Tuesday, June 23, 2015

Di perantauan..

Dah nak masuk seminggu kita berpuasa, tahun kedua berpuasa di perantauan. Makan dan minum untuk berbuka kena fikirkan. Kalau kat rumah memang isteri yang buatkan. Sekarang ini, aku punya BP pulak dah menaik, boleh tahan jugak kali nie. Dosage ubat dah di naikkan, ingatkan nak sembuh tapi menaik pulak, cabaran nie. Sebab itu lah aku nak minta kerja dekat dengan keluarga aku, balik kerja tengok muka anak isteri, tak lah stress sangat. Bila jauh dari keluarga amcam nie, dah lah stress kerja , balik rumah takda orang nak bergurau, takda anak nak ajak borak, mana tak stress sampai naik lagi BP aku. Seperti biasa, kalau bulan puasa ni, benda wajib untuk berbuka seperti bubor pedas, ayam botok adalah satu kemestian bagi aku, tapi kali nie aku kena lah tunggu aku balik Kuching dulu, baru dapat merasa benda tu semua. Satu benda yang tak da kat Bintulu nie, Sotong bakar a.k.a suntong tunok. Aku tak tahu kenapa benda nie takda kat sini, nampak gaya nya di Kuching nanti lah aku mesti rasa benda nie.Harga makanan memang berapi lah kat sini, beli yang biasa jer dah sampai RM5, minimum lauk yang di pilih dah sampai RM5, ambik nasik lemak biasa dah sampai RM5. Dah lah pemandu pemandu 4x4 macam Hilux, Navara, Triton bawak macam pelesit. Kalau motorsikal, kereta kecil memang dia orang tak ambil kisah sangat, kalau bleh langgar memang dia orang langgar aku rasa kot. Maaf lah kalau ada yang terasa, tapi kalau hari hujan , kereta lain semua bawa perlahan tapi yang diaorang nie masih lagi memecut. Macam mana kemalangan tak terjadi. Tapi aku tau lah tak semua pemandu 4x4 macam tu, tapi majoritinya yang aku tengok selama masuk 3 bulan aku kat sini memang macam tu. Apa apa pun , aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua saudara seagamaku di luar sana. Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Takabbalallahhuminkum....
Sotong bakar a.k.a suntong tutok a.k.a suntong tunok

Monday, June 15, 2015

Ramadhan datang lagi...

Pejam celik, dalam 3 hari lagi kita dah nak berpuasa. Alhamdulillah, kerana umur masih lagi di panjangkan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia sekali lagi. Ramadhan yang aka nada sedikit kelainan, tahun yang keduanya aku berpuasa sorang sorang jer. Sedih? Memang lah kan, tapi itulah ujian nya. Kita tak akan tahu apa yang akan kita hadapi. Allah adalah perancang yang terbaik untuk hambaNya. Aku pun dah perasan iklan hari raya dah mula nak tumbuh, aku tengok majis majlis berbuka pun dah banyak yang rancang kan baik di TV, atau pun di antara kita sendiri. Jangan lah nanti, di media social, sibuk dok update status, dah puasa lah, dah terawih lah, apa apa jer lah. Biarlah kita jer yang tau, kerana itu urusan antara kita dengan Allah, tak payah lah nak share share. Aku doakan untuk semua saudara ku dan juga untuk aku sendiri semoga akan mendapat pahala puasa yang sebenarnya, jangan sekadar lapar dahaga. Penuhkan lah malam nya dengan ibadat, kita tidak akan tahu adakah ini akan jadi Ramadhan yang terakhir untuk kita, atau kita langsung tak berkesempatan untuk bertemu dengan Ramdhan tahun ini sekiranya maut menjemput kita dalam 3 hari ini. Wallahualam…

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...