Friday, December 5, 2014

Bersyukur

Aku baca surat khabar 2-3 hari ni . Aku tak pastilah samada kenyataan itu dibuat oleh pihk akhbar atau datang dari mulut mangsa itu sendiri. Dua kenyataan tersebut adalah satu dari mangsa banjir yang berlaku tiap tahun kat Selangor, aku lupa nama tempatnya, mangsa mengatakan dia bimbang mana nak carik duit untuk beli perabot yang rosak. Satu lagi mangsa samun kat Kelantan, dia bimbang nak memikirkan kos untuk merawat mukanya yang cedera. Mungkin akan ada orang akan cakap, aku tak di tempat dia orang, pasal tu aku berani komen. Tujuan sebenarnya aku nak komen, alangkah baiknya sekiranya kedua dua mangsa tersebut, lebih bersyukur kepada Allah atas selamatnya mereka dari bencana tersebut. Di anugerahkan kepada mereka berdua umur yang panjang, selamat dari bencana. Jadi bukankah bersyukur itu lebih baik. Kebetulan kisah mereka berdua ini aku baca di dada akhbar, tetapi ini adalah senario sebenar yang berlaku dengan masyarakat kita atau umat Islam kita sekarang nie, lebih bimbang akan perkara duniawi. Mereka tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menyelamatkan mereka, yang telah mengasihi mereka supaya terselamat dari bala bencana. Sesungguhnya rezeki tiap manusia telah di tetapkan. Pernahkah kita terfikir, seandainya kita lebih bersyukur dengan anugerah, keselamatan yang Allah anugerahkan kepada kita, limpah nikmat dan kurnia dari Allah akan lebih berlipat kali ganda. Sesungguhnya perkara ini juga akan menjadi peringatan kepada aku sendiri, supaya sentiasa bersyukur akan nikmat Allah, sentiasa bersyukur akan keselamatan yang Allah kurniakan..

No comments:

Selamat Hari Raya Aidilfirtri 1442H /2021- Pandemic Raya yang kedua.

Tersusun rapi sepuluh jari, Bunga melur si bunga melati , Ucapan dihantar pengganti diri, Mohon maaf setulus hati. Assalamualaikum ...