Monday, June 30, 2014

Hari Pertama Puasa in Ipoh...rasanya adalah..

Maka semalam rasminya tamat aku puasa pada hari pertama, di tempat orang. Janggal betul rasanya bila dah biasa berbuka dengan isteri dan anak. Sahur malam pertama, aku makan burger and roti paun jer, ingatkan nak buat telur mata, sekali telur tu dah busuk. Terbantut lah idea... Berbuka a.k.a sungkey, aku beli nasik goreng kampung , yang betul betul berminyak ( write off ), ayam percik yang terbaik aku rasa selepas pasar malam Jalan TAR di KL. Dia punya kuah tuu..memang sedap. Kemudian aku masak kerang rebus. Bila berbuka tu layan jugak makan kerang rebus cecah sos cili.
Satu yang berlainan kali ini, bazar Ramadan nya, aku jumpa makanan yang memang tak akan ada kat Bazar Kuching lah...tapi tak kisah la kan tukar angin. Tapi yang best nya jumpa air Katira, penjual tu cakap minuman nie adalah untuk buang panas. Ala lebih kurang macam Lai Chee Kang Suam la, untuk buangkan panas badan.
Aku jumpa antaranya Kebab Kambing bakar, tapai pulut, ayam percik, ikan pekasam yang memang sedap tu. Kalau ikutkan nafsu serakah, memang aku nak beli semua kan....
Suasana aku berbuka memang lain, sunyi memang sunyi, aku tak dengar suara anak aku yang paling sibuk nak makan apa, nak minum apa, tak dengar suara isteri aku yang akan sibuk nak tanya aku nak makan apa. Dalam aku layan perasaan, aku teringat kembali, masa aku mula join kompeni dulu, sapa sapa yang dah transfer awal, tak kan kena transfer lagi, sebab tu lah aku minta transfer pegi Sri Aman dulu untuk 2 tahun setengah. Sebab aku tak nak transfer bila aku dah kahwin. Tetapi persoalannya sekarang kenapa lak aku kena transfer lagi sekali untuk kali kedua. Kenapa kompeni tak hantar orang yangbelum lagi keluar dari comfort zone masing masing. Aku cuma sabar dan tengok dari sudut positf jer, harap semua nie akan membawa kebaikan bagi aku. Memang aku suka pergi tengok tempat orang, tapi bila aku ada seorang anak yang terbaik dari Allah, yang selalu tanya macam macam kat aku, yang aku perlu bimbing untuk jadi manusia dan hamba Allah yang baik...pada masa itu aku sedar yang aku mesti ada bersama dengan dia untuk beri tunjuk ajar..semoga aklu akan kembali dengan segera bersama mereka...insya Allah..

Friday, June 27, 2014

Ramadan is coming...

Itulah yang dikatakan rahmat Allah s.w.t menjelang Ramadan. Minggu ke 4 kat Ipoh, aku cuma temui hujan pada malam dan petang hari masa aku sampai dulu, 2 hari yang pertama, selepas itu takda lagi hujan. Aku tidak pernah mengeluh, sebab semua nya itu adalah kehendakNya. Dan malam tadi, malam Jumaat yang mulia, dan juga di pagi Jumaat , pada hari penghulu segala hari, Allah turunkan hujan untuk menyejukkan suasana, betul betul sehari saja lagi nak berpuasa. Maka terbuktilah kata kata Allah dalam surah ar-Rahman, ayat 13 yang berbunyi :
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Jadi cuaca yang panas kat Ipoh nie, memang sesuai benar dengan pengertian Ramadan, bukan sahaja di Ipoh, aku rasa di Kuching pun sama di sebabkan oleh fenomena al-Nino. Semakin tinggilah nilai puasa seseorang dengan cabaran cuaca sebegini..wallahulam. Dan hari Sabtu nanti, akan bermula lah solat Tarawih. Mungkin aku tak mampu nok buat sampai habis, cuma mampu berdoa semoga Allah akan permudahkan untuk aku.
Semestinya aku amat bersyukur kerana di panjangkan usia untuk bertemu Ramadan pada kali ini. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam...semoga Ramadan kali ini penuh berkat dan puasa kita akan bertambah nilainya ...

