Monday, December 29, 2014

Tahun 2014..Tahun yang mencabar ...

2014 menghampiri hujungnya. Tahun yang agak mengejutkan bagi aku, dengan peristiwa peristiwa besar berlaku kat negeri aku Sarawak.Sarawak mendapat Ketua Menteri yang baru, menamatkan segala teka teki yang bermain di dalam kepala orang ramai bila Pehin Sri Taib Mahmud akan berundur.
Tahun yang menyaksikan negara aku Malaysia menghadapi dugaan yang sungguh besar dengan kehilangan pesawat MH370. Belum lagi selesai, bencana kedua pula muncul bila MH17 pula di tembak jatuh di Ukraine, mengorbankan semua penumpang. Dengan cerita MH370 belum lagi ada penamatnya, Malaysia di landa pulak banjir besar di negeri Pantai Timur, dengan skala banjirnya memang di luar jangkaan.
Dan sekali lagi Malaysia di kejut dengan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 iaitu penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28.12.14.
Bencana sebegini yang mengundang penyatuan hati seluruh rakyat Malaysia, walaupun ada lagi di kalangan rakyat Malaysia yang sempit akalnya dengan mengaitkan perkara perkara ini dengan politik.
Sesungguhnya sesuatu perkara itu tidak akan terjadi dengan izin Allah s.w.t. Di kurniakan Nya kita bala, adalah untuk kita kembali kepadaNya. Dengan lebih banyak berdoa dan memohon kepadaNya. Anggaplah ini adalah ujian Allah semata mata kepada kita rakyat Malaysia kepada bumi bertuah Malaysia, semoga kita akan lebih bersatu hati tanpa mengira bangsa, berdoa supaya kita di lindungi Allah sentiasa, semua apa saja musibah yang Allah kurniakan kepada kita adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali...Innalillahhiwainnailaihirajiun...

Monday, December 22, 2014

Piala AFF Suzuki 2014

Bola itu bulat. Apa apa pun boleh jadi dalam bolasepak. Dan peminat pasukan kebangsaan Malaysia baru saja merasainya 2 hari lepas. Piala Suzuki AFF 2014 seolah olah sudah dalam genggaman, tapi akhirnya terlepas dengan 2 gol jaringan Thailand dengan baki perlawanan 15 minit. Kejam..? Boleh dikatakan kejam. Tapi aku suka tengok sokongan penyokong tegar Malaysia. They have my full respect. Gol jaringan Shafiq & Indra Putra memang terbaik. Tapi agak anti klimaks kan. Mungkin keputusan berbeza sekiranya Afif & Indra masih dalam padang. Mungkin..sapa tau kan? Sebab bolasepak adalah permainan berpasukan bukannya individu. Malaysia banyak pemain muda yang berbakat, kenapa tak di guna pakai? Kenapa cuma pemain dari Malaysia Barat jer? Kenapa takda dari Sabah & Sarawak. Malaysia sepatutnya sebuah pasukan yang menarik bila merujuk kepada bolasepak. Katakan semua pemain dari seluruh Malaysia di gunakan, kita mungkin dapat melihat penggunaan cara yang berbeza dari setiap pemain. Pasukan mana di dunia ini yang dapat meletakkan berbagai kaum dalam satu pasukan. Lihat saja Filipina, Singapura bila mereka menggunakan pemain yang berbilang bangsa, mentaliti permainan sungguh berbeza. Lihat apa jadi dengan Singapura bila mereka mengguna pemain sebangsa sahaja, mereka tidak menyerlah tahun ini. Mungkin apa yang aku katakan ini cuma teori, tapi mana satu ia adalah salah satu faktor kejayaan Malaysia, jika di guna pakai dengan sebaiknya. Mungkin Dollah Salleh boleh cuba formula ini..

Friday, December 5, 2014

Bersyukur

Aku baca surat khabar 2-3 hari ni . Aku tak pastilah samada kenyataan itu dibuat oleh pihk akhbar atau datang dari mulut mangsa itu sendiri. Dua kenyataan tersebut adalah satu dari mangsa banjir yang berlaku tiap tahun kat Selangor, aku lupa nama tempatnya, mangsa mengatakan dia bimbang mana nak carik duit untuk beli perabot yang rosak. Satu lagi mangsa samun kat Kelantan, dia bimbang nak memikirkan kos untuk merawat mukanya yang cedera. Mungkin akan ada orang akan cakap, aku tak di tempat dia orang, pasal tu aku berani komen. Tujuan sebenarnya aku nak komen, alangkah baiknya sekiranya kedua dua mangsa tersebut, lebih bersyukur kepada Allah atas selamatnya mereka dari bencana tersebut. Di anugerahkan kepada mereka berdua umur yang panjang, selamat dari bencana. Jadi bukankah bersyukur itu lebih baik. Kebetulan kisah mereka berdua ini aku baca di dada akhbar, tetapi ini adalah senario sebenar yang berlaku dengan masyarakat kita atau umat Islam kita sekarang nie, lebih bimbang akan perkara duniawi. Mereka tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menyelamatkan mereka, yang telah mengasihi mereka supaya terselamat dari bala bencana. Sesungguhnya rezeki tiap manusia telah di tetapkan. Pernahkah kita terfikir, seandainya kita lebih bersyukur dengan anugerah, keselamatan yang Allah anugerahkan kepada kita, limpah nikmat dan kurnia dari Allah akan lebih berlipat kali ganda. Sesungguhnya perkara ini juga akan menjadi peringatan kepada aku sendiri, supaya sentiasa bersyukur akan nikmat Allah, sentiasa bersyukur akan keselamatan yang Allah kurniakan..

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...