Wednesday, December 30, 2015

Masa itu umur ....

Kadang kadang satu gambar lebih menggambarkan segalanya....

Kejutan ...

Esok merupakan hari terakhir untuk tahun 2015. Dan aku menerima satu berita yang agak mengejutkan di penghujung tahun ini. Aku sekeluarga sering tertanya tanya ke mana pergi nya ustaz yang mengajar aku dan keluarga mengaji, semenjak habis musim haji sampai lah ke minggu lepas, persoalan demi persoalan kenapa la ustaz aku nie sukar untuk di hubungi. Seperti doa yang dimakbulkan Allah, akhirnya persoalan kami sekeluarga terjawab juga. Rupa rupanya ustaz yang aku tunggu dan cari telah meninggal dunia dalam kejadian kren runtuh semasa di Mekah dalam musim haji yang lepas. Terus terang aku katakan , yang aku agak tersentak menerima berita itu. Sedih ? memang sedih tapi dalam sanubari aku, aku gembira kerana mengetahui ustaz ku berada di tempat yang lebih baik dari aku. Yang aku sedih cuma bila mengenangkan kesudahan diri sendiri yang belum pasti lagi. Yang hanya mampu aku buat adalah berdoa semoga arwah tenang di alam sana.
Innalillahhiwainnailaihirajiun dan al-Fatihah untuk arwah Ustaz ....

Friday, December 11, 2015

Dah di hujung tahun...

Memang cepat masa berlalu kan ? pejam celik jer dah nak tukar tahun dah , masuk 2016. Kita nie sekarang dah di bulan terakhir 2015. Aku rasa banyak la yang akan sibuk dengan azam tahun baru, seolah olah ia menjadi rutin , sedang kan azam yang lama pun belum lagi tercapai.
Kadang kadang aku tengok , sesetengah nya cuma buat azam sebab nak in trend jer...takda matlamat sebenar. Sebab dia nak orang tahu, dia pun buat azam tiap2 tahun. Aku bukan mengutuk, tapi apa yang aku cakap adalah realiti kehidupan. Selepas 2 ke 3 hari macam tu, setengah nya akan lupa dengan azam yang di buat, azam yang di buat hanya nak di jadikan topik perbualan pada sambutan malam tahun baru. Mungkin ada yang pernah jumpa orang macam nie kat luar sana ...
Secara peribadi, aku tiap tiap hari ada azam baru. Setiap hari yang bertukar, aku berazam aku nak jadi lebih baik dari semalam. Nak tunggu 365 hari lama sangat nak buat azam baru, dengan cara ini aku rasa lebih bermotivasi.
Yang pasti dari yang tertera di dada akhbar, kos hidup akan meningkat dengan mendadak pada tahun depan, terutamanya kepada saudara seMalaysia yang berada di semenanjung sana. Aku nak cakap banyak memang tak boleh tapi, semoga Allah akan permudahkan untuk kita semua. Mungkinkah juga tahun hadapan akan mencipta sejarah pertukaran kerajaan baru, sebab kerajaan yang sedia ada macam dah tak boleh berfikir sangat aku tengok, setengah menteri nya kuat sangat bodek kita punya PM. Sesungguhnya dia orang lupa, dia orang naik keranan rakyat yang mengundi. Tetap dah seronok sangat dalam comfort zone, lupa pasal tanggungjawab dengan rakyat.
Mungkin dia orang patut hentikan BRIM tu, aku sejak dari mula memang tak sokong BRIM, sebab ia pengeluar keluar aset negara. Habiskan duit kerajaan jer..kan baik fikir cara lain nak beri bantuan kepada rakyat. Aku dah mula malas fikir pasal politik, there’s nothing good about politic. Aku terbaca satu laporan , antara orang yang paling tidak di percayai oleh masyarakat umum adalah ahli politik. Dan ahli politik nie lah yang menguruskan negara...ayat seterusnya, mungkin anda boleh fikir sendiri..
Assalamualaikum...

