Thursday, March 27, 2014

Teori Konsprirasi ku

Malaysia pada masa ini hanyalah mangsa keadaan. Aku terbaca yang kehilangan MH370 nie sebenarnya perang antara perisik perisik kuasa besar dunia. Semuanya pasal teknologi drone yang dirampas oleh pihak Taliban bulan Februari yang lalu,Taliban yang tidak mementingkan teknologi menjual teknologi drone di pasaran gelap. Pihak China yang ingin membelinya terpaksa membawa balik teknologi itu ke China tapi dengan apa ? The best way is Flight Kl –Beijing yang memakan masa 4 jam adalah yang terbaik. Tapi pihak amerika di sokong oleh mosad memandang serius perkara ini, bagi aku 2 penumpang yang masuk menggunakan passport palsu itu adalah ejen mosad. Aku rasa lah. They hijack the plane in mid air, mana tak nya kan. Takkan system pesawat secanggih itu boleh tertutup dengan sendiri ...this is the first part Bahagian keduanya pula, bila PM Najib mengumumkan yang MH370 memang sah ke koridor selatan, aku perhatikan air muka PM Najib dalam ketakutan, bukan ketakutan untuk mengumum berita tersebut tetapi ketakutan akibat dari ugutan pihak CIA yang mereka akan bunuh PM if u don’t announce the plane crashed in Indian Ocean. Totally cover up..... Itulah yang aku rasa... Jeng jeng jeng...berakhirnya teori konspirasi ku

Tuesday, March 25, 2014

What a sad day...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kesian aku tengok our PM mengumumkan perkembangan terkini berhubung MH370. Kita dapat lihat kesedihan di wajah beliau. Walaupun aku bukan untuk menidakkan sesuatu yang mungkin pasti, dari pengumuman PM Najib, aku rasakan dia Cuma mengatakan MH370 memang berada di Selatan Koridor dunia. Dia sama sekali tidak menyebut MH370 itu dah terhempas, kemudian dia mohon media supaya tidak mengganggu ahli keluarga mangsa. Untuk menunggu sesuatu berita mengenai sesuatu yang belum pasti, aku rasa sedikit sebanyak, pegumuman PM kita membenarkan ahli keluarga mangsa untuk melepaskan sesuatu yang terpendam. Setidak tidaknya mereka mampu untuk melepaskan kesedihan. Aku tahu, walaupun harapan nya amat tipis sekali, kemungkinan tiada yang selamat, sesungguhnya apa apa boleh berlaku dengan izin Allah. Mungkin tidak semua, mungkin sorang dua tapi aku percaya keajaiban masih boleh berlaku. Aku doakan yang terbaik. Still pray for MH370.....

Friday, March 21, 2014

Anything goes for today...

The best lead so far, itu lah yang aku dapat katakana berhubung dengan penemuan objek oleh pihak bekuasa Australia semalam. Mungkin ya atau mungkin tidak benda itu adalah serpihan MH370 tapi sekiranya benar, sekurang kurang nya keluarga2 mangsa dapat ketenteraman. Yang pastinya doa seluruh rakyat Malaysia bersama dengan pasukan pencari. Apa2 pun yang pasti, dalam kesedihan ini, aku rasa gembira untuk 2 perkara, apa lagi kalau bukan pasukan fevered aku, Sarawak & Liverpool. Keduanya menang perlawanan masing2 minggu lepas. Minggu ini , Sarawak akan jumpa Pahang, main away. Semestinya aku berdoa supaya kemenangan kepada pasukan Sarawak. Aku selalu baca kat internet, sapa yang lahir dan hidup pada era 80an, 90 an adalah generasi terbaik. Aku mungkin setuju sedikit pasal nie kerana itu adalah transition period kata mat salleh. Masa di mana teknologi, muzik dan peradaban manusia berkembang pada tahap yang terbaik. Masa aku melanjutkan pelajaran, aku rasa itulah masa terbaik dalam hidup aku yang dapat aku rasakan. Aku membesar dengan muzik terbaik, jenama terbaik dan masa yang terbaik. Jangan lah ambik hati sangat, ini adalah pendapat peribadi aku.
Aku pakai jenama Alien Workshop, Airwalk, Converse & Doc Mart. Halwa telinga pulak melayan seperti Nirvana, Soundgarden, Pearl Jam, MC Hammer,Vanilla Ice, Green Day, Smashing Pumpkin. Itu adalah artis barat. Kalau local pulak aku follow OAG, Butterfingers, Caburator Dung, The Pilgrim dan banyak lagi.
Kalau aku buat senarai mungkin tak cukup pulak. Gigs pulak memang aku tak pernah miss especially yang local, aku masih ingat lagi gigs yang pertama di Dewan Masyarakat Padungan. Memang best giler wa cakap lu. Aku tak pernah kesal dengan apa yang aku alami sebab ia mengajar aku tentang kehidupan. Semua nya aku jadikan sempadan dalam hidup aku sekarang nie, aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk menjadi a good muslim, a good servant to Allah. Semua pengalaman itu membantu aku dalam membesarkan anak aku. Well, never look back... Dan jangan lupa #pray4MH370

Friday, March 14, 2014

Dimanakah engkau ..MH370

Akhirnya aku dah dapat notebook baru. Notebook lama aku crash tanpa sebarang amaran, nasib aku dapat selamatkan semua rekod aku. Notebook untuk aku buat kerja pun memang dah lama, masuk 5 tahun. Orang lain dah siap tukar tapi aku masih lagi setia dengan Lenovo R400 aku, lagi pun itulah the last notebook yang aku pakai menggunakan Windows XP. Sekarang nie aku dah pakai notebook L420 come with windows 7, which aku rasa sesuai sangat lah dengan nick name aku Uncle Tujuh.
Tanpa notebook, aku punya blog pun lama dah tak ber ‘update’. Apa cerita paling best, sememangnya kisah kehilangan MH370. Apa yang mampu aku komen, ini semua kerja Tuhan. Aku lihat sememangnya ada hikmah yang baik dan amat besar di sebalik kejadian ini. Kita semua belum Nampak lagi kan. Aku seperti rakyat Malaysia yang lain turut berdoa semoga kesudahan kisah ini akan ada penamatnya. Aku bukannya anti semenanjung, tapi pengalaman mengajar aku. Orang sana memang cakap yang orang Sabah & Sarawak nie kuat pakai bomoh, dan aku lihat Allah tunjukkan satu pengajaran yang besar, siapa sebenarnya lebih percaya kepada bomoh. Dahlah lagak bomoh yang mengaku dirinya Raja Bomoh macam aksi cerita doremi, macam orang sakit jiwa ada jugak aku tengok. Kerenah sebenar orang seberang terserlah. Dah lah mempersendakan agama, menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia, kebodohan yang takder penghujungnya nyata terserlah. Maafkan aku menulis dengan kasar tapi itulah kenyataan. Ditambah pulak dengan kenyataan yang di sebar di dunia internet tanpa kesahihannya. Dan paling menarik bila golongan anti kerajaan menyalahkan kerajaan dalam hal ini, dalam hal bomoh. Memang pembangkang terror betul menangguk di air keruh. Konspirasi nak alih perhatian dari kes Anwarlah. Inilah terjadi bila ketaksuban melampau berlaku. Dari sudut lain, keputusan kes Anwar membuatkan aku berfikir, adakah ini fitnah besar yang dimaksudkan? Wallahualam... Aku berharap semoga MH370 akan ditemui, aku yakin semua kita redha akan kesudahannya.

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...