Saturday, April 11, 2015

Persekitaran baru...

Sudah lebih seminggu aku berada di tempat kerja baru. Aku sendiri tidak menyangka selepas 25 tahun, aku akan kembali ke Bintulu. Bandar Bintulu sudah pesat membangun, sungguh berbeza dengan keadaan semasa aku sampai 25 tahun lepas. Majikan lama aku , Marco Polo Pub & Grill masih lagi wujud. Lapangan terbangnya sudah berpindah tempat, agak jauh dari pusat bandar. Cuaca di sini agak panas, panas sedikit dari Ipoh, mungkin kerana kedudukannya yang berada di tepi laut. Paling aku bersyukur, aku sudah setanah dengan keluargaku, aku akan lebih kerap pulang ke Kuching, kalau rezeki lebih, mungkin aku akan pulang seminggu sekali, 2 minggu sekali, jika dibandingkan aku di Ipoh, aku cuma balik sebulan sekali. Orang kata kat aku, kenapa tak balik Kuching terus, ustaz yang mengajar mengaji bagitau kat aku, itu adalah cubaan Allah kepada hambaNya. Kalau kita bersyukur, Dia akan beri lebih lagi kepada kita. Aku sendiri pernah cakap, hidup ini adalah satu pengembaraan, tapi aku tak sangka pulak yang aku akan mengembara kembali bila umur aku menjangkau 40 an. Bila sudah berkeluarga, aku langsung tak terfikir akan berjauhan dari mereka. Perancangan Allah lebih baik, aku hanya mampu mendoakan yang semuanya adalah yang terbaik untuk aku, isteri dan anak aku. Aku sering berkata pada diriku sendiri, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku di Bintulu akan dekat dengan anak anak buahku, dengan cucu cucuku. Lucu pulak bila teringat yang aku sudah bercucu. Datuk rock kata anak anak buah ku di Bintulu. Berjauhan benar benar mengajar aku, betapa pentingnya kepercayaan antara suami dan isteri. Alhamdulillah, aku bersyukur aku masih lagi memegang amanah dan kepercayaan isteri aku, memang aku tidak nafikan wujud nya godaan. Tapi itulah ujian Nya. Pada yang membaca entri blog aku ini, sama ada yang kenal atau tak kenal dengan aku, doakan aku supaya cepat bersatu dengan keluarga. Hanya Allah yang membalas doa anda semua...

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...