Thursday, November 12, 2015

Kabare...wes mangan hehehehehe

Bila aku baca blog Cik Tia, aku pun rasa aku dah lama tak update blog aku sendiri. Takda banyak nak di update, sibuk kerja, dudok kat perantauan, masih lagi jauh dari famili aku.
Setakat ni, aku dapat la menyesuaikan hidup di bandar minyak nie, Cuma aku masih tak boleh nak sesuai kan diri dengan harga makanan yang amat amat mahal. Jadi kebanyakan matlamat bila ronda kat Bintulu adalah carik kedai makan sedap dengan harga yangberpatutan. Setakat ni, Cuma ada satu dua kedai jer yangmasuk kriteria kedai pilihan aku kat Bintulu nie, kedai makan Aida Manja bersebelahan dengan New World Mart. Makanan nya memang sedap sebab tu aku berani cadangkan nama kedai tu kat blog aku. Kualiti makanan memang tak berubah. Ada sebuah lagi kedai tapi agak di luar pusat bandar Bintulu iaitu di kawasan batu 5, Berkah Cafe. Pun menu makanannya sedap sedap belaka dengan harga yang cukup berbaloi bagi aku. Satu lagi tempat yang aku boleh cadangkan adalah tempat makan SEDC, kat sana menu nasi bajet, tukang masak nya nampaknya macam orang dari Kelantan. Ongkos makannya RM5 jer, menu tetap tiap tiap hari, tapi amat berbaloi lah bagi aku. Jadi sapa sapa yang datang ke Bintulu, carik lah tiga buah kedai nie, korang gerenti tak menyesal punya.
Jadi, aku rasa yang nie jer yang aku mampu kongsi kat korang kat luar sana bila nak carik tempat makan di Bintulu. Kedai makan yang mahal banyak jugak tapi tak berbaloi, tapi tak baik la aku sebutkan nama kedai itu kat sini kan, nanti menutup rezeki dia orang jer kan.
Jadi, selamat datang ke Bintulu..

Wednesday, September 30, 2015

Eid Adha dan Layang Layang

Assalamulaikum … lama betul aku tak menulis kat blog aku nie. Kalau ikutkan hati memang banyak aku nak tulis tapi masa memang tak berapa mengizinkan. Kita baru jer lepas menyambut Hari Raya Kurban , Eid Adha. Semoga semua saudara kita yang berada di Mekah sana akan mendapat haji yang mabrur. Musim haji kali ini , pada pendapat peribadi aku agak berdarah, dengan kemalangan kren, kebakaran, rempuhan di Mina. Memang besar dugaan Jemaah haji pada musim ini. Aku doakan semoga para Jemaah yang terkorban akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan di kurniakan syurga.
Kuching pula kali ini teruk di landa jerebu. Jadi musim raya eid Adha nie , ada la kurang sikit, tak berapa meriah. Aku , kalau bab bab cuti macam nie memang sangat bernilai bagi aku, lebih lagi aku memang jauh dari family aku, jauh dari anak & isteri. Jadi setiap detik masa adalah emas bagi aku. Sekarang nie, dah masuk 6 bulan dah aku kat Bintulu, campur 12 bulan kat Ipoh, bermakna aku berjauhan dari family dah masuk 18 bulan. Bukan masa yang pendek bagi aku, masa yang amat panjang, 18 bulan aku banyak kehilangan melihat anak ku membesar. Sedih ? memanglah sedih …
Kali ini abang aku yang berada di Miri balik Kuching, jadi sempat lah bergambar sama, sebab dah lama tak bergambar sama, sebagai kenangan .
Pesta layang-layang a.k.a gudi dan Layang – layang peringkat antarabangsa baru jer habis di Bintulu. Seronok juga melihat layang layang. Terimbas kembali masa aku budak dulu, kejar laying putus tali. Yang mana aku rasakan, budak budak zaman sekarang tak akan rasa. Melawat tapak makanan dengan macam macam makanan yang ada. Memang best. Ada auto show. Jadi aku kongsikan sedikit gambar kat sini…

Thursday, August 27, 2015

The good news...

Alhamdulillah…one word sebagai tanda aku amat amat bersyukur. Medical check up result, all system are in good condition. All internal organ are in good condition. Bila dah masuk umur 40 an, semua kena jaga. Lower cholesterol, lower sugar level .. i’m so glad. Dengan satu lagi berita gembira yang aku dapat dari Kuching, tahniah kepada isteri saya. You really deserve it. Setengah dari doa ku dah dimakbulkan, Cuma setengah lagi yang belum lagi di makbulkan. Aku berharap aku di kurniakan kesabaran dalam menunggu berita terbaik . Hari Kemerdekaan Malaysia minggu depan. Selamat hari kemerdekaan, Negara ku sedang menghadapi saat kesukaran. Aku doakan yang terbaik untuk Malaysia ku khususnya Sarawak .

Wednesday, August 5, 2015

Merapu lagi nie....

