Wednesday, April 30, 2014

I'm coming home...

4 tahun dan 10 bulan. Itu adalah tarikh khidmat aku sebagai pegawai sangkutan di Unit ICT Jabatan Ketua Menteri. Dan aku akan kembali melaporkan diri bertugas to my paymaster in middle of May. Sedih? Memanglah kerana di ICT inilah aku betul betul mengembangkan kebolehan aku, to show what i am capable off. I was glad I was given the opportunity to mature as a worker & a human at the best place, with a great supervisor, a great boss and great colleagues. I will treasure the most my working experience here at ICT. I do believe and faith that there was better future for me has been arranged by Allah s.w.t. Every change in your life means good for you, if it not in duniawi mungkin di hari kemudian. Being a judge, being a coordinator, being an emcee, being a mentor, being a guide to new attachment staff giving them a good advice will always be my pleasure. I found my true potential. Alhamdulillah , all praise to Allah for this wonderful opportunity. And every wonderful thing must come to an end. There is nothing to loose coz these is who we are, ready to deploy and be deployed at anytime. I’m given my best to ICT , only one regret, i doesn’t have the opportunity to use the gym at Wisma Bapa Malaysia...
I’m coming home...

Monday, April 28, 2014

Bola punya cerita

Aku pasti Steven Gerard tak tidor lena semalam. A shocking 2-0 defeat to Chelsea, dengan Chelsea bertahan dengan seluruh pemain nya untuk mengelak dari di bolosi. Mungkin orang akan kata taktik Jose Mourinho nie genius tapi budak darjah 3 pun boleh buat taktik macam tu. Dengan kekalahan ini, kejuaraan liga Premier English kembali terbuka. Dengan Manchester City menang 2-0 ke atas Crystal Palace. Tapi itulah adat permainan kan, ada kalah dan ada menang. Kecewa? Memanglah kan kerana sapa yang suka kalah. Satu lagi game bola semalam adalah antara Malaysia lawan Filipina. Malaysia sepatutnya memenangi perlawanan itu kalau si Safee Sali dapat menjaringkan penalti itu. Bagi aku, Safee tak sepatutnya ambik penalty tu sebab dia dah tak tahu macam mana nak jaringkan gol. Kita ada Junior, Bunyamin, Amri Yah Yah pun ada. Tapi pujian juga kepada pemain Filipina kerana komitmen untuk memangi perlawanan. Apa apa pun , Sarawak, Malaysia dan Liverpool tetap di hati...

Wednesday, April 23, 2014

Keyboard Warrior...aku copy jer untuk pengetahuan am..

‘Keyboard warrior’ atau juara papan kekunci ditafsirkan sebagai individu yang cuba menjadi hero di kalangan masyarakat dengan menyampaikan sesuatu pendapat yang dirasakan sahih baginya tetapi ‘menyorok’ di sebalik skrin komputer. Golongan ini dianggap hanya berani melontarkan suara dan pendapat melalui media sosial terutama Facebook dan blog. Secara realitinya perwatakan mereka tidaklah seberani seperti digambarkan melalui luahan di Internet. Golongan ini dilabel negatif kerana komen dan pendapat lebih terarah kepada menghentam orang lain sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang dimaksudkan. Kewujudan media sosial secara tidak langsung melahirkan lebih ramai ‘cendikiawan’ baru ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Istilah ini terus meluas merangkumi cara seseorang dalam mempertahankan pendapatnya terhadap sesuatu hal. Mungkin ramai bersetuju apabila berkongsi komen dan pendapat membuktikan kebebasan bersuara dan membaca melalui Internet. Berbeza pendapat dan bertukar fikiran adalah penting bagi pembangunan minda masyarakat, tetapi memaki hamun dan menulis kata kesat hanya menumpulkan minda seseorang.

Tuesday, April 22, 2014

Gosh...i didn't saw it coming...

