Tuesday, April 22, 2014

Gosh...i didn't saw it coming...

I get the shocked of my life when i was accused as kaffir by my own brother of Muslim. Semuanya gara gara komen aku yang mengatakan tiada kebetulan dalam Islam. Bagi aku, aku tidak akan mengatakan sesuatu tanpa aku pasti yang ia adalah ssuatu yang betul. Kenapa aku mengatakan tiada kebetulan dalam Islam, kerana kita wajib percaya dengan qada & qadar , iaitu ketentuan yang Allah s.w.t tetapkan dalam kehidupan kita. Jadi setiap kejadian dalam hidup kita bukanlah kebetulan sebaliknya adalah ketentuan yang Allah telah tetapkan. Memang penampilan ku tiada kopiah atau serban di kepala tapi itu tidak menggambarkan aku yang sebenar. Aku bukan lah seorang yang alim, masih dalam pembelajaran, dan setiap ilmu yang baik itu adalah dari Allah s.w.t. Marah? Langsung tidak cuma terkilan. Muslim sejati tidak akan berprasangka dengan saudara nya apatah lagi mendoakan sesuatu yang buruk. Nabi tidak pernah menghina musuh musuh Islam, malah akhlak Nabi sungguh mulia. Adakah dengan menghina seorang itu akan mengangkat darjat kita? Akan menjadikan kita lebih baik dari orang lain? Alangkah baiknya sekiranya akhlak kita terhadap musuh Islam sebaik Salahuddin Al-Ayubi. Alangkah baiknya sekiranya kita tunjukkan akhlak yang baik kepada musuh musuh Islam supaya mereka tertarik kepada Islam kerana sebaik baik dakwah adalah melalui akhlak yang mulia. Bukannya dengan mencerca dan menghina. Siapa kita yang menentukan nasib seorang manusia walaupun bukan saudara seagama. Benarlah kata alim ulama yang Islam itu sempurna tetapi seorang muslim itu tidak semestinya sempurna.

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...