Semalam hari yang agak membengangkan bagi aku. Entah macam mana, user nie pandai buat cerita, ada printer akan ambik 6 bulan nak kena repair. Dari mana dia dapat cerita tu, aku pun tak tahu. Yang kesiannya, geng aku lah , tak pasal pasal kena soal siasat oleh boss.
Apa yang pastinya, user tu buat cerita. Tapi, disebabkan kami terlibat dalam dalam yang memberi perkhidmatan, simpan je lah dalam hati walaupun sakit hati. Sekarang nie , dah masuk bulan Ogos dah, memang tak berasa aku dah masuk 4 bulan kat Bintulu. Paling aku kesiankan anak aku, dia buat permintaan supaya aku balik Kuching masa dia masuk darjah 3, supaya aku dapat hantar dan ambik dia masa pulang sekolah. Aku cuma mampu cakap, kalau tak der apa apa, nanti aku akan hantar dia pergi and ambik dia dari sekolah. Semoga Allah akan makbulkan doa anak kecik tu.
Seperkara yang aku belajar kat Bintulu, kos hidup tinggi sangat, sekarang nie aku dah mula bawak bekal masa kerja. Memang menjimatkan. Tapi yang seronoknya, aku dapat makanan yang kurang berminyak, dapat la juga jaga kesihatan.
Bersyukur la juga dengan turun nya harga petrol. Kalau naik juga, memang abis la jawabnya. Dah la kos makan tinggi, kena la pulak kos minyak yang naik , memang la naya la jawabnya.
Tetapi sesungguhnya Allah mendengar doa hamba hambaNya, aku amat bersyukur atas segalanya yang Dia berikan pada aku. Aku yakin satu hari nanti, aku kan dapat juga berita gembira yang aku tunggukan. Ameen……….
Senyum selalu

Friday, July 10, 2015

Raya dah nak tiba

Nampaknya, masa untuk aku mengemas kini blog nie, semakin hari aku rasakan semakin kurang. Komitmen kerja, kurangnya masa melayari internet boleh dikatakan menjadi factor utama. Hari ini pulak, adalah Jumaat terakhir dalam Ramadhan 2015 ini. Minggu depan dah nak hari Raya pulak. Masa ini, aku memang tak sabar nak balik kampong. Tak sabar nak layan anak aku main bunga api. Berjauahan mengajar aku menghargai masa. Betapa masa yang di habiskan bersama keluarga amat bernilai. Walaupun aku sekejap jer dapat bersama dengan anak & isteri, aku akan pastikan yang masa itu betul betul di habiskan dengan berkualiti. Kebelakangan ini, Negara kita di himpit masalah. Masalah yang timbul akibat kerakusan ahli politik di Malaysia. Bosan melihat pergaduhan BN –UMNO & PR-DAP. Aku seolah olah rasakan yang dua parti politik ini dah tak relevan dalam Malaysia yang moden. Kenapa rakyat Malaysia tak tolak jer dua parti nie, buka parti baru dengan tenaga muda , memimpin Malaysia ke fasa yang seterusnya. Bagi pendapat peribadi aku, itulah perubahan yang sebenarnya. Seseorang kena mulakan sesuatu. Malaysia di mata dunia sekarang di pandang jelek. Aku betul berharap, Malaysia akan bangkit setelah selesai kemelut ini. Apa pun aku dah malas nak fikirkan semua itu. Dengan raya yang tak lama lagi, aku ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim dan blogger yang merayakan nya. Maaf di pohon kepada anda semua. Yang memandu untuk balik kampong, berhati hati lah. Semoga kita semua akan bergembira di Hari Raya ini. Dan juga semoga Ramadhan yang akan berakhir ini akan mendatangkan keinsafan kepada kita semua…

Tuesday, June 23, 2015

Di perantauan..

Dah nak masuk seminggu kita berpuasa, tahun kedua berpuasa di perantauan. Makan dan minum untuk berbuka kena fikirkan. Kalau kat rumah memang isteri yang buatkan. Sekarang ini, aku punya BP pulak dah menaik, boleh tahan jugak kali nie. Dosage ubat dah di naikkan, ingatkan nak sembuh tapi menaik pulak, cabaran nie. Sebab itu lah aku nak minta kerja dekat dengan keluarga aku, balik kerja tengok muka anak isteri, tak lah stress sangat. Bila jauh dari keluarga amcam nie, dah lah stress kerja , balik rumah takda orang nak bergurau, takda anak nak ajak borak, mana tak stress sampai naik lagi BP aku. Seperti biasa, kalau bulan puasa ni, benda wajib untuk berbuka seperti bubor pedas, ayam botok adalah satu kemestian bagi aku, tapi kali nie aku kena lah tunggu aku balik Kuching dulu, baru dapat merasa benda tu semua. Satu benda yang tak da kat Bintulu nie, Sotong bakar a.k.a suntong tunok. Aku tak tahu kenapa benda nie takda kat sini, nampak gaya nya di Kuching nanti lah aku mesti rasa benda nie.Harga makanan memang berapi lah kat sini, beli yang biasa jer dah sampai RM5, minimum lauk yang di pilih dah sampai RM5, ambik nasik lemak biasa dah sampai RM5. Dah lah pemandu pemandu 4x4 macam Hilux, Navara, Triton bawak macam pelesit. Kalau motorsikal, kereta kecil memang dia orang tak ambil kisah sangat, kalau bleh langgar memang dia orang langgar aku rasa kot. Maaf lah kalau ada yang terasa, tapi kalau hari hujan , kereta lain semua bawa perlahan tapi yang diaorang nie masih lagi memecut. Macam mana kemalangan tak terjadi. Tapi aku tau lah tak semua pemandu 4x4 macam tu, tapi majoritinya yang aku tengok selama masuk 3 bulan aku kat sini memang macam tu. Apa apa pun , aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua saudara seagamaku di luar sana. Semoga Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk kita semua. Takabbalallahhuminkum....
Sotong bakar a.k.a suntong tutok a.k.a suntong tunok

