Monday, December 29, 2014

Tahun 2014..Tahun yang mencabar ...

2014 menghampiri hujungnya. Tahun yang agak mengejutkan bagi aku, dengan peristiwa peristiwa besar berlaku kat negeri aku Sarawak.Sarawak mendapat Ketua Menteri yang baru, menamatkan segala teka teki yang bermain di dalam kepala orang ramai bila Pehin Sri Taib Mahmud akan berundur.
Tahun yang menyaksikan negara aku Malaysia menghadapi dugaan yang sungguh besar dengan kehilangan pesawat MH370. Belum lagi selesai, bencana kedua pula muncul bila MH17 pula di tembak jatuh di Ukraine, mengorbankan semua penumpang. Dengan cerita MH370 belum lagi ada penamatnya, Malaysia di landa pulak banjir besar di negeri Pantai Timur, dengan skala banjirnya memang di luar jangkaan.
Dan sekali lagi Malaysia di kejut dengan kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 iaitu penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28.12.14.
Bencana sebegini yang mengundang penyatuan hati seluruh rakyat Malaysia, walaupun ada lagi di kalangan rakyat Malaysia yang sempit akalnya dengan mengaitkan perkara perkara ini dengan politik.
Sesungguhnya sesuatu perkara itu tidak akan terjadi dengan izin Allah s.w.t. Di kurniakan Nya kita bala, adalah untuk kita kembali kepadaNya. Dengan lebih banyak berdoa dan memohon kepadaNya. Anggaplah ini adalah ujian Allah semata mata kepada kita rakyat Malaysia kepada bumi bertuah Malaysia, semoga kita akan lebih bersatu hati tanpa mengira bangsa, berdoa supaya kita di lindungi Allah sentiasa, semua apa saja musibah yang Allah kurniakan kepada kita adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali...Innalillahhiwainnailaihirajiun...

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...