Monday, June 23, 2014

Bola, Bowling dan Bulan....

Satu lagi persembahan menarik dari pasukan bolasepak USA, pada perlawanan pagi tadi mereka seri 2-2 dengan Portugal. Hampir lagi memalukan Portugal, di mana Portugal hanya mampu menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir masa tambahan selepas tamat 90 minit. Nampak gayanya pasukan USA tidak boleh di pandang enteng. Tidak dinafikan mereka bagus dari segi tactikal, dengan jurulatih yang bagus, Jurgen Klinnsman. Mungkin sesuatu yang tidak mustahil jika mereka mampu meneruskan perlawanan cabaran hingga perlawanan akhir Piala Dunia. Dan dalam sibuk Piala Dunia, Hospital Ipoh bahagian admin menganjurkan satu pertandingan main bowling untuk unit admin & pengurusan. Alhamdulillah , aku dapat tempat ketiga, walau sebenarnya ada 3 yang dapat markah sama, tapi aku kalah dalam balingan syiling untuk tentukan tempat kedua. Aku tak kisah la sangat, aku bangga sebab dapat bantu unit IT dapat salah satu top three. I’m giving my best. Dapat hadiah cerek elektrik jer, tapi ok lah kan daripada tak dapat apa-apa. Apa apa pun ia merapatkan hubungan aku dengan mereka, boleh dikatakan ice breaker la.
Allah berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman telah diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa” (QS Al Baqarah 183)
Dan hujung minggu nie, akan tibalah Ramadan dan seluruh umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Dan selepas 11 tahun, aku kembali menjalankan ibadah puasa seorang diri, tanpa isteri dan anak yang ada kat Kuching sana. Pastinya, feeling tu lain sikit, semua aku akan buat sendiri, sediakan lauk berbuka, untuk bersahur. Aku dah buat semua nie tapi yang buat nya lain, masa tu aku bujang trang tang tang...sekarang nie status lain. Dan cabaran berpuasa di Ipoh akan jadi berlainan... Aku bersyukur usiaku di panjangkan untuk bertemi Ramadan sekali lagi, semoga di panjangkan usiaku pada Ramadan ini, semoga aku akan berjaya menamatkan puasaku pada tahun ini dengan cabaran yang berbeza...

Friday, June 20, 2014

England oh England...

Keputusan perlawanan bolasepak Piala Dunia pagi antara England lawan Uruguay pun mengejutkan aku. Paling kurang aku ingat akan seri jer, tapi sebaliknya dah berlaku. Dan pemusnah nya adalah Luiz Suarez. Selepas mencemaskan dan memusnahkan gawang gol di Liga England, sekarang Luiz Suarez dengan kehebatannya memusnahkan pulak pasukan kebangsaan England. Jadi, persoalan nya, macam mana agaknya nanti penerimaan penyokong Liverpool dan penonton penonton di Englang bila Liga Premier English kelak bermula ? Peluang England masih ada sekiranya Itali mengalahkan Uruguay & Costa Rica , jadi perbezaan gol akan jadi penentu. Aku masih berharap ada harapan untuk England. Bagi aku banyak keputusan yang di luar jangkaan berlaku dalam Piala Dunia 2014 ini, ada beberapa keputusan mengejut berlaku. Jadi persoalannya sekarang, akan berlakukah perlawanan akhir Piala Dunia 2014 dengan 2 pasukan yang tidak di letakkan harapan akan bermain pada final ? Aku harap, diaorang kat sana jangan jadi bodoh lah pulak lepas nie, suruh penyu buat keputusan atau sotong..what the heck kan...

