Friday, January 29, 2016

Wembley, EPF & Bufdey

Seronok..lama dah tak tengok pasukan kesayangan aku , Liverpool beraksi dalam perlawanan akhir. Jadi tarikh dah di tetapkan, sapa nak date dengan aku pada 28 February 2016 untuk perlawanan akhir Capitol One antara Liverpool lawan Mancheste City. Pasukan negeri aku, Sarawak pun tengah buat performance yang baik dalam sesi perlawanan awal musim di Vietnam. Double joy untuk aku.
Bila aku imbas kembali pada tarikh ini pada tahun lepas, aku berada di Mekah menunaikan umrah bersama keluarga. Betapa cepatnya masa berlalu, aku sendiri tak rasa sangat yang dah setahun berlalu. Pengalaman hidup yang terbaik untuk aku.
Aku terbaca la semalam pasal pengurangan bayaran EPF sebanyak 3%. Kenapa kerajaan tak bagi pilihan bagi mereka yang nak kekalkan pemotongan EPF sebanyak 11%. Kalau pada pendapat peribadi, aku rasa masa nie aku susah sikit takpa la kan, sebab itu semua simpanan aku untuk hari tua. Sekarang nie aku tengah menunggu dividen & bonus untuk EPF & Tabung Haji. Bila la diaorang nak umumkan. Myberas pulak aku harap ia tak akan di ambil kesempatan sesetengah pihak untuk pecah amanah, selalu aku tengok , kalau ada program macam tu, pasti akan ada pegawai yang pecah amanah.
Motto aku pulak , harap la dapat post banyak cerita kat blog aku untuk tahun nie, sebab tahun lepas memang agak kurang. Dengan suasana yang makin meriah kat pasaraya sempena tahun baru Cina nie, masa nie lah paling best nak layan tengok barang murah. Sebelum aku berhenti nie, aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada isteri aku, yang akan menyambut hari jadi nya dalam beberapa hari lagi. Semoga Allah akan murah lagi rezeki awak k...

Friday, January 15, 2016

End with a bang, and start with a bang

End with a bang, and start with a bang. Itu lah pengakhiran tahun 2015 dan permulaan tahun 2016 untuk aku. Kenapa aku kata macam itu? Beberapa hari sebelum tukar tahun, motorsikal aku meragam, dan terpaksa kena servis, melibatkan jumlah pulus a.k.a duit yang lumayan jugak. Tapi takpa lah kan. Lagi pun memang nak servis pun.
Jadi aku pun balik lah , cuti seminggu untuk minggu pertama Januari 2016. Seronoklah kan dapat luang kan masa dengan famili. Orang banyak cakap, itulah masa emas yang nak di luang bersama keluarga. Beberapa hari nak habis cuti, pintu belakang kereta aku kena langgar masa parking kat Saberkas. Punyalah aku bengang sebab pintu memang kemek habis. Yang sakit hatinya tak tau sapa yang langgar, itulah yang aku bengang sangat. Jadi, pergi bengkel, tanyak ketuk balik pintu tu serta spray , ongkos nya betul betul buat aku senyum dalam duka, tapi takpa lah , aku redha janji aku dan keluarga selamat. Jadi , hari sabtu 9 Januari tu pegilah hantar bengkel baiki. Itupun baru ketuk jer, belum lagi spray. Hari Ahad, masa balik dari beli barang di kawasan lampu trafik Satok, masa hujan renyai. Kereta aku kena la langgar lagi sekali, kali ini kena langgar dari belakang. Memang aku terkedu, jatuh aku punya bumper belakang. Orang yang langgar aku tu pun, tahu dia salah , langsung tak banyak cerita, terus bawa pergi mekanik dia.
Sedih wooo tengok kereta dalam selang masa 3 hari kena langgar. Tapi pokok pangkal aku redha sebab aku n anak bini selamat. Aku nak marah, malas la pulak sebab kemalangan kan. Nak marah pun bukan nya boleh putarkan balik masa supaya tak kena langgar. Aku tau semua benda yang jadi tu ada hikmahnya, kalau tak pada masa kini mungkin pada masa depan. Kalau sebelum nie , aku tak pernah di uji kereta kena langgar, sekali Allah bagi dugaan kena 2 kali sekaligus. Aku redha dan cuba bersabar sebaik mungkin.
Yang aku seronok, bila anak aku cuba nak hiburkan aku masa kereta kena langgar kali kedua tu. Memang buat aku tersenyum. Hikmahnya, mungkin aku kurang bersedekah kot, kena lebihkan lagi, mungkin juga Allah ambik sikit selepas tu Dia bagi banyak banyak kat aku.
Dan kepada semua kat luar sana, mungkin belum terlambat aku ucapkan selamat tahun baru 2016. Pada firasat aku, tahun 2016 akan jadi tahun yang terbaik, dengan semua kejadian yang menimpa, dengan jatuhnya hari pertama tahun 2016 pada hari Jumaat. Aku kena langgar pada pertama kalinya pun pada hari Jumaat, jadi bagi aku, apa apa yang berlaku pada hari Jumaat akan membawa kebaikan. Aku sendiri pun kalau nak buat sesuatu, aku akan mulakan pada hari Jumaat. Semoga 2016 adalah tahun terbaik untuk kita, dan negara akan terus aman dan dilindungi dari kejadian yang tidak dii ingini seperti di Istanbul dan Jakarta.