Friday, May 23, 2014

Cubaan pertama...

5 hari sudah aku kembali. Dalam sekelip mata jer , aku dah bertukar seksyen 2 kali.Tugas aku yang sebenar aku sendiri pun belum tahu. Tapi aku betul betul tertarik dengan tugas pertama yang di assignkan dengan aku. Betul meransang naluri aku, kerja yang aku suka, tapi aku di tukar seksyen pulak. Terus terang aku katakan aku berkecil hati dengan pengurusan tertinggi tempat aku bekerja, cakap nak layan staf as family tapi lebih layan staf as asset. Itu bukan cara kompeni bertaraf dunia mengurus kakitangannya, itu kompeni level kampung. 14 years in the company, and fuck, they treat me like shit. Bukan macam itu caranya. So, aku dah buat keputusan nak jumpa CEO, aku akan jual diri aku, dengan pengalaman aku and what i can give back to my company. Aku berpegang teguh kepada kata kata CEO aku sendiri, dia mahukan staf dia happy, so aku harap ini bukan sekadar cakap kosong.Tidak salah untuk kita mengeluar pendapat sebab itulah alam bekerja, tapi kalau satu saja pendapat yang di dengar dan yang lain di nafikan, itu adalah kuku besi. Hari ini hari Jumaaat yang mulia, dan aku berdoa semoga Allah akan permudahkan untuk aku nanti. Apa apa pun, aku percaya to start something, you have to dream, then make your dream come true...insha Allah...

Wednesday, May 14, 2014

Aku dan sesuatu..

Minggu ini adalah minggu terakhir aku di ICT, Jabatan Ketua Menteri . Aku akan pindah tempat baru dengan tugasan baru yang aku belum lagi tahu apa. Dan aku juga tak tahu adakah aku akan ada kesempatan untuk mengupdate blog aku. Semua nya aku belum tahu lagi. Munkin aku akan terlalu sibuk dengan tugasan baru, pun aku tak tahu. Satu saja pesanan ku kepada rakan sekerja tempat, kita semua sama. Tidak ada kelebihan lain. Kita menghirup udara yang sama. Makan makanan yang hampir sama.Selagi kamu semua berak keluar najis, kita semua adalah sama. Tidak ada yang tinggi tidak ada yang rendah. Jawatan saja membezakan kita semua. Kelulusan saja yang membezakan kita semua. Bangsa yang membezakan kita semua tetapi kita tetap berak najis dan itulah persamaan kita semua. Janganlah kita membangga diri antara satu sama lain. Kekalkan semangat berpasukan, jangan buruk sangka, jangan tikam belakang, itu adalah ramuan terbaik untuk bekerja. Jadilah yang pro aktif jangan membodek kerana membodek buruk sangat hasilnya. Jadilah pekerja yang sentiasa ada idea, walaupun idea kita tak diterima tidak apa, kerana kita sentiasa bersedia dengan idea. Pokok pangkalnya , janganlah jadi pekerja pak turut, jadilah pekerja yang ada inisiatif..itu ajer aku nak ngomel.

Tuesday, May 6, 2014

Apa dah jadi...

Keputusan perlawanan pagi tadi antara Liverpool dan Crystal Palace amat mengejutkan. Aku terpikir apa dah jadi? Tapi itulah adat perlawanan bolasepak, keputusan yang amat mengejutkan. Selepas mendahului 3 gol dan melepaskan 3 lagi gol dalam masa 11 minit semestinya sesuatu yang amat berat. Nampaknya gelaran liga musim ini akan terlepas dari genggaman. Sebagai peminat kipas susah mati Liverpool, kecewa memang lah kecewa tapi tetap menyokong. Impian awal adalah untuk ke Champion League dan tercapai dan gelaran Liga adalah sesuatu yang bonus. What a sad day for Liverpool fans today...so i better be silence as well....

Monday, May 5, 2014

Mod Transisi sudah bermula...

Aku dalam mod transisi..aku nak tukar tempat kerja..mengikut emel yang di berikan kepada aku, macam menarik jer tugasan baru aku, macam akan mencabar minda aku jer...hahahahha...aku tengah seronok dan gembira dan juga campur kesedihan, well most of all it is a good place to work with a very nice environment. It is a fun place to work. Aku punya prinsip senang jer, buat kerja dan bila selesai, we can have fun...oooo....tapi jangan have fun sampai kerja tak abis..make sure keja abis baru seronok kan. Kerja itu merupakan satu amanah, buat betul betul. Balasan nya jangan harap dari manusia jer, kalau buat kerja ikhlas insya Allah akan dapat balasan dari Allah juga. Part tu yang seronoknya, kalau dalam tugasan aku kena bantu, atau mudahkan kerja seseorang, aku akan buat..biarlah orang cakap apa, janji orang puas ati...aku dapat kepuasan dalam menolong orang. Munkin orang akan cakap aku busy body tapi aku bertempat, mesti kena, kita tidak boleh membiarkan sesuatu perkara begitu saja. Go to hell lah atau pun bahasa melayu nya masuk neraka lah kepada orang orang yang suka ambil mudah. Kita hidup bermasyarakat wajib tolong menolong, walaupun anda tak suka orang yang anda tolong. Sebab itulah indah nya Islam, ko tolong orang ko dapat pahala, memang lah tak dapat sekarang tapi at the end of the day entah entah u akan jadi orang kaya. Kaya pahala...takpa biar susah di dunia tapi Allah selalu cakap mintak jerk at Dia , Dia akan berikan...tapi aku pasti banyak manusia sombong sekarang nie tak nak mintak kat Dia. Tapi itulah manusia, bila dah susah baru nak ingat Tuhan. Sedangkan Allah tak pernah sedetik pun lupakan kita. Mintak dari Tuhan dengan keadaan diri yang hina dina , kotor dengan dosa macam mana nak dapat kan..lepas tu nak instant pulak..tidak...bukan itu caranya... Kita sepatutnya saling mengingati dan jangan lupa dengan Allah. Tapi siapalah aku untuk mengingatkan anda semua, aku hanyalah pengikut Muhammad. Masih ada kekurangan diri dan semoga aku dapat perbaiki...Insya Allah. Sekarang nie, aku betul betul tak sabar nak mulakan cabaran baru, munkin dengan pengangkutan baru...????

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...