Monday, June 15, 2015

Ramadhan datang lagi...

Pejam celik, dalam 3 hari lagi kita dah nak berpuasa. Alhamdulillah, kerana umur masih lagi di panjangkan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia sekali lagi. Ramadhan yang aka nada sedikit kelainan, tahun yang keduanya aku berpuasa sorang sorang jer. Sedih? Memang lah kan, tapi itulah ujian nya. Kita tak akan tahu apa yang akan kita hadapi. Allah adalah perancang yang terbaik untuk hambaNya. Aku pun dah perasan iklan hari raya dah mula nak tumbuh, aku tengok majis majlis berbuka pun dah banyak yang rancang kan baik di TV, atau pun di antara kita sendiri. Jangan lah nanti, di media social, sibuk dok update status, dah puasa lah, dah terawih lah, apa apa jer lah. Biarlah kita jer yang tau, kerana itu urusan antara kita dengan Allah, tak payah lah nak share share. Aku doakan untuk semua saudara ku dan juga untuk aku sendiri semoga akan mendapat pahala puasa yang sebenarnya, jangan sekadar lapar dahaga. Penuhkan lah malam nya dengan ibadat, kita tidak akan tahu adakah ini akan jadi Ramadhan yang terakhir untuk kita, atau kita langsung tak berkesempatan untuk bertemu dengan Ramdhan tahun ini sekiranya maut menjemput kita dalam 3 hari ini. Wallahualam…

Monday, May 25, 2015

We come n we go

Aku kehilangan lagi ahli keluarga. Aku kehilangan seorang makcik yang suka ketawa, yang ada gayanya sendiri. Dan yang wajah nya hampir sama dengan wajah emak. Aku sanggup balik dari Bintulu untuk menghadiri pengkebumiannya, menunggu hingga hari ketiga. Semoga dengan apa yang aku lakukan dengan niat nya di hati aku, pahala akan sampai kepada Allahyarhamah. Keluarga sebelah ibu ku semakin mengecil, wajah yang aku kenal, sikit demi sikit menghilangkan diri dari dunia yang sementara ini. Mungkin mereka semua jauh dari pandangan mata aku tapi percayalah, semua nya dekat dengan hati aku. Tidak kisah lah keluarga dari sebelah ibuku, sebelah ayahku, sebelah isteriku, apabila kita bersatu , pertalian saudaranya rapat walaupun bukan adik beradik. Aku hanya mampu berdoa semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.
Innalillillahwainnailaihirajiun...al- fatihah untuk Hajaj Limah binti Kawi...

Thursday, May 21, 2015

Rasa macam nak tukar jer...

Melayari internet, aku terjumpa model baru motorsikal modenas yang berkemungkinan besar akan memasuki pasaran hujung tahun ini, Modenasn TTR 200. Sekali pandang , aku dah jatuh cinta. Nampaknya Modenas sekarang mengikut trend semasa dengan mengeluarkan motorsikal dengan gaya café bike. Apa yang bermain dalam kepala aku ? rasa macam nak trade in jer bike Naza aku sekarang nie. Tapi harga untuk model tersebut belum lagi ada. Aku rasa mungkin sekitar RM7k atau RM8K atau setidaknya mencecah RM10k. Sekiranya aku beli motorsikal itu, bermakna aku akan mengubah jiwa chopper dalam diri aku menjadi café racer. Mungkin masa untuk berubah, mencuba sesuatu yang baru. Sini aku kongsikan sikit "wajah" motorsikal Modenas yang baru ini sekali dengan specifikasinya :
Dan aku terlihat juga yang Kuching, my home town akan menganjurkan bike week nya sendiri pada 3-6 September 2015 nanti. Nampaknya Bandar aku pun tak dapat lari dari demam penganjuran bike week. Ia akan di kenali sebagai Kuching international Bike. Jadi, sesiapa yang nak daftar boleh lah pergi ke url nie www.kibw.com.my untuk daftar. Kalau Samarahan bike week dulu aku terlepas, aku harap yang Kuching Bike week nie aku akan dapat ikut serta. Game on…

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...