Wednesday, June 29, 2016

Raya dah nak tiba dah nie..

Sekarang nie, kat mana mana jer aku pergi, lagu raya memang tengah jadi lagu carta tertinggi di pasaraya. Betul betul buat aku semakin nak sabar nak balik bercuti. Pertama kalinya aku berpuasa jauh dari keluarga takda kesempatan untuk balik. Tuhan saja yang tahu, betapa aku rindu nak berbuka dengan anak bini aku. Yer lah kan, dah kahwin 13 tahun, bila jauh sikit memang la rindu, lebih lagi musim perayaan macam nie dan di bulan Ramadhan. Tak sabar nak makan masakan orang rumah, hari hari dok bantai makanan kat bazar, dah hilang selera dah aku. Semalam aku Cuma beli nasi, lepas tu beli ikan dan ayam. Lagi la sedap dari aku makan makanan kat bazar. Dah la 3 hari lepas aku terkena keracunan makanan sebab beli makanan kat bazar, buat phobia kejap .
Jadi sempena hari baik, bulan baik nie, aku ambik kesempatan pada saudara sesama Muslim yang baca blog aku, aku ucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin, maaf lah kalua ada yang aku tulis menyinggung perasaan.

Thursday, June 23, 2016

Terkenang semasa dulu ( raya masa kecik )

Dah masuk minggu ketiga kita berpuasa, maknanya tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aku memang dah tak sabar nak balik kampong. Sebab kali ini, memang aku berpuasa di rantauan sepenuh masa, takde balik ke Kuching. Rindu? Memang lah…bohong la kalua aku tak rindu kat anak bini kan. Bila dah tak pulang kampong, aku pun buat la satu habit lama, mencuba pulak berbuka kat surau di Bintulu nie, nak ambik pengalaman. Kelainan tu adalah sikit, kalua di banding kat tempat yang aku dah cuba. Seronok lagi kat sini sebab kat bumi Sarawak dan banyak kawan sekali.
Dan bila raya dah nak tiba nie, aku akan terimbas kembali zaman aku kecik kecik dulu nak raya, yang aku tengok dah semakin kurang pada masa sekarang nie, malah da yang dah tak di amalkan lagi. Kalau zaman aku kecik dulu, masih teringat akan arwah bapak aku bakar lemang, lemang yang terbaik bagi aku sebab bapak buat. Sekarang nie, jarang aku tengok orang bakar lemang lagi kat rumah rumah kampong. Ada pun sebab dia orang berniaga lemang untuk hari raya nanti.
Juga akan sibuk lah tolong bapak aku pegang kaki dan leher ayam yang nak di sembelih. Bapak aku jarang beli ayam kat pasar, dia akan sembelih sendiri ayam kampong yang dia pelihara. Pastu akan sibuk pulak tolong mak, cabut bulu ayam. Kadang bila teringat benda nie, aku rindu nak alami balik benda nie semua.
Arwah bapak tengah bersih kan ayam
Bila arwah mak dah siap nak buat kuih, akan ada la dia mintak tolong aku perahkan santan, mengayak tepung. Paling aku suka kuih siput berempah yang arwah mak buat. Dan arwah emak pasti akan buat kuih makmur, untuk di kirim kepada abang aku yang jauh.
Dan sebelum raya, pasti akan sibuk cuci pasu bunga arwah emak, pilih bunga yang cantik cantik, lepas tu bawak masuk rumah, nak buat tempat gantung kad hari raya yang aku dan abang dan kakak aku terima dari kawan kawan. Memang nostalgia...
Gambar atas kami adik beradik dan gambar bawah, tahun terakhir arwah mak ada, bapak aku memang tak suka kena ambik gambar.. Yang pasti , zaman raya aku masa kecik memang seronok. Walaupun ada kekurangannya, aku bila dah dewasa amat amat menghargai apa yang telah aku alami masa kecik dulu. Adios….( sebak pulak nie )

Monday, June 13, 2016

Salam Ramadhan

Assalamualaikum… sekejap saja dah kita semua berada di minggu kedua bulan Ramadan 1437 Hijrah. Jadi masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh Muslim di mana saja berada dan pada sesiapa saja yang membaca blog ini. Ini merupakan tahun kedua aku berpuasa di Bintulu, syukur alhamdulillah kerana masih di panjangkan usia untuk berada di bulan yang mulia ini pada tahun ini.
Walaupun berada di Ipoh, hari pertama aku sempat lagi berpuasa dan berbuka bersama keluarga, Cuma tahun ini hari pertama puasa aku berjauhan, sedih wa cakap lu. Kalau berjauhan tu, alah bisa tegal biasa jer sekarang nie. Jadi aku berkesempatan untuk pulang ke Kuching pada hujung minggu lepas, dan berkesempatan pergi ke beberapa bazar Ramadan di Kuching, agak mengejutkan harga makanan dan jumlah( portion ) makanan di Kuching agak mahal dan sikit, berbandingkan harga & portion makanan di Bintulu. Sesuatu yang agak mengejutkan memandangkan Bintulu antara bandar termahal di Malaysia. Dan memang mengecewakan , Nampak sangat peniaga peniaga terlalu mengaut keuntungan. Maaflah, mungkin ada yang akan mengatakan kenaikan harga barang, tapi apa beza nya dengan Bintulu, kenapa mereka masih mampu menjual dengan harga lebih rendah?
Dan Euro 2016 pun dah mula, tapi aku belum tengok satu game pun, tapi awal awal dah di hangatkan dengan kerenah penyokong Russia & England. Baru jer tournament tu mula, dah mula dah nak kecoh, yang pasti, memang pengaruh alcohol sedikit sebanyak memainkan peranan. Entahlah, tahun nie aku macam tak berapa minat nak tengok bola, tak tahu lah kenapa tapi may the best team win..
Semoga puasa kita semua juga akan mendapat keberkatan dan di terima di sisi Allah..

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...