Tuesday, March 24, 2015

Pindah lagi

10 bulan ..itulah tempoh aku berada di Ipoh. Best nya aku akan kembali ke Sarawak tapi still jauh lagi dari family. Tapi takper, first thing first. Syukur doa aku di makbulkan walaupun masih lagi belum dekat dengan isteri dan anak aku. Destinasi aku seterusnya pulak adalah Bintulu. Bandar pesisir pantai yang popular dengan minyak dan gas. Salah satu bandar termahal di Malaysia. Paling kurang pun, aku dapat rancang balik Kuching 2 kali sebulan kalau di bandingkan aku kat Ipoh, balik sebulan sekali. Aku nak cakap banyak pun tak guna, aku terima seadanya keputusan dari pengurusan. Kesian anak aku, dah lah masa membesar, masa seorang anak yang sepatutnya mendapat jagaan dari seorang bapa. Kesian isteri aku kena buat semua sekarang kerja rumah. Aku ada lah cuba nak mintak balik Kuching, dah explain kat boss, still dia orang tak faham. Bukan aku tak nak pegi mana, sebab tak nak pergi jauh masa dah ada famili la aku awal awal dulu dah mintak transfer. Satu keluarga sepatutnya bersama, bukan di pecah belah, memang lah kita kerja, kena ikut arahan, tapi banyak lagi staf yang bujang dalam kompeni aku, banyak lagi yang belum lagi ambik kerja luar, banyak sangat yang masih dalam comfort zone masing masing. Aku masih lagi berdoa semoga aku di Bintulu tak akan lama. Keluarga aku kecik jer, sekarang aku dok sorang sorang, isteri dan anak aku jauh dari aku. Semoga Allah jaga aku dan keluarga aku, semoga kami di lindungi dari keburukan . Jadi selamat tinggal Ipoh, Pasar karat, gerbang malam...tempat kegemaran aku semasa kat Ipoh..satu hari nanti aku akan datang ke Ipoh lagi...

Monday, March 2, 2015

LIverpool 2-1 Manchester City

Satu kemenangan yang sangat seronok untuk di raikan. Menang 2-1 ke atas juara bertahan, Manchester City semalam, memang yang terbaik. Perlawanan memang boleh di anggar kelas pertama. Gol Jordan Handerson & Philip Cautinho sudah cukup untuk mendiamkan penyokong Manchester City. Aku rasa selepas ni, Cautinho akan jadi perhatian kelab kelab besar macam Real Madrid & Barcelona. Akan jadi satu kerugian sekiranya Liverpool kehilangan pemain yang bagus, macam kehilangan Luis Suarez, Torres, Alonso kepada kelab kelab besar. Harap harap Liverpool akan buat sesuatu. Semoga sasaran empat kelab teratas akan tercapai.. Go Liverpool ...YNWA