I get the shocked of my life when i was accused as kaffir by my own brother of Muslim. Semuanya gara gara komen aku yang mengatakan tiada kebetulan dalam Islam. Bagi aku, aku tidak akan mengatakan sesuatu tanpa aku pasti yang ia adalah ssuatu yang betul. Kenapa aku mengatakan tiada kebetulan dalam Islam, kerana kita wajib percaya dengan qada & qadar , iaitu ketentuan yang Allah s.w.t tetapkan dalam kehidupan kita. Jadi setiap kejadian dalam hidup kita bukanlah kebetulan sebaliknya adalah ketentuan yang Allah telah tetapkan. Memang penampilan ku tiada kopiah atau serban di kepala tapi itu tidak menggambarkan aku yang sebenar. Aku bukan lah seorang yang alim, masih dalam pembelajaran, dan setiap ilmu yang baik itu adalah dari Allah s.w.t. Marah? Langsung tidak cuma terkilan. Muslim sejati tidak akan berprasangka dengan saudara nya apatah lagi mendoakan sesuatu yang buruk. Nabi tidak pernah menghina musuh musuh Islam, malah akhlak Nabi sungguh mulia. Adakah dengan menghina seorang itu akan mengangkat darjat kita? Akan menjadikan kita lebih baik dari orang lain? Alangkah baiknya sekiranya akhlak kita terhadap musuh Islam sebaik Salahuddin Al-Ayubi. Alangkah baiknya sekiranya kita tunjukkan akhlak yang baik kepada musuh musuh Islam supaya mereka tertarik kepada Islam kerana sebaik baik dakwah adalah melalui akhlak yang mulia. Bukannya dengan mencerca dan menghina. Siapa kita yang menentukan nasib seorang manusia walaupun bukan saudara seagama. Benarlah kata alim ulama yang Islam itu sempurna tetapi seorang muslim itu tidak semestinya sempurna.

Monday, April 14, 2014

My Liverpool & Sarawak...

Aku turun kerja pagi ini dengan perasaan yang paling best sekali. Apa taknya, pasukan kesayangan ku Sarawak menang mengalahkan Terengganu 2-1 di tempat lawan dan malam tadi, pasukan kedua kesayangan aku , Liverpool menang 3-2 mengalahkan Manchester City. Habis game aku tengok Steven Gerard menangis dan sebetulnya aku amat memahami perasaan beliau. 24 tahun aku tak pernah tukar pasukan sokong pasukan lain, kecuali Liverpool. Dan untuk memenangi sesuatu selepas 2 dekad amatlah menakjubkan. Aku amat berharap perjalanan pasukan kesayanganku Sarawak pun akan sama dengan Liverpool. Aku couldn’t ask for more. The feelings is great and hopefully we managed to win the title. Well , all of you now must know that none of us were walking alone...You’ll never walk alone...This picture show the rest of my feelings...

Monday, April 7, 2014

Langkawi

Akhirnya aku pergi bercuti. Destinasinya Langkawi. Banyak perubahan yang terjadi terutamanya kawasan pantai Cenang, best. Yang lain, tak banyak sangat berubah. Yang paling seronok pastinya anak aku. Kalau di ikutkan memang dah lama aku tak pergi bercuti, kira kira 2 tahun. Terima kasih kepada Air Asia sebab buat direct flight ke Langkawi. So tak lah penat sangat kena transit di KLIA. Perjalanan 2 jam 10 minit memang berbaloi. Pramugari Air Asia pun comel comel belaka hahahaha.... bini aku order makanan dalam flight, dan sesuatu yang mengejutkan aku, dia punya nasi lemak punya lah sedap. Kalau ikutkan hati memang aku dapat habiskan 2 bungkus. Lepas tu anak ku tak dapat nak habiskan nasi ayamnya, seperti biasa aku akan jadi tukang kasi licin. And surprisingly the nasi ayam pun tangkap layan. Kalau tak silap aku nasi lemak diorang adalah Nasi Lemak Pak Nasir dan nasi ayam pulak Uncle Chin...kalau aku tak silap lah.
Sampai Langkawi , bini aku pergi sewa kereta, dan sekali lagi aku kena kejutan katak, diaorang bagi aku Nissan Sylphy untuk 4 hari for RM 300. Memang berbaloi. Untuk 4 hari tu, minyak cuma aku pam RM70. Dengan kereta itulah habis Langkawi aku pusing. Aku sempat pergi ke Galeri Perdana, a must go place kalau korang nak pergi Langkawi. Naik sky cab, pergi underwater world,pergi Dataran Lang, pergi duck boat ride, pergi telaga tujuh, pergi ke Cenang Mall, ke Billion Mall, pergi pantai tengah. Aku paling suka bila singgah duty free shop carik curut. Aku bawak la sikit sikit untuk aku sendiri. Makanan kat Langkawi nie aku kira murah lah jugak, berbaloi. Bini aku banyak angkut coklat. Memang murah kat sini. Aku tak pergi makam Mahsuri sebab aku dah pergi. Cuaca kat Langkawi pulak ok, panas. And surprisingly , diaorang pun ada uptown & downtown. Apa2 pun aku enjoy the holiday....release tension aku...

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...