Monday, January 12, 2015

Permulaan tahun 2015 yang tidak bagus..

Dah masuk 12 hari dah kita di tahun 2015. Tahun yang bermula dengan kejutan, serangan di Perancis. Serangan yang semakin mencalar imej Islam. Aku buka Google +, sungguh banyak nya cercaan terhadap Nabi s.a.w., sungguh banyak yang mengatakan Islam adalah agama yang menganjur keganasan. Mungkin ini adalah gambaran awal untuk tahun 2015 yang ia merupakan tahun yang akan penuh pancaroba untuk umat Islam seluruhnya. Cercaan yang di buat Charlie Hebdo, ke atas Islam dan Nabinya, konon nya atas dasar kebebasan bersuara. Menghina agama dan manusia junjungan umat Islam , bukan nya satu kebebasan bersuara, ia lebih ke arah penghinaan, lebih ke arah provokasi. Provokasi yang lebih ke arah yang bertujuan untuk membangkitkan kemarahan. Di tambah lagi dengan wujudnya golongan yang mentafsir agama berdasarkan hawa nafsu, untuk memenuhi agenda masing masing, memungkinkan terjadinya serangan tersebut. Sesungguhnya Islam adalah agama yang cintakan kedamaian, hinggakan ada dalam al quran yang mengatakan, sesiapa yang membunuh seorang manusia, ibarat dia membunuh keseluruhan bangsa manusia, dan siapa yang menyelamatkan seorang nyawa manusia, ibarat ia menyelamatkan seluruh bangsa manusia. Masanya akan tiba pada suatu hari nanti bagi sesuatu yang memang tidak akan dapat di elakkan oleh seluruh umat Islam, peperangan menentang dajjal. Dan pada ketika ini, rancangan dajjal berjaya memperok perandakan seluruh umat Islam dengan perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri. Umat Islam sekarang ini sedang di uji oleh Allah dengan maha dasyat, dan di kala seluruh umat Islam berserah kepada Allah dan bersabar dengan segala ujian Allah, maka ketika itu lah datang nya pertolongan Allah. Kerana sesungguhnya , Allah bersama dengan orang orang yang sabar. Aku cuma mampu berkata dan menulis, bersabarlah seluruh saudaraku kerana pertolongan Allah itu adalah sesuatu yang nyata.