Thursday, June 19, 2014

So sad they're leaving early...goodbye Spain

Spain were beaten 2-0 by Chile. Wow...what a set back? For sure there will be a new world cup champion. A very poor performance from Spain, beaten 5-1 by Holland and now 2-0 by the Chilean.Selamat tinggal yang terlalu awal buat Juara Eropah & Dunia. Dari pemerhatian aku, aku suka tengok Italy masuk final. Banyak yang pilih Jerman , tapi aku selalu cakap kat aku, tak ker gempaknya kalau Jerman lawan England masa final Piala Dunia. Bagi aku, pertahanan Sepanyol terlalu lemah tanpa Puyol, Sergey Ramos tak boleh buat sorang. Masa Puyol ada, Casillas langsung tak terjejas dan tercabar. Sekarang kita dapat lihat betapa lemah nya Casillas. Lemahnya Sepanyol tanpa Puyol...selamat tinggal Juara Dunia 2010.. Aksi pengurus dan pemain Sepanyol selepas kekalahan kepada Chile...

Tuesday, June 17, 2014

Happening

Pusingan pertama perlawanan bolasepak Piala Dunia dah pun habis. Berlaku beberapa kejutan seperti kekalahan Uruguay kepada Costa Rica, kekalahan teruk juara bertahan Sepanyol kepada Belanda 5-1 , kekalahan Portugal kepada Jerman dan kekalahan England kepada Italy. Dalam banyak perlawanan pertama peringkat kumpulan, satu jer perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan iaitu antara Iran & Nigeria. Gol tercantik semestinya jaringan oleh Robbie Van Persie and he flew like Superman to score a goal for Holland in the match against Spain.
Sepakan percuma tercantik semestinya dari ketua pasukan Itali. Pirlo yang di buat dengan bersahaja tetapi mengelirukan penjaga gol England Joe Hart. Dan aku, doing all my best to occupy my time at the weekend atau pun masa balik kerja. Walaupun nak masuk minggu ketiga di sini, jiwa ku & fikiran ku masih tertinggal di Kuching. Jasad aku jer kat Ipoh nie.
Apa yang aku lepas di Kuching minggu lepas, semestinya Samarahan Bike Fest. Seeing the picture updated in the facebook, somebody’s blog truly make me feel “ Damn i’ve just missed the best event in my hometown “. Kawan aku cakap, in November nanti Chiang Mai Bike Week. Dengar jer tu, my jaws dropping. Wish i could be there, maybe it would be awesome if i can go there with my wife. Terpikir nak carik connection untuk peralatan motosikal, mana tau kan rezeki ada kat situ. Aku tau itu adalah distraction untuk aku, tapi my main target sekarang nie adalah untuk kembali bersama dengan keluarga aku. Then aku can enjoy my time with them. Aku percaya dengan kehendak Allah kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... May be satu hari nanti aku boleh nyanyi lagu i’m coming home dengan hati yang gumbira....

Monday, June 16, 2014

Piala Dunia, Ipoh & Tambun

Demam Piala Dunia memang tengah merebak sekarang nie, kira outbreak la seluruh dunia sekarang nie. Pasukan feveret aku, England tewas 2-1 kepada Italy. Takpa sebab kalah pada pasukan yang memang bagus. Rindu pada isteri dan anak memang memuncak gila, kesian isteri aku, sebab dia ambik alih kerja aku, hantar dan ambik Aleeya balik sekolah. Banyak kerja aku, isteri aku kena buat sekarang nie. Hopefully she will be patient enough, totally ini adalah ujian Allah for her being better wife and mother. Maybe aku tak boleh nak balas semua jasa dia, tapi yang pasti Allah yang akan membalas semuanya sebab urusniaga dengan Allah tidak pernah merugikan. Semenjak kahwin dan ada anak, paling lama aku tinggalkan keluarga adalah sebulan. Kalaulah memang 2 tahun, itulah tempoh paling lama. Kalau jumpa sebulan atau 2 bulan sekali, parah lah.
Satu yang best nya kat sini, aku berpeluang minum di kedai asal Ipoh Town Coffee. The coffee taste is much better. Maybe aku boleh bawak wife aku lepak kat sini kalau dia datang melawat aku nanti. Tambun waterpark pun best, happening jer aku tengok. A must visit places.
Now, my task here assissting the HelpDesk, kalau boleh solved on line memang kawtim. Now, tell me which part of customer services in my company i haven't done...? and they say i'm the bad one...i'm just being nice & friendly, it is who i am ,and that the way it will always be..SubhanAllah

Thursday, June 12, 2014

This is Brasil.....

