Tuesday, February 24, 2015

My wonderful journey

Lama jugak tak update blog aku nie. Kira aku sekarang nie tengah kekeringan idea la apa nak tulis. Alhamdulillah, aku selesai menunaikan umrah bersama dengan keluarga aku. Seronok memang la, tapi yang terbaik nya, aku dapat menjejakkan kaki aku ke bumi bertuah, Mekah & Madinah. Amat bersyukur kerana Allah makbulkan doa aku. Sekurang kurang nya hajat aku tercapai nak pegi dua tempat nie, sebelum aku menjengok tempat lain, sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa hambaNya. 6 hari di Madinah dan 6 hari di Mekah.Di Madinah, pertama kali aku kena cuaca sejuk, sekitar 11 darjah celcius. Aku ingat kan tempat kerja aku, sejuk, rupanya sana lagi la sejuk. Aku masih ingat , selesai je solat Subuh kat Masjid Nabawi, aku terus pegi cari sarung tangan sebab tak tahan sejuk. Yang aku suka di Madinah, orang Arab nya sungguh peramah, lebih lagi kalau jemaah tu dari Malaysia atau Indonesia. Rasa bangga bila orang luar amat menyanjung Malaysia. Mungkin kerana penduduk Madinah yang peramah ini yang Allah memerintah Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Penduduknya sangat baik.
Mekah , panas, sungguh berbeza dari Madinah. Dengan kerja kerja pembinaan yang berjalan di sekeliling Masjidil Haram, suasana di Mekah sungguh sibuk. Udara nya tak berapa bersih sangat kerana debu debu pembinaan. Pertama kali melihat Kaabah, aku mengalir air mata sebab jauh dari sangkaan aku yang aku akan dapat melihat Kaabah sendiri. Susah nak di gambar perasaan masa tu. Allah je yang tahu. Dan memang, Mekah bandar yang tak pernah tidur. Orang Arab nya agak kasar berbanding dengan Madinah. Solat jenazah , setiap waktu solat akan diadakan. Memang tak pernah yang tak ada. In sha Allah, ada rezeki, aku akan datang lagi. Semoga Allah akan menjemput aku lagi. Kalau nak cerita semua, memang panjang la..

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...