Friday, May 8, 2015

What's next..?

Apa perancangan seterusnya? Apa aku nak buat kalau tak balik Kuching? Hahahah itulah yang sering bermain dalam kepala aku sekarang. I need something to kill my free time. Bintulu adalah Bandar yang mahal. Jadi apa apa aktiviti aku memang cuba untuk mengelak yang akan buat aku berbelanja lebih. Jimat duit la katakan… Aku 2 minggu sekali akan balik Kuching, itu yang pasti. Nasib baik la aku dah setanah, walaupun jauh, masih lagi banyak alternative nak balik Kuching by air or by land. Setidaknya , dalam 2 minggu sekali, aku akan stress free. Family aku adalah penghilang stress aku, mendengar suara isteri dan gelak ketawa anak sudah cukup menenangkan kepala yang bengang. What more I can ask for ? Cuma aku mampu ucapkan Alhamdulillah. Setiap yang berlaku, adalah ketentuan Allah, aku cuma mampu memohon kesabaran saja dalam menghadapi ujianNya. Aku minta semua yang berlaku akan mengajar aku menjadi hambaNya yang lebih baik. Terfikir dengan kata-kata isteri aku, mengenai apa yang terjadi, mungkin ada kebenarannya. Semua ini ujian, sabar adalah sebaik baik nya cara menghadapi. Aku tak boleh jangka masa depan, hanya Allah yang tahu… So all the best untuk aku…. Bagi yang baca nie, jangan lupa doakan semoga aku kembali bersatu dengan keluarga aku..ameen..hanya Allah yang mampu membalas nya..

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...