Alpa pulak aku, rupanya Piala Dunia sepak mula adalah pagi esok, perlawanan pertama Brazil vs Croatia. Pasukan feveret semestinya Brazil. Dan akan bermula jugalah turun kerja dengan mata yang bengkak. Dahlah aku baru nak adjust masa aku, sekarang kena adjust masa tidor la pulak. Di kedai kopi, di pejabat, di kedai kopi, masa mesyuarat, di sekolah dan di mana mana saja, bolasepak akan jadi topik perbualan utama. Maka pakar bolasepak akan muncul macam cendawan tumbuh. Bagi aku, pastinya England adalah pasukan feveret aku. Kenapa? Sebab kebanyakkan pemain England adalah pemain dari kelab Liverpool seperti Steven Gerard dan Rahim Sterling, dan juga dari Arsenal. Mungkin England akan muncul jadi juara, selepas kekecewaan Steven Gerard dalam EPL. Dan bermula jugaklah episod bodoh, percaya dengan tilikan binatang, kalau dulu sotong, kini penyu pulak dah. Come on lah, we are human being. All the best untuk semua pasukan, may the best team win......

Wednesday, June 11, 2014

I'm doing fine...thank you...

Aku survive minggu pertama aku, hek eleh macam terok sangat kan bunyi nya kan? Tapi itulah yang aku rasa, sebab untuk 11 tahun aku dah ada fixed routine orang cakap. Dan semuanya berubah dalam sekelip mata. Benda yang aku rindu pastinya family aku, bilik tidor aku, motosikal aku, mi cendawan Mohd Lim, mi sapi Hj Salleh dan jugak adik beradik aku. Satu benda yang terbaik bila terpisah dari keluarga nie, ia menyebabkan aku terfikir dan bermuhasabah diri. Tentang kekurangan aku sebagai seorang suami dan ayah, juga sebagai seorang adik. Dan itu adalah yang terbaik dari Allah untuk aku. Mungkin nanti aku akan pulang as a better person, dan itulah harapan aku. Kehidupan di Bandar Ipoh so gentle macam Kuching. Cuma cuacanya panas. Semalam Ee bawak aku makan kat Hollywood Ipoh, nama yang dia panggil. Suasana kat situ totally macam Kuching, untuk seketika I feel alive. Setakat ini, tempat fevered untuk makan adalah gerai abang 46. Kenapa dengan gelaran abang 46, sebab dia pakai baju Valentino Rossi. Makanan masakan abang nie memang terbaik. The best places in Ipoh for sure Tambun water park, Kellie’s castle dan lokin or memory lane( tempat terbaik untuk cari benda antik, banyak gerai baju bundle which memang my kind of places ). So, Ipoh are being gentle to me…

Thursday, June 5, 2014

Ipoh be gentle to me

B
aru jer 3 hari kat Ipoh, gua sudah sibuk nak rancang cuti Raya. Bukan apa, nak carik tiket murah, nanti kalau lambat takder tiket , aku tak boleh nak pulang.berhari raya. Kan naya. Being away, aku mula belajar few things, betapa keluarga sangat penting bagi aku. Keluarga aku dan adik beradik aku, semuanya aku rindu. Life kat sini, aku dah mula sesuaikan diri aku. Kena buat dengan pantas, kalau tak nanti susah. Cuaca agak panas kat Ipoh. Makanan memang murah. Nasib baik jugak member sekerja semuanya aku kenal, so taklah aku rindu tempat kerja aku kat Kuching sangat kan. Mungkin hujung minggu nie, aku nak meronda kat bandar Ipoh nie, nak kenal jalan. So, Ipoh be gentle to me...adios

Wednesday, June 4, 2014

Hari pertama

Hari pertama aku turun kerja kat tempat baru. Nasib baik ada banyak familiar faces, so i wont miss the old job place. Hospital Ipoh is my new location. Surely aku rindu ngan anak bini. Sekarang nie dok tengah kenal kenal nama jalan, shopping complex, tempat makan. Rumah sewa okay, nice bad. Masjid, Shopping Complex semua dekat dengan tempat kerja.

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...