mengikut cerita yang aku dapat, ada seorang Cina nie, dia pergi menurunlah kat batu nie, so dier buat nazar, kalau nombor ekor dier nie naik, dier janji nak buat bumbung supaya batu tu takkan kena hujan, panas lagi. Nak dijadikan cerita memang betul2 nombor ekor dier naik, so dier pun pegi le tunaikan janjinya, buatkan bumbung untuk batu tu. Kalau korang tengok badan batu nie, ada lubang yang orang tebuk pasal orang nak letupkan guna dinamit, tapi kata diaorang langsung tak nak meletup.
Aku susah gak nak percaya menda nie tapi aku dapat lihat lah banyak lubang untuk masukkan dinamit tu kat batu nie. Memang kalau dilihat dari tepi memang macam katak yang sedia nak melompat. Korang tengok jer gambar…
1 comment:
Took me time to read the whole article, the article is great but the comments bring more brainstorm ideas, thanks.
- Johnson
Post a Comment