Friday, November 28, 2014

Reunion

Tahniah kepada anak buah aku yang baru melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas, mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada As & Hakimi.
Yang pasti, Laut China Selatan bukan penghalang kepada jodoh yang Allah tetapkan pada hambaNya. Aku berdoa semoga jodohnya kekal sampai akhir hayat, hingga ke jannah. Paling menyeronokkan , aku dapat peluang berjumpa dengan sanak saudara, ibu , saudaraku , sepupu-sepupu aku dan adik beradik aku yang mungkin jarang berjumpa disebabkan tugasan, komitmen dan kesibukan masing masing.

Thursday, November 20, 2014

A lesson well taught...

Alhamdulillah..itu yang mampu aku katakan. Tanpa bantuanNya, kerja aku mungkin tidak akan selesai. 8 minggu yang memenatkan. 8 minggu yang mengajar dan menguatkan lagi erti kesabaran dan mengukuhkan keimanan dalam hati aku. Preventive Maintenance di Hospital Ipoh mengajarkan satu dua perkara yang membuatkan aku insaf dan membuatkan aku rasa syukur kepada Allah. Tugasan ini membuatkan aku masuk kesemua wad yang ada di Hospital Ipoh. Dalam banyak banyak wad itu, 2 tempat yang meninggalkan kesan yang amat besar dalam hati aku sendiri. Bila aku memasuki wad ICU, aku melihatkan keadaan pesakit yang bergantung dengan bantuan alat perubatan untuk hidup, menyebabkan aku berasa bersyukur, rasa bersyukur kerana Allah kurniakan aku kesihatan yang baik, kurniakan aku kekuatan untuk beribadat. Tidak di nafikan, kita kadang kadang lupa dengan nikmat yang sebenar iaitu diberikan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Kita jarang mengucapkan syukur atas kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kepada kita. Melihatkan pesakit di wad ICU ini, benarlah kata seorang ustaz yang pernah aku dengar, kita akan menyesal bila kita sakit, kita akan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik, bahkan kita berjanji kepada Allah akan sentiasa beribadat jika kesihatan kita pulih, tapi kita akan lupa segala janji kita. Satu lagi wad yang aku masuk, wad bersalin. Aku melihat kelahiran insan insan baru ke dunia. Menangis kerana di sentuh syaitan. Berbeza, di wad ini aku melihat kenikmatan yang Allah beri kepada hambaNya dengan kelahiran cahaya mata, darah daging sendiri. Aku melihat Allah kurniakan kesedihan & kegembiraan kepada hambaNya, supaya kita sentiasa bersyukur selalu kepada Nya. Sesungguhnya hidup dan mati itu, satu kejadian nyata dalam kehidupan. Setiap yang hidup pasti akan mati, itu adalah lumrah hidup. Sesungguhnya aku bersyukur kerana anugerah kesihatan yang di kurniakan kepada aku.

Friday, November 7, 2014

Apa khabar

Sibuk..sesuatu yang tak pernah habiskan..! Bila kita bekerja, kekadang kita akan kesuntukan masa untuk melakukan sesuatu yang kita suka. Aku terdetik nak update blog nie, pasal banyak sangat kes kes buli yang terjadi sekarang nie, terutamanya yang keluar kat Youtube, berita perdana dan di dada surat khabar. Persoalan aku, kenapa la budak budak sekarang nie semakin kurang akalnya, semakin kurang ajarnya ? Adakah salah ibu bapa, salah percampuran dengan rakan-rakan ? Ataupun sekadar nak tunjuk kuat? Apa yang mereka dapat dari semua itu? Glamor yang hanya seketika, lepas tu kena buang sekolah, maka cacatlah masa depan nya. Aku bersyukur, sebab aku tak pernah mengalami benda tu semua, dan dengan izin Allah, semoga anak aku juga akan di jauhi dari perkara sedemikian. Mungkin inilah yang kita dapat dalam mengejar arus kemodenan, kita kehilangan sopan santun di kalangan generasi muda. Mungkin juga ini adalah bayaran yang kita harus terima, dalam kita mengejar dunia untuk memenuhi keperluan, hingga kita terabai dengan tumpuan terhadap anak-anak kita. Dan sekarang nie, dengan aku jauh dari keluarga dek kerana kerja, semoga semua urusan anak & isteriku di jaga Allah. Apa yang aku harapkan sekarang adalah aku akan kembali ke tempatku..so that, i can say this to my daughter and wife " Ayam Kambing Bag "...anybody knows the meaning...:)